Wednesday, December 30, 2009

Cameron Highlands short trip ..

Baru2 ni aku sekeluarga ke Cameron Highlands.. sempena hari keluarga ofis husband. Family day nya tak ada apa lah sangat. Cuma ada majlis makan malam, lucky draw, karaoke n hadiah famili ceria.. Oopss.. yang ini tanpa diduga, famili aku yang menang..hehe..aku agak main reasonnya.. si Izuddin yang tak tau nk dok diam. Happy aje dia..

Pastu, aktiviti bebas.. memasing nak gie mana...antara tempat yang kami singgah.. Bharat Tea Shop... selain shopping teh n minum teh, kita boleh gie turun ke ladang teh.. cantiknya !




cantik kan..

Oleh sebab jalan jam teruk, tak pergi pun ke Kea Farm. Tapi gie pasar tani je beli sayur. Aku beli sket aje, sebab mahal lah.. baik beli kat KL aje.. Selain sayur, aku beli strawberry coklat.. budak2 sukalah..

Ini pokok epal yang ada kat Stesen Mardi. Masuk ke stesen ni ada tiket. Tapi aku frust sangat, sebab jauh sangat dari expectations aku. Aku ingat banyak sayur for sales kat sini.. View pun tak la cantik sangat..biasa aje..

Thursday, December 24, 2009

Uban

Pada usia menginjak pertengahan 30an... uban kat kepala aku semakin bertambah..biarpun tak ketara, tapi kalau di selak rambut nampak la juga.. Masalah aku, aku tak boleh nampak uban kat kepala aku. Aku mesti nak cabut. Rimas lah dengan perangai aku yang satu ni.. camna nk stop ya. Kalau aku balik Bentong umah mak, ada satu bathroom yang memang cun 'cermin & penataan cahaya'..memang sedap lah aku membelek rambut aku, cari uban.. Mak aku selalu tegur, uban jangan dicabut.. Itu tanda malaikat bagi salam tu... maksudnya makin dekat lah dengan mati !...

Aku paham tu,, tapi aku tetap nak cabut juga. Selalunya, malam2 dah rilek sket, aku bergilir cabun ubat ngan husband aku. Ini lah antara aktiviti merapatkan hubungan kitorang hehhee (boleh ke gitu ?)...

Tapi kan, aku terjumpa satu artikel bahasa Indonesia..tentang uban. Katanya, uban jangan dicabut. Kalau dicabut, akan buat rambut kita tambah sikit, tapi uban tetap bertambah...mak oi.. patutlah aku terperasan, rambut aku dah kurang tebalnya..how to do yea..

Monday, December 21, 2009

Take me Home

..a song by Julian Lennon

Take me home for the ride
I won't be alone
Take me home for the ride
You won't be alone
We won't be alone tonight
I am standing in the shadows of the garden
Confessing to the pale moon above
If I tell you how I feel
You might harden
I'm scared of being lonely
And of dying without love
Take me home for the ride
I won't cry alone
Take me home for the ride
You won't cry alone
We won't cry alone tonight
I need everything I know you could provide me
But every time I love the flower dies
There's a darkness in the air
That seems to guide me
If you want to see the heartache
You can look into my eyes
Take me home for the ride
I won't die alone
Take me home for the ride
You won't die alone
We won't die alone tonight
Sometimes our emotions make it hard
For us to see that
At the heart of loving is respect and honesty
And sometimes I'm afraid that I give
Less than I should give
But this time I will hold you
For as long as I live
I won't die alone
You won't die alone
We won't die alone tonight

Wednesday, December 16, 2009

Putra lrt lagi




Putra lrt....dah jadi sebahagian dari kehidupan aku. Hampir tiap2 hari aku naik lrt. Kekadang, sehari 4-5 kali turun naik lrt. Maklum lah, aku beli pas bulanan, suka ati aku lah nk singgah mana2 stesen. Tapi kalau, pas bulanan tu aku tercicir atau hilang ke.. rasa cam bodoh je. Ye lah dah bayar RM100, pastu kene bayar tambang lain.. rugi99x.

Entah bila yea gerabak baru nak digunakan. Sampai bila tu asyik TESTING je. Lama dah rasanya menunggu.

Sunday, December 13, 2009

... dugaan .. teh tarik.

... susah juga nk memulakan program slimming... bertahun lama tak diet, nk start all over again...bukan senang !... Setakat ni, nasi aku dah mula tinggalkan... (nasi jahat tau tak !..hehe)... ada gak la cubit sket, klu makan dgn anak. Tapi pagi tadi, aku buat silap, breakfast dgn mee segera.. tak ada nutrien langsung.

Ada satu masalah aku yang paling besar.. susahnya nak tinggalkan Teh Tarik. Aku memang la suka teh tarik. Kalau kat ofis, feveret aku teh tarik kurang manis kat foodcourt kedai Ila.. bestnya.. malam pulak, teh buatan sendiri. Ini husband aku punya pasal la.. sebab malam2 mesti mintak aku buatkan.. dah buat utk dia, mesti la aku minum juga, mana boleh dia minum sorang2 kan..hehe. Apa yang pasti, aku dpt kurangkan dari 3 kali sehari, aku dah kurangkan kepada 2. Perumpamaan aku, sekarang, teh tarik disunatkan dlm program diet aku.. Pas ni, di haruskan.. pastu makruh.. pastu haram... huiiiihhhh....................

Sakit tapak kaki

Dah berminggu aku sakit tapak kaki kiri tatkala memijak... sakit lagi kuat terasa bila mula bangun dari duduk... tak boleh memijak dgn selesa sampai terhincut2...tak lama lepas tu baru lah sakit tu beransur hilang......

Kawan2 ckp, itu petanda sakit kencing manis, kandungan sugar yg tinggi....ish, takut gak aku mendengarnya...

Doctor pulak 'menyalahkan' kasut high heels yang aku pakai.. katanya itu kasut cari penyakit. Tambah pulak badan yang 'GEMUK' ni..

Friday, December 4, 2009

Kembali.....

Kini aku kembali ke arena informasi teknologi. Problem internet buat aku rasa cam buta huruf era cyber. Nasib baik aku sibuk dgn hal biz aku, so tak terasa sangat kekurangan atau 'kepatahan kaki'...

Alhamdulillah.. problem dah okay. InsyaAllah kalau ada citer menarik atau idea yang tak menarik pun, boleh la aku abadikan kat blog aku ni.

Kelmarin, aku ke Bukit Bintang. Terasa sungguh asing kawasan ni. 15 tahun dulu, memang la aku kerap sangat ke sana. Sekarang ni cam tak kuasa dah. Ye lah, nak shopping, Bukit Bintang aku rasakan dah tak sesuai dengan aku. Memang tak sesuai pun.
Alkisahnya, aku dah berjanji dgn biz partner utk berjumpa dia kat sana, dekat dgn Dorsett Regency Hotel...

Aku yang blur2 ni, malas nak amik cab konon. Terus amik monorel, turun kat stesen Bkt Bintang. Punyalah jauh aku jalan, tanya orang pun, semua tak tau shortcut. Alamatnya memang long cut lah aku berjalan. Sakit kaki beb !

Monday, November 30, 2009

Lama tak update n misi menguruskan badan

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog yang tk seberapa ni..

Terlalu lama tak dpt update, ada technical problem yang tk dpt dielakkan. Busy pun ya juga... tapi rindu tau nk citer apa yang patut kat sini.

Aku baru jer memulakan misi menurunkan berat badan aku ni.. tersangat lah gemuk ..adus. Dulu aku pernah mengurangkan 10kg dalam masa 3 bulan. Hopefully aku boleh ulang balik 'kejayaan' tu..heheheh...

Doakan aku berjaya .....

Tuesday, October 20, 2009

Trip ke Langkap - tabib cina, budak mintak duit, no ekor & dot dot dot





Langkap, Perak ..... ini lah kali pertama aku sampai ke pekan kecil ni.. tak ada apa2 extraordinary about this small town..(sori ye warga Langkap)... persekitaran pekan pun agak hambar dan tak menarik. Kalau lah pihak berkenaan dapat mengambil langkah2 - membersihkan dan mengindahkan pekan ni...kesian benor rupanya.

Tujuan aku ke Langkap ialah menemani ayah yang nak berjumpa dengan sorang tabib cina. Tabib cina ni dikenali sebagai pakar sakit buah pinggang, terutamanya dikalangan masyarakat cina. Ayah aku pon tau psl tabib ni dari sorang lelaki cina yang dia jumpa di Hospital Selayang. Sebelum ni ayah pernah cuba pengubatan cina ni.. setakat ni alhamdulillah.... walaupun memerlukan pantang & disiplin yang agak ketat..itu lah sebabnya ayah nak pergi ke Langkap lagi.

Errrr..disebabkan keadaan Langkap yang seperti aku cerita .. tak dapatlah aku nk ambil gambar..kat kedai tabib cina tu pon aku tak snap pic.. cuma bila singgah ke satu masjid kecil.. ada lah sket..

Sementara menanti urusan ayah selesai.. aku dan anak2 aku berinternet kejap kat cyber cafe.. Husband lak gie satu kedai massage ni..aku gak yang cadangkan.. kot dia nak cuba foot reflexology..

Waktu aku dah nak habis tenet.. tetiba datang sorang budak lelaki.. aku agak darjah 6 atau awal belasan.. dia tengok aku anak beranak .. tiba kat pintu.. dia mintak duit.. RM1.90..aku tanya nak buat apa.. dia kate nak beli laksa.. duit dia ada seposen jer katanya.. aku dah hampir nk kuarkan duit.. tapi tetiba tak jadi n terkeluarlah kata2 ni dari mulut aku.. "Ayah tak bagi duit ke ? Tak baik tau mintak2 duit kat orang"..Budak tu jawab.. ayah tak ada..gie keje kilang.. dia tak bagi duit.
Aku tanya lagi.. "kenapa tak skolah"..dia jawab, "dah elok2 saya gie skolah, ayah gak yang suruh berenti"...Owh... barulah aku sedar,, dari gaya dia bercakap,, budak ni mmg loyar buruk.. Pastu, secara automatik, aku terus ckp.. "Ni rambut kaler2.. ada pulak duit.. duit makan tak ada pulak"...Budak tu terus tersenyum malu.. tapi mintak duit lagi.. malangnya .. aku tak terbuka hati nak bagi duit kat dia.. terukkan ?....Kesimpulannya.. dia nak RM1.90 bukan sebab nk makan.. tapi itu lah charge sejam cyber cafe tuh !

Lepas keluar dari CC, husband aku terus ajak gie makan.. ayah pun dah siap...sedap juga lah lauk kat gerai kitorang makan tu.. Yang tak sedapnya, gerai tu berhadapan dengan satu kedai nombor ekor.. sambil makan nengok orang2 melayu tanpa segan silu berurusan ..beli nombor.. rupanya bila aku tanya kakak gerai makan tu...memang berleluasa orang melayu berjudi n beli nombor ekor kat sini..dah tak de perasaan apa dah.. Aku ni lepas makan jadi geram & sedih.. Hilang rasa kenyang tau !

Lepas makan terus bertolak ke Bentong hantar ayah n Iqmal sebelum balik ke KL.. on the way ke KL.. husband aku bercerita pulak pasal kedai urut kat Langkap tu.. dia tak buat pon foot reflexology.. borak2 sket ngan tokey kedai tu.. husband aku pon mintak permission nak guna toilet.. huih.. lain macam jer keadaan dalam premis tu.. siap ada pompuan cina yang bila ditanya, tak paham bahasa melayu langsung.. terus husband aku agak pompuan tu = dot dot dot.. huih ..aku kate, nasib baik tak ada rush.. kalau idak, harus husband aku disyaki jadi pelanggan dot dot dot tu.. hehe

Monday, October 19, 2009

Pukul 3 pagi

One of my fav song...by Allahyarham Tan Sri P Ramlee...


Pukul Tiga Pagi

Pukul tiga pagi tidurlah intan

Besok bangun lagi senda gurauan

Bangun pagi-pagi hai renung ke awan

Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan



Kanda pergi kerja jauh di kota

Dinda jaga rumah jangan main mata

Nanti petang kanda pulang

Kita sembang panjang-panjang

Dinda jangan bimbang... bujang

Bukan mata keranjang... sembahyang



( dialog )

Jam sudah pukul 3 pagi

Apa lagi dinda tidurlah intan

Esok dinda boleh bangun lagi

Sesudah itu kita boleh bersenda gurauan

Kalau bangun mesti pagi-pagi tau

Jangan lupa renung ke awan

Ha ha ha ha itu mesti selepas gosok gigi

Selepas minum kopi satu cawan



Kanda pergi kerja

Jauh di kota

Dinda jaga rumah

Jangan main mata

Nanti petang kanda pulang

Kita sembang panjang-panjang

Dinda jangan bimbang... bujang

Bukan mata keranjang... sembahyang

Wednesday, October 7, 2009

Aerobatics show - USAF Thunderbirds & our very own RMAF Sukhoi

It was a very amazing, spectacular show indeed. My family were amongst thousands at the TUDM Subang last Saturday morning. Forget about the rain & the traffic jam. We just don't want to miss the Aerobatics show by USAF Thunderbirds and off course our RMAF Sukhoi team = make Malaysians proud !



..Crowd kat luar pagar TUDM Subang... happening !





after the show ended...

video clip cikai.. huargh99x


Dari the Star :

US Air Force’s Thunderbirds thrill crowd at airshow
SUBANG JAYA: A sterling display of aerial precision and skill by the Thunderbirds, the US Air Force (USAF) aerial demonstration team, kept more than 150,000 spectators here enthralled.

Flying in wingtip-to-wingtip formations at speeds of more than 800kph and demonstrating breathtaking solo manoeuvres, the Thunderbirds’ crew gave a dazzling 45-minute performance at the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Subang air base yesterday.

The show started at 10.30am with RMAF pilots Lt Col Muhamad Norazlan Arif and Major Mohd Jasmi Abdul Wahab displaying aerial stunts in a Sukhoi Su-30MKM.

At 11.45am, the jet engines of the Thunderbirds’ six F-16 fighters roared, signalling the start of an unforgettable performance.
Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor, armed forces chief General Tan Sri Azizan Ariffin and RMAF chief General Datuk Rodzali Daud were among those present.

“My two sons told me that they now have aspirations to become pilots,” said Johari Abdullah, 42, who brought his family of five to the show.

The air base was packed with people by 9.15am.

However, the huge turnout caused a massive traffic jam. An airforce official said cars were at a standstill on roads leading to the airbase by 10am.

The Thunderbirds’ visit to Malaysia was the third stop of their Fareast tour, after performances in Hawaii and Townsville, Australia.

The six-week tour that began on Sept 16 will also stop in Thailand, Japan and South Korea.

Gathering - bloggers & facebookers...

Bertempat di One Utama.. berlangsung lah pertemuan dengan rakan2 blogger n fesbuk (network si Lotpi)... alhamdulillah.. dapat merapatkan silaturahim sesama bloggers..insyaAllah..



Lutfi sedang beraksi..hehe


..Waseem plak beraksi...



Lutfi n wan norhaziki


..kenangan dgn Najwa

Sunday, October 4, 2009

Tak leh upload gambar =

So frustrated that I still can't upload pics my handphone. I left the setup CD at Bentong. Padahal gambar gathering ngan Lutfi n gang ada, kat ofis, masa nengok aerobatics show pon ada. Bila tak ada gambar, leceh la nk update any news here.

Today dok umah ajer.. masak mee bandung for breakfast. Lunch lambat,, masak ayam goreng bersos pedas. Plan nak wat cekodok pisang.. terlupa la pulak .. Ini semua gara2 masa berinternet. Sori ye bang !

Friday, October 2, 2009

After raya

After raya.....rasa agak terkilan tak dapat beraya kesemua rumah saudara mara di Bentong. 2nd raya dah bertolak ke Batu Pahat pulak.

Tapi rasa puas hati sebab dapat belajar buat lemang !.. Ada amik gambar tapi tk dpt nak upload lagi.. Pada aku, ini satu pengalaman yang amat berharga. InsyaAllah lain kali, boleh buat lemang sendiri..tanpa bantuan mak n ayah.

After raya gak, dapat bertemu lagi dgn Lutfi n family yang dah pun balik ke Mekah. Semoga silaturahim antara kita berkekalan selamanya.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

salam...

aku nk ucapkan selamat berhari raya kepada semua...semoga berbahagia di aidilfitri..

aku balik bentong petang ni..Esok cadangnya husband nak masak lemang.. belajar ngan ayah.. next time leh la buat sendiri.. rendang.. aku nak masak 100% cadangnya.. tapi mesti mak nak campurtangan..hehe.. takut tak sedap kot..

Kita jumpa lagi di lain kali....

Monday, September 14, 2009

Ultraman warna warni Jusco AU2






Semalam gie jalan Jusco AU2... tak ramai orang pun.. gie tengok Fendi biz tudung (gerai sempena Ramadhan).. beli baju anak selai dua.. baju anak syok beli kat Sogo lagi lah.. tak der feel nak shopping kat Jusco.heheh.. (jgn merajuk Jusco !)... Pastu layan Irfan main.. n menukar ultraman menjadi warna warni ! Sila lihat gambar !..

Thursday, September 10, 2009

090909

What a beautiful date !.. Jatuh pula dalam bulan Ramadan yg mulia..

Apa yang pasti, biskut2 yang diorder mula sampai. Sapa yang tempah baju dah kene amik dari tailor, duit kene spare gak tuk tempahan tukar duit raya. Duit99x...Easy come, much more easy go. One thing yang susah nak 'go;....lemak dalam badan aku ni.

Sunday, August 30, 2009

Murtabak

Murtabak sememangnya sinonim dengan bulan puasa.Seingat aku mase kat asrama dulu, rasa cam tak complete buka puasa kalau tak ada murtabak. Selalunya share satu murtabak dgn kawan, sebab murtabak dolu2 besar n tebal. Makan sorang tak abis. (Memori di SMKATAHAP, Jerantut, Pahang).

Skrg, susah nak cari murtabak yang betul2 murtabak..Dah la nipis, kecik .. kureng sedap lak tu.. Still ada la yg sedap, tapi payah nak dapat.

Salah satu kenangan about murtabak yang aku tak boleh lupa.. Ramadan last year.. kat bazar ramadan..aku 'terbeli' murtabak ni sebab aku nengok org ramai beratur .. mesti sedap ni.. Hmmm.. memang sedap lah.. terus plan nak beli lagi.

Esoknya tak lepaskan peluang cepat cari gerai yang sama.. Baris punyalah panjang,, sedap katakan.. sedang aku dah begitu hampir dgn giliran aku.. jeng3x..aku terpandang isteri abang murtabak tu sedang membancuh murtabak.. tambah telur.. Alahai.. alangkah geli gelemannya aku.. telur plus sarang telur tu penuh dgn taik ayam...adus..aku tak pikir panjang punya..terus blah...
Puasa kali ni, sekali pun aku belum beli murtabak lagi..

Browsing the net.. aku terjumpa satu fotopages ni.. ada resepi murtabak.. nanti aku nk cuba lah...

Saturday, August 29, 2009

Dari ofis saya


Aku tengah buat keje dgn seriusnya bila terperasan ramai yg dok jenguk kat tepi tingkap. Rupanya ada accident.. Jln Maarof...ada kete terbalik.. apa lagi jam ler jalan dari arah Mid Valley ke Bangsar...saya melaporkan dari tingkat 16, Tower C, Dataran Maybank.


Arah dari Mid Valley..jammed...

Err..tak tau la ni boleh nampak ke.. ada helikopter.. baru lepas raptai. Raptai hari kebangsaan kali ni memang hambar gila lah.. tahun lepas meriah...


My new crocs.

Monday, August 24, 2009

Pening kepala


Rabu lepas aku sakit kepala.. dari ofis berdenyut sangat.. Nak drive pon tk larat, walaupun kejap jer kene drive ; dari car park LRT setiawangsa ke rumah.

Lastnya, aku mintak Kak Salmah anta..so kete ditinggalkan aje kat tempat parking.

Next morning husband anta. Ni gamba aku ambil dari tempat aku Q nak naik tren.. selamat jer kete aku.. lagipun kete lama ! Tak dak orang heran dahhh.....

Esok paginya (jumaat)aku drive cam biasa kete kebanggaan aku tu ke tempat parking. Keluarkan duit RM2.50 utk sehari punya charge.. tetiba mat Bangla tu ckp.. lagi RM2.50..semlm punya tak bayar ...hahahahahhaha...

Sunday, August 16, 2009

Pelita KLCC






Gambar tak banyak sebab segan nk kuarkan kamera yg comel ni...bila tengok lutfi nyer kamera..hehe...Tapi lepas tu rasa rugi pulak.. sebelum tu on da way ke masjid n pelita rest. lalu Taman KLCC.. tk amik gambar langsung..

Pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, August 6, 2009

A very inspirational song - Fantasy

Attended a course conducted by Zubedy...and you know what.. we sang this so inspirational song..


Every man has a place, in his heart there's a space,
And the world can't erase his fantasies
Take a ride in the sky, on our ship fantasii
All your dreams will come true, right away

And we will live together, until the twelfth of never
Our voices will ring forever, as one

Every thought is a dream, rushing by in a stream,
Bringing life to our kingdom of doing
Take a ride in the sky, on our ship fantasii
All your dreams will come true, miles away

Our voices will ring together until the twelfth of never,
We all, will live forever, as one

Come see victory, in the land called fantasy
Loving life, a new decree,
Bring your mind to everlasting liberty

Our minds will explore together, old worlds, we conquer, forever
We then, will expand love together, as one

Come to see, victory in a land called fantasy,
Loving life, for you and me, to behold, to your soul is ecstasy
You will find, other kind, that has been in search for you,
Many lives has brought you to
Recognize it's your life, now in review
And as you stay for the play, fantasy, has in store for you,
A glowing light will see you through

It's your day, shining day, all your dreams come true
As you glide, in your stride with the wind, as you fly away
Give a smile, from your lips, and say
I am free, yes i'm free, now i'm on my way

Tuesday, August 4, 2009

Fire drill @ dataran maybank


posing masa fire drill ----


Fire drill yang ditunggu akhirnya berlalu.. tak suspens dah sebab dah tau dari awal. Ramai staff siap turun ngan lif seawal kul 9.45.. biasanya fire drill mesti kul 10.30 keatas. Aku tk turun, terus buat keje cam biasa. Kang lama sangat kat bawah, apa cerita,, kerja yang berlambak tu sapa nak buat. Menyusahkan lagi ada. Cukuplah aku dah ready ngan flat shoes aku.
Agak2 dekat kul 10.30, aku gie ladies dulu.. buang apa yang patut. Bersedia ngan kasut, jgn lupa lak gie trun tangga ngan high heels.. tak pasal jer nnti. Hahaha.. huda bising sebb aku touchup lipstick..kihkih.. Fire drill, fire drill juga.. penampilan kene jaga..(sesuai ke ckp camtu ??)
Aik, dah kul 11.00, tak de pon bunyi siren or announcement kebakaran ? Tup tup, orang orang yang siap turun tadi, aku tengok dah naik balik.. Fire drill kensel lagi ke ? Aaargghh.. bosannya aku.. aku mula merungut, ni sebab dorang lah..dok ramai2 turun mesti bomba nak postpone.
Aku pun teruskan keje cam biasa.. tetiba.. dalam kebizian suasana ofis.. siren tak de, bunyi kete bomba takde.. kedengaran announcement - mintak sumer staff turun, kosongkan ofis.. ' IT'S THE FIRE DRILL AT LAST.
Aku dengan lenggang kangkung, terus kene tinggal ngan Huda.. hahaha.. turun tangga steady jer.. ni kalau betul kebakaran, mesti ramai hangus nih.
Sampai bawah, aku nengok, ramai dok beli jambu batu Pak Cu.. meriah sungguh !

Dua hari selepas tu, kaki aku sakit !


p/s staff yang turun awal tu, kene naik ofis balik.. HR suruh.. kalu tak nak nama akan diambil !!. haa tu lah buat lagi..

Monday, July 27, 2009

Warga tua, budak disekat tunai haji

ARKIB : 26/07/2009 Utusan M'sia


Warga tua, budak disekat tunai haji
RIYADH 25 Julai - Arab Saudi dijangka melaksanakan peraturan menghalang golongan tua dan kanak-kanak daripada mengerjakan haji pada tahun ini bagi mengurangkan risiko jangkitan selesema babi.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Saudi, Dr. Khaled Marghlani hari ini berkata, kerajaan dijangka melaksanakan syor yang dibuat pada mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Kesihatan Arab di Kaherah pada Rabu lalu untuk menyekat mereka yang berusia melebihi 65 tahun dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun daripada menunaikan haji.
Bagaimanapun kuota haji bagi setiap negara tidak akan berubah, katanya kepada AFP.
"Apabila kami melaksanakan undang-undang baru itu, kuota haji akan dikekalkan," jelas beliau.
Hampir dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada asalnya dijangka tiba di tanah suci untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Namun, penularan virus influenza A (H1N1), dengan kira-kira 300 kes disahkan di Arab Saudi, menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa mengenai risiko wabak itu merebak semasa musim haji ini. - AFP
Ejen pelancongan dan pengusaha hotel di Mekah melaporkan, ramai jemaah telah membatalkan rancangan untuk mengerjakan umrah semasa bulan Ramadan pada Ogos dan September ini.

Pustaka Peringatan P. Ramlee

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama....

Setelah sekian lama, akhirnya aku n family dpat gak berkunjung ke Pustaka Peringatan P. Ramlee..
Terletak di Taman P. Ramlee (atau asalnya Taman Furlong).. adalah di bawah Arkib Negara. Masuk percuma.

Walaupun kejap jer pegi, tapi ok lah.. anak2 pun seronok. Tau je lah, dorang tu memang minat sangat dengan filem P. Ramlee.. masa kitorang kat sana, visitor yg dtg tengah tengok movie 'Pendekar Bujang Lapok'... visitor masa tu tk ramai sgt, tapi sentiasa ada... Yang datang dari Indonesia pun ada ...

Menariknya kat sini, selain dari dpt tengok movie, banyak barang kenangan yang semuanya berkaitan dengan Allahyarham ada di pamerkan.. Antara yang aku suka : autograf sorang peminatnya.. kat situ P Ramlee sign n menulis : 'Cintailah maruah diri, bangsa & agama...'.. Yang bestnya, P Ramlee ni dalam pada sibuk dengan dunia seninya, sempat juga belajar bahasa Jepun. Allahyarham timer sijil Bahasa Jepun dari Kedutaan Jepun pada 1968.

Yang lain, ada passport, sijil sekolah, buku kedatangan harian murid Sek. Keb. Kg Jawa, Pulau Pinang, biola kesayangan (kerap dimainkan diperingkat awal penglibatan muzik di Pulau Pinang), surat dari Saloma (mase dia nyanyi kat Bangkok) kepada P Ramlee (loving sungguh surat ni), peti nyanyi, ada baju, kasut chief penyamun etc.
Sesapa nk sewa baju tu n posing amik gambar pun boleh..

Tak ketinggalan, tentang lagu Azizah. "Lagu pertama dicipta oleh P Ramlee. Siapakah azizah menjadi misteri. Tapi perasaan cinta terhadap Azizah diabadikan dalam filem pertama arahannya - Penarik Beca".

Banyak lagi item yang tk sempat aku nengok. InsyaAllah.. nk dtang lagi..

Sunday, July 26, 2009

MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN SOLAT HAJAT

AssalamualaikumPesanan dari tok penghulu.Apa: MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN SOLAT HAJAT :Bila: 24HB JULAI 2009, 9.30 MLMDi Mana: SURAU AR RAHMANIAH,BATU 7 JLN GOMBAK,53100 KUALA LUMPUR (BERSEBELAHAN KUATERS GURU GOMBAK UTARABagaiman Hendak ke sana: DARI GREENWOOD PANDU 1.5KM MENGHALA KAMPUS UIAKENAPA: MAJLIS DIADAKAN UNTUK WARGA XTAHAP YANG TELAH KEHILANGAN ORANG TERSAYANG KERANA TERLEBIH DAHULU DIJEMPUT OLEH ALLAH BERTEMU DENGANNYA (ALLAHYARHAM AYAHANDA ZOULHIZAM). JUGA BAGI MEMOHON KESEJAHTERAAN,KESELAMATAN DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA SAHABAT KITA YANG SEDANG MENERIMA UJIAN DAN DUGAAN DARIPADA ALLAH (MAT RAMLI DAN AZAMUDIN).SEMUA YANG ADA KELAPANGAN DIJEMPUT HADIR UNTUK SAMA-SAMA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA.MOGA-MOGA USAHA KITA YANG SEDIKIT INI MEMBERIKAN MANFAAT YANG BANYAK KEPADA MEREKA.Siapa perlu dihubungi :JOY 0192339000, Tok Penghulu Rosdi Bin Hassan 0173168396......


Diatas - petikan dari forum Xtahap.. regarding the Majlis Tahlil..tahlil juga dibuat utk semua warga Xtahap yang telah pergi mengadap Ilahi... bekas pelajar & guru...

alhamdulillah, aku n family dapat menghadirkan diri..walaupun sebenarnya aku dah ada appointment lain, tapi aku merasakan program macam ni bukanlah selalu.. aku pun decide to join.... Kami pegi awal sket, so dapat lah solat isyak berjemaah kat situ..

Acara bermula hampir kul 10 rasanya... dimulakan dengan ucapan ringkas dari Tuan Presiden Alumni, Ust. Rosdi Hassan.. kemudiannya solat hajat yang diimamkan sendiri oleh Ust. Rosdi. Selepas tu, tahlil diketuai oleh Ust. Syed Abu Bakar. .. berlinang air mata bila mendengarkan ucapan Ust. Rosdi.. terutama sekali tentang saudara Mat Ramlee yang sedang terlantar di PPUM. Betul kata Ustaz, ini masa dia.. masa kita belum tentu lagi.. semoga saudara Mat Ramlee tabah dalam menghadapi dugaan yang hebat ini..

Last sekali barulah jamuan makan.. catering by bekas Tahap juga.. sponsored by all ex students ie. En Kamal n Pn Shahidah..Terima kasih daun keladi !

Special thanks juga aku nk berikan pada Joy dan yang lain2... hopefully program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang..

Monday, July 20, 2009

Citer sket - Jubli Perak SMKATAHAP

Antara yang hadir...
Tuan Presiden Alumni.. Ust. Rosdi Hassan.

Masa ni tengah tunggu Sultan yang baru tiba dengan helikopter..


aku ler tu nk bersalam ngan Sultan.. info. : Sultan Pahang was the one who officiated our beloved school.. now dia juga merasmikan Sambutan Jubli Perak.


Gambar ramai semua yang datang..(lepas upacara perasmian.. Sultan pun dah balik)


Dah hampir seminggu, tapi aku tak ada kesempatan nak citer sket about the celebration.
Aku pun dpt datang hari perasmian ajer... rasa frust juga tapi mmg ada hal lain yg tak dpt dielakkan..

Early in the morning - Selasa 14/7..aku bertolak dari KL dengan Suzaimah aka Zemoh.. class mate aku dari Form 4 to Form 5. Aku idak ler rapat ngan dia ni dulu.. sebab dia ni pengawas skolah !.. Mana best baik2 sgt dengan pengawas ...hehe...zaman berubah.. last2 aku ngan Zemoh je pompuan batch 3 yang datang hari tu !.. Mana pegi sumer org lain ni ???? Yang ketara ramai.. batch 1 & 2..

Tak per, insyaAllah ..aku nak cuba cari kawan2 yang hilang.. andai kata ada kawan yang terbaca catatan aku ni.. harap sumernya dpt contact aku.. ataupun login to http://www.xtahap.org/ .. at least daftar dulu kat situ.. pastu join ler alumni Xtahap.

Perasaan aku pulak.. rasa terharu n bangga.. TAHAP sudah pun 25. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis waktu berskolah kat sana.. tak mungkin aku lupa hingga ke akhir hayat. Walaupun aku ni student biasa2 je, namun aku tetap berterima kasih ke SMKATAHAP...cikgu2 yang mengajar aku.. & paling aku tk boleh lupa, Tuan Pengetua Ust. Mansor.

Akhir kata, aku nak mengucapkan tahniah & terima kasih kepada Tuan Presiden, Ust. Rosdi Hassan & semua committee yang bertungkus lumus menjayakan Jubli Perak ni.. (nak tulis nama satu2 takut ada yang tertinggal)...

TQ gak pada photographers ... Bro Azizi & Sis Nurul Huda..

Wednesday, July 15, 2009

Sultan Pahang sebak di majlis perasmian Jubli Perak SMKATAHAP

It was an unforgettable event.. celebration of Silver Jubilee... Sek. Men. Keb. Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang.



SULTAN Ahmad Shah mengesat air mata sebelum merasmikan Sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, di Jerantut, semalam.

JERANTUT: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebak apabila mengenangkan isteri baginda Allahyarham Tengku Ampuan Afzan ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, di sini, semalam.

Baginda beberapa kali terpaksa berhenti berucap bagi menahan kesedihan dan kelihatan mengesat air mata sebelum meneruskan semula titahnya.

“Sekolah ini menggamit seribu kenangan buat saya kerana nama sekolah ini mengambil nama sempena isteri beta yang amat dikasihi.


“Malah, beta pernah ke sini beberapa tahun lalu dan ia (kenangan) masih tersimpan dalam memori ingatan saya,” titahnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.

Sultan Ahmad Shah bertitah, sekolah itu banyak mengalami pembaharuan dalam tempoh 25 tahun lalu, termasuk dilengkapi pelbagai kemudahan untuk kemajuan pendidikan dan meningkatkan pencapaian pelajar.
Titahnya, penambahbaikan kemudahan itu sudah tentu merangsang kemudahan pelajar untuk menimba ilmu di samping tidak mengabaikan pembinaan akhlak dan sahsiah diri.

“Sesungguhnya saya sukacita dan berbangga dengan pencapaian sekolah ini sehingga mampu menjadikan antara sekolah terbaik di negeri ini.

“Ini digambarkan menerusi pelbagai kejayaan yang diperoleh pelajarnya dalam semua bidang sama ada kurikulum dan kokurikulum,” titahnya.

Sehubungan itu, baginda berharap warga sekolah berkenaan akan menggunakan peluang dan ruang melalui projek itu untuk memanfaatkan ilmu yang berkaitan dengan pembestarian sekolah.
Pada majlis yang sama, baginda turut mengumumkan sumbangan peribadinya berjumlah RM50,000 kepada tabung sekolah berkenaan.

Monday, July 13, 2009

esok isnin lagi

Masa berlalu begitu pantas.. rasanya baru 2-3 hari lepas.. aku 'menyambut' hari isnin.. tapi isnin menjelma lagi esok.. benarlah.. semakin dekat dengan hari kiamat, semakin cepat lah masa berjalan..

As usual, esok mengejar waktu supaya tk lambat masuk ofis. Bila dah start keje, kekadang nk kencing pun tak sempat atau terlupa. Apa lagi esok nya, my officemate Akka Saraswathy gie course.. alamat mmg bertambah bz la sebab dah kurang sorang staf.

Hidup mesti diteruskan, selagi aku bergelar pekerja.. makan gaji.. aku tak ada pilihan. Buat kerja the best that I can...insyaAllah...

Now, kekadang aku dgr lagu Jackson five.. walaupun aku bukan lah peminat setia MJ, tapi..sayu juga lah bila dgr lagu One day in your life & Ben. Lagi satu.. I just can't stop loving you...

Saturday, July 11, 2009

One day in your life

One day in your life
you'll remember a place
Someone's touching your face
You'll come back and you'll look around you

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day...

One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name
And I'll be there

You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day...

One day in your life
When you find that you're always longing
for the love we used to share
Just call my name
And I'll be there

Wednesday, July 8, 2009

Bila la fire drill kat dataran maybank ni..

Aku mengharapkan fire drill pagi tadi.. Katenya awal Julai.. penat aku tunggu..... selagi belum buat fire drill ni, hati aku tak senang.

Ye la.. nak turun 16 tingkat.. tak tinggi sangat pun.. mau sakit kaki.. tambah2 kalau gune high heels.. ni dah lebih seminggu aku pakai flat shoes..

Friday, June 26, 2009

Penat beratur beli Sata Tanjung Lumpur

Baru2 ni aku ke Kuantan melawat Mak Ti di Bukit Sekilau Kuantan.. sambil menghantar Sistem Rawatan Air Beyond Water Zhulian yang Mak Ti order... lepas siap semua urusan, kami terus plan nak balik Bentong - KL. But, then Mak Ti suggested that we all singgah beach kejap.. hehe.. sebab dia tau, kami jarang sgt bawak anak jalan..

So we all ke Pantai Teluk Cempedak. Nak tengok2 aje lah.. sebab tak plan langsung nak picnic ke apa ke.. but Irfan looked so excited...dia nak mandi ! tapi aku kata mana boleh.. tak bawak baju spare.. dia terus ke tepi pantai.. main air.. bimbang gak aku.. aku suruh Iqmal tengokkan adik.. aku pun dari jauh perhatikan ajer..

Dah lama sket, aku borak pulak ngan sorang kakak dari Karak,, dia dtang Kuantan sebab nk ke Amway warehouse.. aku pun terlupa psl Irfan..tau2 dia dah masuk ke dalam air dengan jeans n kemeja dia.. ooucchhh !!! Penat aku nak ngajak dia balik tau.. !!!!

Sebelum balik, kitorang ke Tanjung Lumpur sebab nak beli otak2 n sata.. sampai satu kedai.. otak2 dah abis,, tinggal sata jer.. tapi aku rasa bengang gak,, sebab dia utamakn orang yg makan kat kedai.. yang tapau cam aku ni.. punya la lama tunggu.. sampai aku berceramah lak kat makcik tu.. sabar je...

Thursday, June 25, 2009

H1N1...tapi biasa je

H1N1 semakin menular.. but nothing much we can do...

Kali ni, aku tengok orang tak guna mask pon .. dlm lrt.. baru sorang aku nampak....

berbanding masa dulu.. jerebu melanda.. orang ramai guna mask..

Wednesday, June 17, 2009

Mengidam & Izuddin

Bercerita ttg mengidam........ tunggang langgang artikel mengidam sebelum ni...

Izuddin bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 2 pada Sept akan datang ni..
tapi air liur dia still keluar meleleh dengan banyaknya ! Aku pun pelik juga.. air liur dia cam bertakung jer kat mulut tu.. hehe...

Last night, aku menegur Izuddin,, bila lah air liur nak berenti meleleh... basah jer baju dia..
tiba2 husband aku menyampuk..."UMI LAH PUNYA PASAL, MASA MENGANDUNG DOK MENGIDAM MACAM2" ..BANYAK SANGAT YG TERINGIN, ADA YG TAK DAPAT LA TU,, IZUDDIN JADI CAMTU..."

huhu,,, ada ke patut aku dipersalah kan ????

Artikel : Mengidam semasa Mengandung

Dipetik dari : MyMasjid.
1.      Gejala Mengidam
Hampir semua wanita dari berbagai bangsa dan budaya yang berbeza
mengalami keinginan mengidam ini. Sukar untuk mengatakan apa
sebenarnya gejala mengidam. Kerana terlalu banyak keinginan-keinginan
daripada setiap wanita yang hamil. Ada yang mengidam makanan benda
yang masam-masam seperti mangga muda, limau dan sebagainya. Ada juga
yang mengidam rojak, coklat, kepala ikan dan sebagainya.

Ada juga gejala mengidam, yang melampau batas normal seperti ingin
menghidu minyak kereta, menjilat bau rokok, meminum minyak angin dan
lain-lain perkara yang dianggap pelik. Gejala-gejala mengidam ini
telah ada semenjak zaman dahulu dan terjadi pada setiap golongan
masyarakat.

Mengidam itu juga sangat erat kaitannya dengan perubahan hormon di
dalam tubuh wanita. Pada peringkat awal mengandung, ari-ari banyak
menghasilkan hormon yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh. Perkara
ini dapat menimbulkan berbagai reaksi dalam diri wanita tersebut.
Mungkin akan menjadi kurang seimbang, sehingga boleh bertengkar hanya
disebabkan perkara-perkara kecil.

Perubahan-perubahan hormon itu juga mengubah selera wanita yang hamil.
Mungkin sahaja ia tiba-tiba menginginkan makanan yang jarang atau
tidak menyukainya sama sekali. Jika wanita yang sedang hamil itu ingin
makan sesuatu yang menurutnya enak, maka itu bukanlah mengidam
namanya. Tetapi jika ia benar-benar menginginkan sesuatu yang tidak
lazim ia makan dan kadangkala tidak kita punyai, bahkan keinginannya
itu hampir-hampir tidak dapat dibendung, maka ia boleh dikatakan mengidam.

Kadangkala seorang wanita tidak suka dengan mangga muda, tiba-tiba ia
terbangun di tengah malam, kerana ia benar-benar ingin memakan buah
tersebut di waktu itu juga. Banyak lagi kejadian-kejadian yang pelik
yang dilakukan oleh wanita yang sedang hamil ini kerana mereka
mengidam sesuatu. Namun begitu gejala mengidam ini adalah biasa,
perkara ini biasanya dapat difahami oleh orang lain.
2.      Mengidam perubahan hormom dalam tubuh
Setiap wanita mengandung akan mengalami perubahan hormon, tetapi dalam
perkara mengidam terdapat perbezaan antara masing-masing individu. Ada
yang tidak dapat menahan keinginan yang pelik-pelik, tetapi ramai juga
yang tidak berperangai seperti orang mengidam, kerana mereka lebih
dapat menahan dirinya. Mereka disiplin terhadap diri sendiri dan
mengatur keinginan ke arah yang positif.

Masa mengidam itu mungkin menjadi kenangan yang sukar dilupakan
nantinya. Asalkan yang diinginkan itu bukanlah makanan yang membawa
mudarat, seperti kapur, tanah, daging babi dan sebagainya. Jika
mengidam dengan benda-benda yang asam mungkin masih boleh dikatakan
tubuh memerlukan vitamin yang terkandung dalam asam tersebut.

Jika yang diidamkan itu sering kepada makanan yang kurang baik pada
kesihatan kerana banyak mengandung lemak serta tidak mengandungi bahan
pembangunan badan, maka sudah tentu akan mempengaruhi pertumbuhan
janin. Pada zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap wanita
mengetahui bahawa bayi dalam kandungan memerlukan bahan makanan yang
baik untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Namun masih ada yang
mengidam sesuatu yang kurang baik untuk kesihatannya. Kadangkala apa
yang baik yang diidamkan itu tidak difikirkan dahulu manfaatnya, baik
untuk dirinya sendiri mahupun untuk bayi yang ada dalam kandungannya.
3.      Pengaruh Mengidam
Pada zaman dahulu ada pendapat yang mengatakan bahawa bila keinginan
seorang wanita hamil tidak terpenuhi akan berakibatkan buruk pada
bayi. Mengidam dianggap merupakan isyarat kepada bayi yang meyatakan
keinginannnya dengan berbagai macam selera. Oleh sebab itu seorang
suami yang penuh perhatiannya akan berusaha memenuhi keinginan
isterinya, walaupun ia harus bersusah payah untuk mencarinya waktu
tengah malam dan sebagainya.

Mengidam sebenarnya tiada hubungannya dengan bayi mahupun
kesihatannya. Walaupun begitu para suami zaman sekarangpun berusaha
untuk memenuhi keinginan isteri yang mengidam itu. Ia masih
beranggapan bahawa keingianan tersebut adalah keinginan bayi yang ada
dalam kandungan isterinya.

Mengidam itu paling kuat dirasakan antara minggu ke lapan dan keenam
belas dari masa kehamilan, iaitu ketika rasa mual mula agak
berkurangan. Setelah minggu keenam belas, biasanya mengidam ini agak
berkurangan, kerana tubuh telah dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan hormon. Tetapi dapat juga terjadi, sepanjang hamil masih
terus mempunyai keinginan untuk makan makanan tertentu. Ini disebabkan
dalam jangka masa pertama mengidam itu erat kaitannya dengan perubahan
hormon dalam tubuh. Kemudian pada jangka masa seterusnya, boleh
dikatakan ini lebih bersifat kecanduan.

Perubahan hormon di awal kehamilan menyebabkan berubahnya selera.
Itulah sebabnya terhadap makanan tertentu, hanya mencium baunya sahaja
sudah membuat wanita hamil menjadi mual. Misalnya bau nasi yang baru
masak, bau orang menumis, bau asap rokok dan sebagainya. Ramai juga
wanita yang sedang hamil muda tidak mempunyai selera sama sekali untuk
makan. Ada pula yang selama tiga bulan pertama kehamilannya terus
merasa mual, sehingga tidak menyukai beberapa jenis makanan tertentu.

Mengidam itu merupakan dorongan dari dalam. Selama yang diingini oleh
wanita yang hamil tidak mengganggu keselamatan bayi mahupun dirinya
sendiri, hal itu tidak ada salahnya. Tetapi pada umumnya segala apa
yang diinginkan hanya membuat tekanan darah menjadi naik, pencernaan
terganggu, membuat badan menjadi gemuk. Malah kadangkala menghilangkan
nafsu makan sehingga tidak mahu lagi makanan yang menyihatkan. Oleh
itu keinginan atau mengidam makanan yang tidak menentu itu hendaklah
dilawan sahaja.

Seorang ibu yang hamil ketika datang keinginan terhadap sesuatu atau
mengidam ini, hendaklah menemui teman-teman yang ada disekelilingnya,
untuk mendapatkan pandangan tentang keinginannya tersebut. Dengan
demikian sahabat terdekat atau keluarga dapat menyarankan dan
mengalihkan sesuatu yang tidak baik yang diingini itu kepaa sesuatu
yang lebih bermanfaat. Kerana mengidam sebenarnya adalah sesuatu
perasaan yang ada dalam hati kecil, ataupun sesuatu keinginan yang
tersembunyi, kalau diceritakan kepada orang lain, mungkin akan
berkurangan.

Bagi yang mengidam selama kehamilan, maka hari terakhir sebelum
melahirkan merupakan hari yang terakhir mengidam. Pada waktu
kelahiran, susunan hormon juga berubah lagi, kerana keluarnya ari-ari
bersama bayi. Akibat perubahan ini selera makanpun akan berubah juga.
Apa yang disukai ketika hamil mungkin sekarang tidak disukai lagi.
Kalau pada kelahiran pertama boleh dikatakan setiap hari memakan
makanan yang asam dan pedas-pedas, maka ini tidak bererti kebiasaan
itu akan kembali semula pada kehamilan yang berikutnya. Walaupun
kemungkinan itu ada, kerana sekarang lebih dapat menahan diri, maka
keinginan untuk makan yang aneh-aneh itu akan mudah untuk ditahan.

Monday, June 8, 2009

Karaoke part II - Dua Insan

The topic karaoke.. mengingatkan aku pada kisah lama.. waktu aku abis study NCC kat bangunan Mara lama KL.
Aku selalu ikut kwn2 gie karaoke kat City Square Jln Tun Razak..tapi dah lupa nama karaoke centre tu.
Seperti biasa, aku join saja, tapi aku tak nyanyi.. pernah sekali jer aku cuba nyanyi, tapi kawan aku kutuk aku..'ni nyanyi ke cakap'.. terus .. tobat aku tak cuba2 nyanyi lagi.

Kawan2 aku suka nyanyi mcm2 lagu.. seronok tengok dorang...tapi yang paling aku tak boleh lupa.. lagu M.Nasir & Yunizar..Dua Insan.. Ada satu masa tu, balik2 dorang pasang lagu tu ajer. Kalau 3 orang kwn pompuan aku, tiga2 lah bergilir nyanyi.. paling kesian kat kwn lelaki kitorang... kalau masa tu sorang jer lelaki yang available, dia kene jadi pasangan duet lagu tu pada semua kwn pompuan yg nak lagu tu juga...

sebagai tanda kenangan.. ini lirik lagu Dua Insan..

Yunizar:Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang

M. Nasir:Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Yunizar:Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Duet:Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Yunizar:Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

M. Nasir:Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Yunizar:Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Duet:Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Karaoke

Baru2 ni aku keluar dengan kawan skolah.. Eri.. since kitorang sama2 tinggal kat setiawangsa neighbourhood, we decided to meet up kat Jusco AU3.

Eri is such a nice lady, cakap tu lembut ajer.. sesuai la kot jadi pendidik.. cam aku mmg tak sesuai.. sebab tu lah ditakdirkan Allah tak berjaya application TESL dan maktab dulu..

Sampai kat AU3, terus blank tak tau nk lepak mana. Jalan2 sat, aku ternampak Music Box karaoke. Ish, tetiba jer aku terus ajak Eri.. padahal, sejak kawen ni, baru 2x aku ke karaoke dengan adik ipar aku kat Sogo.

Apa yang pasti, aku memang tak pandai nyanyi, memang malu sgt nak nyanyi depan orang.. kalau ke karaoke pun nengok org nyanyi ajer.. paling best tukang makan..

Tapi dengan Eri, aku bantai jer nyanyi, peduli apa suara tak sedap ke,, tune lari ke, kelaut.. tak kisah dah.. yang penting aku happy ngan Eri.. bukan senang nak jumpa walau rumah masing2 tak jauh mana. Time nak balik yang best, nak bukak jer pintu, tetiba Eri menyorok , after a few minutes baru lah dia nak keluar.. aku pelik juga.. rupanya, Eri malu sebab anak murid dia lalu kat situ.. dan aku juga terlupa.. dia sebenarnya ustazah sekolah !!...

Alhamdulillah..

Ayah discharged siang tadi... terus balik ke Bentong..

Rupanya ada ulcer...aku berdoa ayah akan kembali pulih seperti biasa..

p/s terima kasih kepada doc n kakitangan Hospital Bentong n HKL yang
memberi khidmat yang terbaik kepada ayah.. semoga Allah membalas
budi baik anda semua.

Sunday, June 7, 2009

Ayah

Sabtu pagi ... aku bertolak ke Bentong .. nak temankan ayah sebab mak & adik aku Miza berangkat ke Jakarta.. flight dorang waktu tengahari...
Sampai kat umah ayah, dia tak ada, aku pun baca paper.. husband dok jenguk kat tempat yang tengah wat renovation. Lepas tu, aku pun start nak bersiap pergi ke kenduri umah Mak Ngah Ani..
Tetiba, husband aku ckp ayah call, dia ada di kecemasan, hospital bentong. Ya Allah.. aku terkejut sangat..
Sedang aku nak keluar ke kereta, ayah call, mintak aku carikan ubat yang dia makan sekarang, buku rekod hospital - HKL & Selayang.. aku panik pulak.. ambil masa lama nak cari.. sedangkan ayah terus call lagi, meminta aku cepat sikit.. doc sedang tunggu..
At last, jumpa.. aku yang dalam kerisauan, terus igt, dia kene heart attack.. tanpa berlengah, terus berkejar ke hospital.. Aku sedihnya, ayah nampak pucat sangat..
Tak lama lepas tu, baru aku sedar, ayah bukan kene heart attack, tapi darah dia dah kurang dgn banyak !.. doctor said, got internal bleeding..
Aku dah mula serba salah, nak bagitau mak atau tak.... kol adik aku yusri, he said, we must inform mak..dia kata, flight ke Jakarta tu, delayed. Kalau tak, mak dah ada dlm flight.. alhamdulillah..
Then, doc said ayah kene dihantar ke Temerloh, tapi aku n husband merayu pada doc, kami nak ayah ke HKL. Anak2 kat KL, so senang kami nak jaga ayah kat HKL..

Sekarang, punca internal bleeding tu belum dapat dipastikan...

Friday, June 5, 2009

Gigi Geraham Bongsu...part 2

Akhirnya gigi geraham bongsu (wisdom teeth) aku.. selamat di buang semalam. Minor surgery yang berlangsung di Pusat Pergigian Angkatan Tentera berlangsung dgn jayanya...alhamdulillah... gigi bawah kiri kene wat minor surgery, belah atas pulak dicabut secara normal.

Aku yang pada mulanya memang kecut perut takut nak undergo surgery ni.. seram mengenangkan jarum bius... eeeeee... takut beb... Mulanya fikir nak kensel jer, tapi husband advise aku teruskan jer, sebab nak dpat appointment surgery kat klinik tu memang susah .. q panjang...

Aku pun tetapkan, kuatkan semangat, sebelum g klinik, pegi makan dulu kat foodcourt Taman Setiawangsa... makan nasi lak tu, lauk pun dah byk kat foodcourt..so apa lagi.. siap nak keluar dari situ, ternampak pulak gerai popia Nadia AF tu.. beli jugak..hehehhe..selera ajer aku ni, mengalah kan orang nak bersalin !

Dekat kul 11am baru lah aku masuk bilik surgery... Surgeon aku pada hari tu, ialah Lt Kol. Dr Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal. Perasaan aku masa tu, memang seram giler lah.. itu lah akibatnya dok baca pengalaman orang lain yang menakutkan kat internet.. hehe...

Then, surgery bermula ... injection bius yang aku takutkan sangat tu.. TAK SAKIT langsung !... pelik lah !.. Totally different dgn apa yang diceritakan orang, begitu jugak dgn pengalaman aku sendiri sebelum ni...

Akhirnya, kedua2 gigi geraham aku 'selamat' dibuang.... Selepas 24 hours, sakit hilang, tapi pipi kiri aku membengkak, so bila pakai tudung nampak kelakar lah kan... tapi aku selamba jer gie Carrefour tadi...

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Dr Sharifah Azlin Juliana..
semoga Allah memberi kesihatan yang baik, dilanjutkan usia kepadamu, supaya dapat terus berkhidmat kepada semua anggota tentera dan ahli keluarga .. amin...

Tuesday, June 2, 2009

Everlasting love



We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end...

@@@@@@@@@@@@

That's a part of one my favourite songs.. being played yesterday night at the Candle Light dinner generously hosted by Puan Hajah Ramlah Abu Bakar & Tn Haji Ahmad Razali Mustafa... Thanks a lot ! Sememangnya dinner tersebut membuatkan kami pasangan suami isteri mengimbas kembali waktu percintaan dulu.. semoga doa Puan Hajah n Tuan Haji seperti yang tercatat didalam kad jemputan "semoga sentiasa bahagia, seia sekata dan serasi bersama" dimakbulkan Allah swt. hendaknya...

Sunday, May 31, 2009

Candle light dinner

Aku pergi candle light dinner ??

For the first time ever in my life, husband pun camtu jugak, ..tak pernah terbayang.. dalam fikiran, aku n husband akan ke cl dinner malam ini di PJ Hilton. Rezeki... disponsor !

Ish, sesuai ke baju aku nanti ? Tak sesuai pun tak apa lah. .janji aku pergi..hahahah....

Wednesday, May 27, 2009

Tambang Haji - pendapat pembaca Utusan Malaysia

Jangan berkira tambang haji

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji apabila isu kenaikan kadar tambang haji timbul baru-baru ini. Saya teramat bertuah kerana telah menunaikan rukun Islam kelima ini pada usia 22 tahun pada Disember lepas. Lebih bertuah lagi, saya ditaja sepenuhnya oleh ibu yang bermurah hati untuk membawa saya menemaninya menunaikan haji. Walaupun kami mengikuti rombongan pakej swasta dan bukannya muasassah Tabung Haji, pengalaman saya selama sebulan lebih di Tanah Suci memberi peluang untuk membuat penilaian mengenai pengalaman para jemaah lain.

Berbalik kepada isu kenaikan tambang daripada RM8,973 ke RM9,980 yang mencetuskan tidak puas hati kebanyakan pihak, sungguh membuatkan hati saya terkilan dengan sikap tidak bersyukur kebanyakan rakyat Malaysia. Air mata saya menitis mengenangkan betapa mewahnya kita dimanja-manjakan sehingga semakin lama semakin hilang perasaan bersyukur dalam diri kita.

Saya bukan mahu memfokuskan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan terlalu rendah, namun penulisan ini diharap dapat membuka mata mereka yang berkemampuan tetapi lebih suka membazirkan wang ke arah yang kurang penting. Di sini, saya ingin membuat perbandingan antara jemaah muasassah Malaysia dengan para jemaah dari negara lain.

Jemaah dari Indonesia adalah contoh terbaik kerana berkongsi bahasa yang sama. Mereka memberitahu, mereka membayar lebih 30 juta Rupiah untuk menunaikan haji. Pada waktu itu, 30 juta Rupiah bernilai lebih kurang RM14,000 hingga RM15,000. Bayangkan nilai tersebut sudah hampir sekali ganda dengan tambang Tabung Haji pada waktu itu yang bernilai RM8,000 lebih. Ditambah pula dengan mata wang Indonesia yang jauh lebih kecil daripada Ringgit menjadikan jumlah 30 juta Rupiah itu ibarat RM30,000 di mata rakyatnya!

Berbeza dengan amalan di sini, membuat pinjaman atau berhutang untuk menunaikan haji diamalkan di Indonesia dan proses ini diaktifkan oleh bank-bank Indonesia. Jika difikirkan, kepulangan mereka sudah pasti dinantikan oleh bebanan hutang. Namun ini merupakan salah satu usaha kerajaan membolehkan rakyat mereka mengerjakan haji dan menggalakkan rakyat mereka yang muda mengerjakan haji dengan tenaga dan kudrat yang optimum.

Malu

Sayangnya sudah menjadi kebiasaan rakyat kita, haji mungkin akan difikirkan setelah merasakan diri 'dipanggil kubur' atau sudah puas merasai nikmat dunia. Saya berasa malu pada diri sendiri melihatkan tersangat ramai rakyat Indonesia berusia belasan tahun sehingga awal 30-an menunaikan haji. Alasan mereka supaya mereka punya lebih panjang masa untuk melangsaikan hutang haji serta dapat mengabdikan diri tanpa alasan sakit-sakit selalu berbanding usia senja.

Sebagai jemaah haji bersama pakej swasta, jarak hotel kami dari Masjidil Haram, Mekah ialah 200 meter sahaja, sememangnya sesuai untuk berjalan kaki. Manakala jarak maktab para jemaah muasassah pula tidak begitu jauh iaitu 800 meter dari Masjidil Haram. Masih mampu untuk jemaah berjalan kaki atau bagi yang uzur boleh mengupah orang menolak kerusi roda. Manakala di Madinah, hotel kami yang bersebelahan dengan maktab muasassah bertentangan dengan Masjid Nabawi. Masya-Allah, teramat dekatnya! Ingin tahu jarak yang perlu dilalui rakyat Indonesia? Paling hampir dengan Masjidil Haram ialah dua kilometer!

Saya juga pernah bertemu dengan rakyat Indonesia yang tempat penginapannya tujuh dan 10 kilometer dari Masjidil Haram. Dikhabarkan untuk berulang-alik ke masjid, mereka perlu membayar bas atau van untuk menjimatkan perbelanjaan. Kebanyakannya berjalan kaki sejauh itu dari tempat penginapan. Mereka menghabiskan masa sepanjang hari di masjid atau kawasan sekitarnya kerana tidak mungkin mereka dapat pulang ke tempat penginapan untuk beristirahat. Rakyat Malaysia sering dapat pulang ke maktab atau hotel yang cukup selesa untuk berehat dan juga menikmati juadah yang telah disediakan.

Berbeza dengan rakyat Indonesia, setelah membeli peralatan memasak termasuk periuk belanga, mereka bergilir-gilir membeli bahan mentah di pasar dan memasak untuk jemaah mereka. Seorang jemaah Indonesia pernah meluahkan perasaan kepada saya: ''Sudahlah pondoknya buruk bangat (sangat), udah kecapekan (kepenatan) seharian di masjid, pulangnya harus masak. Untung ya jadi orang Malaysia, sering dikasihi pemerintahnya.'' Cuma kata-kata syukur saya ucapkan di dalam hati kerana sesungguhnya saya tidak sanggup untuk melalui pengalaman haji seperti yang dialami oleh arwah nenek saya di era 60-an seperti dialami oleh rakyat Indonesia sekarang.

Menjadi kebiasaan musim haji, ramai yang jatuh sakit terutamanya batuk dan demam. Para jemaah Malaysia baik bersama pakej swasta atau muasassah semuanya di bawah naungan Tabung Haji. Klinik-klinik Tabung Haji disediakan dengan doktor-doktor dan ubat-ubatan percuma tanpa perlu membayar satu sen pun buat rakyat Malaysia. Dek kerana begitu 'mewah' ubat, kelihatan bungkusan ubat-ubatan yang telah diambil pesakit ditinggalkan merata-rata walaupun masih banyak isinya.

Betapa hati pilu apabila melihat rakyat negara lain yang berasal dari India, Pakistan, Eropah Timur dan sebagainya batuk tanpa henti, dan ada yang lelah di masjid, namun hanya meneguk air zam-zam sebagai penawar kerana ketiadaan ubat. Sering dilihat rakyat Malaysia menyedekahkan lozenges atau ubat salap kepada jemaah luar negara dan mereka menerima dengan wajah penuh kelegaan dan kesyukuran. Itu salah satu bukti betapa kita lebih mewah.

Berbalik kepada isu rungutan tentang tambang haji terbaru. Saya tabik kepada pihak Tabung Haji yang bertungkus-lumus memberi subsidi untuk meringankan beban rakyat Malaysia, juga kerana berusaha menyediakan kebajikan terbaik buat para jemaah Malaysia di Tanah Suci. Kewujudan Tabung Haji juga sering dipuji dan dihormati teman-teman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berasal dari Kashmir, India, Bosnia, Afrika dan banyak lagi kerana teramat meringankan beban rakyat yang ingin menunaikan haji. Betapa mereka berharap badan seumpamanya wujud di negara mereka agar mereka sekeluarga mempunyai laluan lebih mudah untuk menunaikan ibadah Fardu ini.

Kurangkan Pembaziran

Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir, kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori kereta yang tidak diperlukan. Kurangkanlah juga menukar-nukar telefon bimbit model terkini. Juga dinasihatkan agar lebih mengutamakan menyimpan duit untuk mengerjakan Haji berbanding berulang-alik ke Jakarta, Bandung, China dan Eropah untuk membeli-belah. Ini dapat dilihat dengan fenomena Matta Fair diserbu setiap kali diadakan. Jika anda mampu berbuat demikian kenapa mustahil untuk menyimpan duit untuk mengerjakan haji walaupun telah disubsidi oleh kerajaan?

Anda boleh melancong ke mana anda suka dan mampu setelah menunaikan haji dengan hati yang cukup lapang kerana kewajipan kepada Allah telah terlunas. Jika ada yang sanggup berhabis untuk mengadakan majlis perkahwinan yang hebat untuk menggembirakan pasangan dan mertua, maka rasailah nikmat berhabis tidak terlalu banyak untuk menggembirakan Kekasih Abadi.

Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia dengan nikmat yang ada. Haji merupakan ibadah fardu untuk penganut Islam yang berkemampuan. Berkemampuan pada hemat saya ialah berusaha sedaya upaya mengumpul duit daripada punca rezeki yang ada, baik bergaji tinggi atau sederhana. Insya-Allah jika untuk menggembirakan Allah, ia akan tercapai dan dibalas baik berkali ganda.

Percayalah rezeki kita akan bertambah murah setelah menunaikan haji. Ini benar-benar terjadi kepada saya apabila rezeki saya bertambah-tambah daripada pelbagai segi. Alhamdulillah. Jadi anggaplah modal anda untuk haji merupakan pelaburan kecil untuk mendapat imbuhan yang tidak ternilai selain rezeki yang lebih murah, kebahagiaan dan yang paling penting keredaan dan kasih sayang Allah dunia dan akhirat.

HAJAH SURAYA

Ampang, Selangor

Sunday, May 24, 2009

Faizal Tahir 23/5/09

It was indeed an unforgetable nite for me.. watching Faizal Tahir performed at Stadium Putra Bukit Jalil. He was such a great singer !!!

Tapi tiga lagu jer dia nyanyi... tapi best lah !

Friday, May 22, 2009

rehat sehari n nasi lemak antarabangsa

I took one day off yesterday. Aman sungguh rasanya.. tak rushing keluar dari rumah.... siapkan breakfast for my husband...kemas2... kul 10 am baru lah ke lrt station. Jalan pun tk jam... tapi.. parking kat station jauh sket la beb....
I got an appointment today.. kat PJ.. naik lrt n cab gak.. sebab aku tak berani drive sampai ke sana..keh99x...
Lepas settle urusan.. terus ke KLCC.. cuci mata kat Isetan n Hush Puppies.. berangkat ke Ampang Park lak.... beli baju selai dua... rase release tensen keje... seronoknya kalau camni je.......
Disebabkan aku belum lunch.. (dah kul 3.30 pm masa tu).. aku decided nak cuba Nasi Lemak Antarabangsa.. nak test .. sedap tak.. berbanding kat Kg Bharu.. the real kedai..
Bila dah duduk, baru ler aku perasan ada krew Skop Production.. dorang tgh siap nak wat shooting kat situ.. Gerak Khas kot.. sebab aku nengok 'Mat Polis Kelate' kat situ.. keh3x, skali ngan anak Julie Dahlan tuu (apa ek nama dia).. sempat gak la tengok dorang shoot..
Berbalik kepada nasi lemak tu.. aku tak dapat wat comparison.. sebab aku pon dah lama tak makan yang kat Kg Bharu tu...hahahahhaah......

Tuesday, May 19, 2009

aku dah gemuk

Semenjak dua menjak ni badan aku bertambah debab.. susah hati beb...
nak diet ...ahh.. kejap je bertahan.. aku pon bukannya makan banyak sgt.. tapi still berat tak turun.
Tensen .. tapi wat lupa laaahhhh..hahahhahaha....

Friday, May 15, 2009

batuk la pulak

Sehari dua ni aku batuk... hari ni makin teruk... lepas aku makan jeli kelapa yang sejuk...hahaha...padan muka.

Monday, May 11, 2009

sambungan..sinus...

..............satu malam......aku berasa hidung aku 'dikerumuni' makhluk asing halus... seolah2 keluar dari sarangnya....merayap di hidung... tapi still tak nampak apa mende pun..

malam esoknya.... aku berasa hidung aku macam nak kene selsema....bersin.....tutup hidung dengan tangan... alangkah tekezutnya aku..... !!!.... satu tapak tangan aku penuh dengan benda hitam halus.....bersin lagi.. keluar lagi !!.. Malam esok ada lagi.. cuma dah kurang...

Lepas jer peristiwa tu.. hidung aku tak gatal lagi.. jerawat pun beransur kurang dan lenyap dari muka aku......

Alhamdulillah... jerawat pun dah segan nak singgah.. tapi still ada jugak lah kekadang tu....

Thursday, May 7, 2009

Resdung/sinus

Aku mempunyai pengalaman sendiri dengan penyakit resdung.

Semasa remaja, kulit muka aku penuh dengan jerawat. Nasib baik gak, jerawat batu tak hinggap.. alamat berlubanglah kulit. Bila umur masuk 20an, kulit muka kerap sangat gatal, kekadang terasa macam ada benda merayap... tapi tak nampak. Hidung jangan cakaplah, gatal sesaja.

Ada ketikanya, masa makan, hidung gatal. Lagi pelik, masa waktu maghrib, hidung gatal juga. Lama kelamaan, aku terperasan, deria bau aku mula kurang. Orang kata ada bau kuat, aku tak terhidu apa pun !.....

Sehinggalah mak aku belikan ubat resdung homepathi keluaran Era Edar. Mula2 aku rasa agak leceh nak consume.. sebab ada pantang.. tak boleh makan udang, sotong, sambal belacan.. semua makanan yang gatal. Pastu, cara makan ubat ni, tiga kali sehari.. selama 3 hari..pastu stop 3 hari, then continue seterusnya..(Kalau tak silap aku lah).. ubat tu pun tak boleh kene tangan...dikemam saja, tak perlu kunyah...

Tapi, aku teruskan juga.. then.................selepas 2 minggu.......................... satu malam......................

to be continued.... nak balik bentong... ada kenduri..see ya....

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

Dari Arkib utusan malaysia : 24/06/2008
SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.
Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari.
Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.
“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya.
Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus.
Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit-pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan.
“Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat. Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik.
Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau.
Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung).
“Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan).
Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi.
Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis.
Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan.
Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak.
Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja.
“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau.
Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya.
Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah.
Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau.
Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat.
Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain.
Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar.
Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media).
Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema.
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia.
“Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin.
Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit akan banyak berkahak apabila bangun pagi.
Penyiasatan endoskopi hidung dan imbasan CT sinus akan dijalankan untuk menentukan diagnosis. Imbasan CT akan memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap kroniknya sinusitis itu.
Jika diagnosis dapat dibuat selepas imbasan tersebut, kaedah rawatannya selepas itu ialah surgeri yang dipanggil Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS). Bahagian rongga sinus akan dibuka supaya pengalirannya betul dan nanah dari bahagian sinus ini akan disedut keluar.
Doktor juga akan mengambil kira punca pesakit ini menghidapi kronik sinusitis dan seterusnya dirawat. Jika septum (rawan atau tulang tengah) bengkok, maka akan diluruskan supaya tiada halangan pengaliran,” kata beliau.
Jika kaedah rawatan betul, sinusitis boleh diubati sepenuhnya. Sinusitis sebenarnya biasa di kalangan pediatrik kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di taska atau sekolah dan tahap imuniti mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kalangan dewasa.
Selalunya anak-anak yang terkena jangkitan ini mengadu sakit telinga, selesema dan demam tinggi. Ditahap yang lebih serius, bengkak juga boleh berlaku di bahagian mata.
“Sinusitis akut dan kronik akan dapat diubati dengan sepenuhnya jika pemeriksaan yang teliti dan kaedah perubatan yang betul dapat diberi secepat yang mungkin” ujar Dr. Loganathan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...