Sunday, March 27, 2011

Aktiviti Pagi Ahad di Taman Tasik Titiwangsa

Hari Ahad, antara hari yang paling seronok .. kenapa .. dah tentu lah Ahad hari rehat bagi kebanyakan orang.. Hari utk kita spend bersama keluarga... Macam aku, ahad biasanya ke Taman Tasik Titiwangsa.. Anak2 bawak raket badminton.. biasanya jogging atau jalan laju satu pusingan tasik, pastu main badminton.

Tapi sekarang aku dah tak join dorang jogging atau badminton. Aku join senamrobik !.. Sangat seronok sambil menggerakkan badan dan mengeluarkan peluh. Ramai yang participate, termasuklah kaum lelaki, yang tua muda.. budak2 ..nenek2 semua ada... Yang bestnya, dah habis senamrobik.. dibuat pula aerobik ikut lagu..so mcm menari lah.. mcm2 lagu, hindustan ada, dangdut... tadi ada lagu Bila berpacaran dan Nobody - wonder girls. Masa tu tak ada segan2 dah.. bantai je menari walaupun salah step.. bukan orang perasan pun..hehehehe....

Selesai program di Taman Tasik Titiwangsa, biasanya kami akan terus ke Perpustakaan Negara.. Minum di kafe kat situ dan - pulang buku dan pinjam buku.

Tapi tadi kami tak ke library.. terus gie Kampung Bharu for our brunch.. I had nasi lemak rendang limpa.. (itu lah kesudahan yg sangat tragis.. lemak baru terketar2 nak dibuang, tapi di simpan rapi semula).

Petang nanti, tengok lah camna. Maybe aku nak gie Spa, jumpa tok guru yang mengajar aku mengurut.. Wat sauna syok juga kan...

Petikan NST 5th Feb 2011
THE Kuala Lumpur City Hall will re-start its Senamrobik programme at five of its recreational parks tomorrow. They will be at Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Ulu Pudu, Taman Tasik Permaisuri, Taman Tasik Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail and Taman Tasik Manjalara, Kepong. This exercise programme will be held every Sunday between 8am and 9am. City folk are invited to join in and lead a healthier life.

Friday, March 25, 2011

Bobbi Brown Pretty Powerful



Aku bukanlah pelanggan Bobbi Brown dari dulu... cuma pernah beli foundation je..huhuhu.. gara2 nk jadi Queen Amidala jadi jadian masa annual dinner lepas...

Tapi aku terus guna foundation tu.. dan sangat sukakannya !

Baru ni aku gie Sogo n singgah kaunter Bobbi Brown.. rupanya dorang wat campaign for their new Pretty Powerful.. aku join ler... saja suka2...hikhik

Pasar Minggu Temerloh

Baru2 ni aku singgah jap ke Pasar Minggu Temerloh yang sgt la meriah tu.. Aku teringin sgt nk pergi, sebab dah lebih 10 tahun kot aku tk kesana...

Menjamu selera di tepi Sungai Temerloh


Belangkas & belut yang dikeringkan..


Bahan2 perubatan tradisional.. aku igt biji manjakani je.hehehe






Monday, March 21, 2011

Sunday, March 20, 2011

Antara Rango dan Hikayat Merong Mahawangsa

Cuti sekolah baru aje berakhir. Alhamdulillah dapat gak spend masa dengan anak2. Ambil cuti dua hari saja..Monday gie Pusat Sains Negara..the kids enjoyed, tapi geram dengan Izuddin.. ada ke 'Dinosaur' pun takut ??? Aku tengok budak lain ok je.. dia sampai pucat2 muka takutkan dinosaur yang ada kat situ..

Selasa, aku bwak Irfan dan Iqmal gie nengok movie.. tak plan pun, terus gie Wangsa Walk lepas asar.. so aku nak ler nengok Hikayat Merong Mahawangsa.. tapi seat tak cun !.. depan sekali !.. Last2 aku beli tiket Rango. Dalam hati best kot..heheh..

Tapi.....start2 je aku dah ada feel yang filem ni mesti boring punya.. Akhirnya di pertengahan aku pun tido !...hehe.. Itu style aku ler kalau tengok wayang boring. Lepas abis movie, sambil keluar panggung aku ckp kat Iqmal,, citer ni tak best kan. Iqmal jwab "Masa Umi tengok memang tak best, tapi part masa Umi tido tu.. best"..Hampeh !

Rabu, aku kerja.. kawan2 opis sibuk berciter pasal HMM.. dorang kata best (walaupun dorang pun tak tengok lagi..heee)... tapi dah cukup buat aku tak senang duduk..Lunch time terus gie KLCC nk beli tiket.. sebb nk book online n call tak dapat.

Malamnya dpt ler aku menonton HMM dengan Iqmal n Irfan.. Best ceritanya, walaupun pada aku ada part fight yg agak pelik cam katun (pergerakan laju semacam).. dan watak Putera Roman cam tak kuat je.. tapi cute !.. Apa yang penting, aku tak tertido dan tak mengantuk langsung. Itu maknanya citer tu best ler pada aku..hehehe...

Sapa belum tengok lagi HMM, silalah ke panggung berhampiran anda... Tahniah kepada adik beradik KRU.. u all memang best...terutamanya YUSRY the director.

Friday, March 4, 2011

Dari braces ke retainer...

Semalam 3/3/2011..aku mula memakai retainer..

Setelah lebih seminggu rehatkan gigi lepas tanggalkan braces, maka bermula satu lagi episod drama gigi dalam hidup aku.. aku igtkan sakit pakai retainer ni.. rupanya tidak !.. TAPI tak selesa !.. bahagian bawah ok lagi.. kalau bahagian atas.. waaaaa...

Can u imagine, lidah ni tak dapat nak bersentuhan dengan lelangit ???? Sungguh tak aman dibuatnya.. rasa cam pendek je lidah ni bila bercakap ...keh99x...

According to Dr Tan, aku kena memakai retainer ni 24 hours selama 6 bulan.. tanggal masa nak gosok gigi aje.. makan pun kena guna.. abis tu.. camna plak nak kunyah ni..huhuhu...tapi masa makan aku tanggalkan juga..

Dah mula rasa malas nak makan ni..sebab leceh sungguh nk tanggal n pasang balik.. Mungkin baru2 permulaan kot, dah lama2 nnti ok je agaknya.. Dari satu sudut, elok benarlah aku rasa malas nak makan byk kali ni.. Biar ler dapat kurus sket... aminnnn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...