Sunday, May 25, 2014

Assalamualaikum..

Kesian betul dengan blog aku ni... terbiar sepi.... kalau dulu dalam seminggu at least sekali update.. now tak dilayan betul.

Apa kan daya.. tuan rumah sibuk sangat.. tak sempat nk balik blog..


Skarang tuan rumah join dancing class pulak.. baru sebulan beb.. sebelum ni zumba  .. now tambah pulak dgn dancing 2 x seminggu.... Bila dah join dancing class ni aku rasa zumba kurang sesuai la dgn aku. Banyak sangat melompat ! Mak mana la larat nak lompat beria2.. sakit kaki tau tak..

Tak disangka, aku enjoy sangat dancing class tu. Berpeluh2 dengan banyaknya.. suka suka..Kalau nk tau berapa kalori yang kita dapat bakar masa menari cer baca ni.. petikan dari
http://sdkeluarga.karangkraf.com/santai/jom-bakar-kalori-dalam-rumah-1.172742.

Mari Menari
Daripada terus mendengar radio sambil melayan perasaan, apa kata anda pasangkan lagu-lagu kegemaran dan menarilah mengikut rentak muzik. Menari selama 30 minit membantu membakar sebanyak 221 kalori.

Best kan.... skarang ni petang hujung minggu aku cuba dancing sorang2 kat rumah.. semalam pasang lagu gangnam style.. aku menari depan anak2 mula2 dorang ketawa hihihihih.. rasa kelaka agaknya tengok umi dorang menari.. hahahhaa.. lepas tu dorang plak suka join sekali..

Kalau ada sesapa nk burn calory kat rumah..haaaaa cuba la dancing2 ya...

Tuesday, March 4, 2014

My Passion - mengurut.

Assalamualaikum......

lamanya tak apdet apa2 di blog ni. Zaman sudah berubah....blog bagai tak dipedulikan lagi... ini utk blogger suam2 kuku cam aku lah... 

Harus aku akui, facebook sudah jadi medium utama berinteraksi dengan kawan2.. tapi hanya share2..like2..comment2...hehehe,.. Blog lebih meluas dalam meluahkan pendapat sendiri dan berkongsi pengalaman.... 

Malam ni aku nak kongsi passion aku ... mengurut. Mengurut orang perempuan saja tau... Asalnya aku selalu tolong mak urut2 n picit2 badan n kaki dia yang selalu lenguh.. Lama2 mak cakap tangan aku ni macam tangan tukang urut. Masalahnya aku tak tau teknik yang betul ... aku pun mula memikirkan untuk mencari kelas urutan. Alhamdulillah... aku berpeluang belajar mengurut dari kawan baru yang aku kenal di satu seminar. Tak de la sijil bagai.. tapi syukur.. aku mula tau teknik2 asas urutan badan.

Aku mula mengambil upah mengurut tapi tak dapat nak serius.. maklumlah aku kerja.. partime study lagi.. jadi ada masanya sebulan juga aku tak mengurut sesiapa. 

Now.. cuti semester UUM.. so aku kene pandai2 lah membahagikan masa kerja n mengurut. Syukur.. ramai yang berpuas hati dan urutan aku. Semoga apa yang aku usahakan memberi manfaat kepada kawan2, family n orang lain yang memerlukan.... n aku pun dapat sharpen my massage skills. Itu semua memberi self satisfaction.... alhamdulillah.... syukur kepada Allah...

Saturday, January 4, 2014

Izuddin masuk darjah satu

Tahun berganti tahun....rupanya my little boy dah besar... 2014 ni Izuddin masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je lahirkan Iddin ni. Errmmm... umi sayang Iddin ketat2 !
Pagi Iddin ke sekolah kebangsaan...petangnya ke kelas hafazan di Atah (akademi tahfiz al hidayah)... selama ni Iddin attended preschool Atah.

Wednesday, September 11, 2013

Posting tak bertajuk

Assalamualaikum....

Tak sempat rupanya aku ucapkan Selamat Hari Raya tahun ni... Konon2 terlalu bz sampai tak dapat nak update apa2. Memang bz pun sebab lepas raya aku final exam untuk semester ke 5. Ada 5 semester lagi...adoi...penat..tapi kene tetap bersemangat...

Aku baru balik dari Jakarta Bandung semalam.. Posting 1st trip Vietnam dah terbengkalai... ntah bila nk sambung.. siap dah gie kali kedua ke Ho Chi Minh & ni balik dari Indonesia pulak.

Sket cerita about trip latest ni.. sepanjang kat sana ada dua cerita hangat... DUL AHMAD DHANI KEMALANGAN & PENGUSAHA TEMPE MOGOK...  sebelum ni beria2 nak gie tengok rumah Ahmad Dhani...  Lagi satu yang menarik perhatian aku ialah tentang Bapak Jokowi.... korang tau tak siapa Bapak Jokowi ni ????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...