Tuesday, July 20, 2010

sejarah aku pakai cermin mata...

Sungguh, aku didatangi idea tuk menulis kenangan waktu aku mula2 rabun dulu. Seingat aku, masa aku darjah 2 dan 3 aku selalu sgt sakit kepala yang teruk, migraine la gamaknya.. tapi tak kot !..sebab migraine sakit sebelah kepala aje. Ini tidak, sakit satu kepala lah ! Menangis, meronta aku..sebab terlalu sakit, sehingga makcik aku pernah tolong lilitkan tali kain keliling kepala, dan tarik, ikat kuat2. Jadi aku rasa kurang sikit siksanya. Bila tengok aku selalu sakit kepala, ayah pun bawak aku jumpa doktor. Doktor cakap, ini mungkin ada kaitan dengan mata.

Aku pun dibawa ayah pergi klinik mata pulak. Masa tu optometrist tu kat bangunan UMNO Bentong. Akhirnya, sah la mata aku dah mula rabun. Itulah sebabnya aku selalu sakit kepala... Lepas tu, bermula lah era aku sebagai gadis sunti bercermin mata !..(hahaha// baru darjah empat !)..

sambungan esok.. aku dah mengantuk.

...cermin mata, kanta lekap.

Dari wikipedia :

Cermin mata
merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.

Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultralembayung.[1] Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh. Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.

Kanta lekap (Bahasa inggeris: contact) merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden telah direka oleh seorang ahli kimia dari Republik Czech Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lím, yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.

Kanta lekap biasanya digunakan untuk tujuan pembetulan sebagai sama seperti cermin mata, tetapi ia lebih ringan dan ia tidak mudah kelihatan—ada kanta diwarnai dengan warna biru muda. Sesetengah kanta kosmetik pula sememangnya diwarnai untuk tujuan mengubah rupa bentuk mata.

Telah dianggarkan 125 juta orang menggunakan kanta lekap di seluruh dunia (2%), termasuk 28 hingga 38 juta di Amerika Syarikat[1][2] dan 13 juta di Jepun.Jenis kanta yang digunakan dan ditetapkan mengubah dengan jelas antara negara, dengan kanta 20% tegar kini digunakan di Jepun, Belanda dan Jerman tetapi kurang daripada 5% di Scandinavia.

Banyak sebab kenapa ramai memilih untuk menggunakan kanta lekap, sering kerana rupa mereka dan amalan.Apabila dibandingkan dengan cermin mata, kanta lekap kurang terjejas oleh cuaca lembap, tidak mengelembung naik, dan menyediakan satu medan penglihatan lebih luas. Ia lebih sesuai digunakan untuk aktiviti seperti bermain.

Monday, July 5, 2010

Psychic Octopus On A Roll In World Cup

Psychic Octopus On A Roll In World Cup

Germany

No doubt, sekarang rasa hepi tul Germany menang match dgn Argentina.

Sebelum match tu, aku cakap kat Huda..ish berdebar2 rasanya ...hehe.. maklumlah, Argentina well known dgn Messi, Tevez.. team yang kuat. Tapi, deep in my heart, i know, Germany mesti menang punya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...