Friday, June 14, 2013

War Remnants Museum, Ho Chi Minh city Mac 2013

Aku dan Ven di tepi pagar belakang Reunification Palace 

Sambung balik entry HCM selepas terbengkalai quite some time.... siap dah balik dari trip kedua ..hikhikhik.... Masa 1st trip ni, kitorang tak gie CuChi Tunnel & Sungai Mekong.. aku teringin gak nak tengok tunnel tu.. tapi masa ni Vietnam panas lah.. (alasan).. lagi pun klu gie trip2 ni, banyak ambil masa.. mau seharian so baik tak payah. Camana pun aku mesti nak gie War Remnants Museum. Aku decide nak jalan kaki je sebab ramai blogger kata attractions di HCM city ni within walking distance aje. 

Mula2 rasa cam senang je nak cari arah.. tapi tanya jugak orang2 ..nak tanya kene tunjuk map sebab kebanyakannya tak tau ckp omputeh. Tiba2 aku terjumpa sorang vietnamese lady.. namanya Ven.. dia nak gie satu park for morning exercise... aku pun tanya arah ke muzium tu.. rupanya she's fluent in English..so sambil jalan kitorang borak2.. dia pernah visit Genting Highlands n suka dia bila aku puji HCM city bersih. Dia bagi email address tapi sedihnya bila balik KL aku tak jumpa ...hilang !.. I lost  Ven's email address... (hopefully she will read this.. mana tau kan..)


Berpeluh juga nak ke muzium ni.. rasa penat gak.. hish.. kata dekat !...... lalu kat tempat Water Puppet Show..tapi tak gie pun.. bawak budak2 ok la kot.. Tak lama lepas jalan sama2 Ven dah sampai kat park tu.. so dia tunjukkan arah ke muzium..dengan konfiden terus jalan. Pastu boleh terlupa pulak arah yang Ven cakap tu....huaaa...

Kami terus jalan di kaki lima pagar Reunification Palace.. bersih betul kawasan nya... cer tengok.. secebis sampah pun tak ada.

Jalan terus jalan... tengok tu banyak betul motor2 di jalan.. ni baru betul Raja Jalan.. motor lagi banyak dari kereta !.. owh sampai sini gua dah konfius arah ... Ida dah muka masam & bising sebab aku ngada2 nak jalan kaki.. sampai area ni aku tanya sorang budak pompuan n maknya.. dia soh jalan depan lagi.. (sebenarnya masa ni dah tersilap).. patutnya cross jalan n masuk satu simpang ke kiri.. rupanya budak vietnam ni pun confuse jugak..waaa

Tengah2 penat jalan kaki dengan panas tu, sempat gak lah aku snap building ni.. cantik kan.... Muka Ida tambah masam...hahhahahaha.....

Akhirnya masuk simpang ni pulak ... ni lorong motor.. bersih jugak.... lepas ni belok kiri lagi.. pastu jumpa omputeh baru balik jogging.. dia soh belok kiri lagi.. akhirnya kami dah ronda satu kawasan EMPAT SEGI DI HCM..hahhahaha.. baru jumpa War Remnants.


Bila dah jumpa muzium ni, aku rasa lega.. tapi muka Ida belum hilang masam lagi.. so bior dia duduk dulu kat kerusi lepas beli tiket.. aku gie amik gambar kat luar2 muzium tu dulu.



Antara kereta kebal  yang dipamerkan di luar muzium.. ada beberapa helikopter, kapal perang, meriam kepunyaan tentera Amerika.

Ni tayar kereta kebal US Army.. bayangkan kalau kene lenyek ni....

Aku tak sabar nak masuk dalam .....


Dalam muzium banyak foto2 yang membuktikan kekejaman Tentera Amerika.. masa aku kecik dulu tengok citer amerika off course lah dorang cakap viet cong yang kejam.. Tengok gambar kat atas tu, US Army buat water torture kepada tahanan. Kejam kejam...






gambar mangsa kesan dari semburan kimia bertoksid oleh tentera Amerika..
kebanyakannya lahir selepas  perang berakhir.

kalau tak silap ini hospital yang musnah masa perang 

gambar  sekarang
Ada banyak sangat gambar yang mengerikan dan sangat menyedihkan.... kuar jugak la sket air mata aku ni..huhuhuhu....banyak info yang aku dapat selama ni kita tak tau...  Kagum aku dengan semangat orang Vietnam ni.. kalau tengok dengan pembangunan pesat di Ho Chi Minh city ni aku memang tabik spring lah. 
Keluar dari muzium, terus tahan teksi.... tak kuasa nak jalan kaki balik ke area Ben Thanh tu...lapar gila.. terus gie kedai makan !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...