Monday, July 27, 2009

Warga tua, budak disekat tunai haji

ARKIB : 26/07/2009 Utusan M'sia


Warga tua, budak disekat tunai haji
RIYADH 25 Julai - Arab Saudi dijangka melaksanakan peraturan menghalang golongan tua dan kanak-kanak daripada mengerjakan haji pada tahun ini bagi mengurangkan risiko jangkitan selesema babi.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Saudi, Dr. Khaled Marghlani hari ini berkata, kerajaan dijangka melaksanakan syor yang dibuat pada mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Kesihatan Arab di Kaherah pada Rabu lalu untuk menyekat mereka yang berusia melebihi 65 tahun dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun daripada menunaikan haji.
Bagaimanapun kuota haji bagi setiap negara tidak akan berubah, katanya kepada AFP.
"Apabila kami melaksanakan undang-undang baru itu, kuota haji akan dikekalkan," jelas beliau.
Hampir dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada asalnya dijangka tiba di tanah suci untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Namun, penularan virus influenza A (H1N1), dengan kira-kira 300 kes disahkan di Arab Saudi, menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa mengenai risiko wabak itu merebak semasa musim haji ini. - AFP
Ejen pelancongan dan pengusaha hotel di Mekah melaporkan, ramai jemaah telah membatalkan rancangan untuk mengerjakan umrah semasa bulan Ramadan pada Ogos dan September ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...