Tuesday, November 27, 2012

Tangkal Nyamuk.

Kali ni aku nak ceritakan satu kisah benar.....tak ada yang bohong, melainkan benar belaka..hihihi.... husband aku punya cerita lah ni.. Peristiwa berlaku di Port Dickson beberapa tahun lepas.. sorang lelaki ni berminat dengan tangkal  dijual sorang lelaki lain yang beria2 mendakwa tangkal ni dapat menghalang seseorang tu daripada digigit nyamuk. Harga tak mahal RM20 je.... yang penting, kalau dah pakai tangkal tu memang badan selamat la dari gigitan nyamuk.. Tidur aman je...

So, lelaki yang confident gila ni & takut sangat dengan nyamuk, beli la satu tangkal & terus dipakai masa tidur malam tu.. Malangnya badan dia tetap gak kene gigit dek nyamuk. Esok tu dia bengang gila, marah betul sampai dikoyak2 tangkal tu... tiba2 dia terjumpa satu kertas terlipat......

Bila dibuka .....................................................................................................................................
>
>
>
>
>
>
>
..tulisannya " PAKAI KELAMBU "

Tuesday, November 20, 2012

Ladies coach

Hari ni aku guna servis KTM Komuter ke Shah Alam. Tren tak penuh maklum lah peak hours pagi2 ni hanya tren menghala ke KL Sentral or pusat bandar yang sesak. Masa balik pun camtu, tren tak penuh.. lapang.. tambah pulak kalau masuk ladies coach. Sampai kat satu stesyen, masuk sorang ni.. spesies berlainan jantina.. selamba aje dia masuk ladies coach. Mulanya aku ingat mesti lah dia akan gerak ke coach lain... ermmm... salah tekaan aku. Dengan selambanya dia duduk dengan muka tak de rasa apa kat celah2 pompuan...

Thursday, November 15, 2012

We Will Not Go Down (Song for Gaza) - Michael Heart - OFFICIAL VIDEO

Gaza diserang lagi..sedang umat Islam menyambut Maal Hijrah. Betapa besar dugaan diterima para syahid dan mujahidin di Gaza. Aku doakan mereka semua terus kuat dan bersemangat menentang Israel/Yahudi laknatullah.

Friday, November 9, 2012

LRT Oct 2012

Wah .. dah lama sungguh aku tak buat entri about servis Rapid KL terutamanya Putra LRT yang menjadi medium pengangkutan utama aku. Sejak aku jadi part time student ni, banyak perkara yang aku nak tulis di blog tak menjadi. Asal nak taip je, idea tu hilang. Maklumlah, wat assignment dah menjadi keutamaan..(wahahhahaha...ala2 top student cakap nih)..

Oktober 2012, warga KL menjadi trauma apabila terpaksa mendengar announcement dalam tren 'terdapat kesesakan di platform hadapan.... tren akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen'............ Bukan sekali tapi berkali2 dalam tren yang sangat padat bersendat2.

Hari pertama Putra ROSAK, ramai staf sampai lambat sebab tersangkut lama dalam tren atau kat stesen. Semua orang geram & bengang je.. bila nak kutuk kaw2 kat wall Rapid tak boleh.. mesti RapidKL dah disable so orang tak dapat la nak post kat dorang punya wall.


Kelana Jaya LRT Line operations on degraded mode

Release Date: 
18 October 2012

RapidKL’s Kelana Jaya Line LRT’s operations for the Jelatek - Sri Rampai stretch has to opt for a degraded mode, where the trains are manually driven, following a technical hiccup in the signaling system.
Subsequently, the LRT service along this stretch is slow as the service has to be undertaken under a manual mode. A total of 29 four-car trains were deployed but the service remains slow and the crowd still have to wait longer to enter a train.
The technical hiccup situation arises following an exercise to remove an obsolete part of a signaling system as advised by a signaling system contractor appointed by RapidKL.
The exercise, which started at 12am this morning and supervised by the signaling system contractor, encountered unexpected difficulties at 4:00am which disrupted the Automatic Train Operation System for the line.
The system is back to normal at 12:27pm today. RapidKL regrets any inconvenience arising from the situation.

Tuesday, November 6, 2012

SKYFALL Trailer 2 - 2012 James Bond 007 Movie


5th nov 2012 - Hari ni penuh kejutan.. aku gie ofis, tapi tak dibenarkan masuk. Banjir !... Sapa sangka dalam musim tengkujuh ni dalam ofis tingkat 13 sampai 22 boleh banjir !... Dok lepak2 kat foodcourt kejap..pastu yuhuuuuuuu... bos bagi staf balik !... Awal ni.. mulanya ada yang ajak gie jalan2.. shopping ke window shopping keeeee.... tetiba aku teringat Skyfall .. movie terbaru James Bond.. apa lagi..

Tanpa dijangka, dirancang tetiba je aku nonton Skyfall dengan office colleague - Kak Fauziah kat KLCC. Tiket 10.30 pagi.. tak ramai orang ler.... ntah apa la kitorang ni selekeh betul tak tengok no seat. Main duduk je.. pastu tamak pulak tu, kerusi sebelah kosong gie lambak beg2 segala.... Wayang baru start, rupanya ada orang punya seat tu.. hahaha... selekeh je gie pindah seat belakang.... pastu kak Fauziah panik sebab henpon dia hilang.. kene la cari, kang dia tak concentrate plak.... serabut betul tauuu... kelako.. sibuk nak cari hp lah.. naseb baik jumpa....

Skyfall, movie James Bond lakonan Daniel Craig yang sangat best. Aku pasti yang itu, sebab aku langsung tak mengantuk & tak tertidur.... (biasanya kalau movie tu ada sedikit boring terutama di permulaannya..mesti aku tido..hehehe). Tapi tengok Skyfall ni aku enjoy dari awal sampai habis. Rasanya cam nak ke cinema  lagi ni. 

Sapa lom tengok Skyfall...JOMMMMMMMMM...

Monday, November 5, 2012

Di MSMW 2013 soft launch

On Friday 2nd Nov 2012.. aku ke Berjaya Times Square after office. Naik putra, turun putra, naik star, turun star, last skali naik monorel, turun monorel. Sampai kat sana, event belum start lagi.

Aku ingat kalau gie situ leh la jumpa blogger2 terkenal, fatin liyana, red mummy atau hanis zalikha.. tak de bayang pun... Yang ada Altimet n YB KJ. ok lahhhh


Aku tak tunggu sampai habis pun... lepas refreshments terus blah...Dapat lah kenal dua new friend..sorang tu blogger gaks.

Saturday, November 3, 2012

Study for SPM ?

Wah... penuh sesak petang ni kat library Jln Tun Razak.. meriah dgn adik2 student yang akan sit for SPM .. last minute study la ni ya.. biasa ler tu...Akak ni ha.. sibuk2 jugak kat library buat tambah penuh n sesak. Aku nak wat preparation utk mulakan assignment Business Law aku tu. Tapi esok kene gie lagi, sebabnya aku sampai lambat. Lepas lunch baru keluar, so drive kat Jalan Tun Razak tu sambil makan jem la. Hujan plak tetiba lebat.... esok kene gie pagi nih ! Aku rasa cam nak amik SPM lagi je. .maklumlah study sama2 dengan adik2 tu...hehhe.

Kat library yang bestnya jumpa junior aku kat skolah dulu. Tak sangka dia leh ingat muka aku ni..  Aku pulak memang langsung tak ingat dia mana satu. Kebetulan dia pun pursue PJJ UUM, bezanya dia Public Admin , aku Risk Management & Insurance. Apa yang pasti, dua2 orang ni dah tua baru nak amik degree hihihihi..


p/s aku kembang hidung jap sebab borak ngan sorang adik tu (dia baru nak start Masters Degree). Dia tekejut bila aku sebut umur aku.. dia kata aku cam muda je lagi...hakhkhkhkhk... Korang jgn termuntah ya....


Thursday, November 1, 2012

MSMW 2013 Soft Launch

Ada sesiapa yang join ? If yes.. jom jumpa kat sana... leh borak2 sama... Harapnya petang Jumaat tu tak hujan.. senang nak gie after office hours.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...