Tuesday, April 26, 2011

Saba Restaurant Setiawangsa



Restoran Saba' Cyberjaya sememangnya antara restoran makanan Arab yang terkenal. Aku hanya mendengar cerita saja, tapi tak pernah sampai pun.. Yang pasti, variety makanan yang sedap di Restoran Saba' menjadi kegemaran adik aku Ida, kawan aku Elliyanty dan khabarnya Dato' Sri Abdul Wahid Omar pun suka !

JANGAN kata Cyberjaya, cawangan Saba' di Setiawangsa ni pun aku tak pernah sampai !.. Padahal seberang jalan LRT Setiawangsa aje.. di kawasan Maya Condo. Macamlah jauh sangat kan..
Namun takdir menentukan segalanya (heehehe..ala2 cerita drama melayu pulak)... last week, aku menjejakkan kakiku buat pertama kalinya di Restoran Saba' cawangan Setiawangsa !!!!... Yang herannya aku boleh lagi tu tanya opinion Sue "mana satu berbaloi - beli nasi tomato pasar malam ke atau nasi mandy Saba' utk husband aku ?" Sebabnya aku malas betul nak naik jejantas seberang jalan ..&@&$%#%%#Q&$... apa daaa aku merepek ni...
ok ok ok.. back to Restoran Saba'...aku tak makan kat situ.. tapi aku tapau. Aku order Mandi Lamb & Mandi Chicken. My comment : Mandi Chicken lagi sedap dari Mandi Lamb.. (tapi biasanya kalau makan nasi beriani aku lebih suka beriani kambing)..

Dan lepas tu aku dgn gembiranya inform Ida yang aku dah makan Mandi rice Rest. Saba'..tapi Ida cakap ,.. "tak sedaplah yang kat Setiawangsa.. kat Cyberjaya yang sedap"..

2 comments:

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

hai...salam kenal...^__^
nice blog...suka baca cerita dlm blog nih...

nurleeta said...

hi.. tq sudi singgah.. blog ni suam2 kuku je..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...