Tuesday, April 26, 2011

Saba Restaurant Setiawangsa



Restoran Saba' Cyberjaya sememangnya antara restoran makanan Arab yang terkenal. Aku hanya mendengar cerita saja, tapi tak pernah sampai pun.. Yang pasti, variety makanan yang sedap di Restoran Saba' menjadi kegemaran adik aku Ida, kawan aku Elliyanty dan khabarnya Dato' Sri Abdul Wahid Omar pun suka !

JANGAN kata Cyberjaya, cawangan Saba' di Setiawangsa ni pun aku tak pernah sampai !.. Padahal seberang jalan LRT Setiawangsa aje.. di kawasan Maya Condo. Macamlah jauh sangat kan..
Namun takdir menentukan segalanya (heehehe..ala2 cerita drama melayu pulak)... last week, aku menjejakkan kakiku buat pertama kalinya di Restoran Saba' cawangan Setiawangsa !!!!... Yang herannya aku boleh lagi tu tanya opinion Sue "mana satu berbaloi - beli nasi tomato pasar malam ke atau nasi mandy Saba' utk husband aku ?" Sebabnya aku malas betul nak naik jejantas seberang jalan ..&@&$%#%%#Q&$... apa daaa aku merepek ni...
ok ok ok.. back to Restoran Saba'...aku tak makan kat situ.. tapi aku tapau. Aku order Mandi Lamb & Mandi Chicken. My comment : Mandi Chicken lagi sedap dari Mandi Lamb.. (tapi biasanya kalau makan nasi beriani aku lebih suka beriani kambing)..

Dan lepas tu aku dgn gembiranya inform Ida yang aku dah makan Mandi rice Rest. Saba'..tapi Ida cakap ,.. "tak sedaplah yang kat Setiawangsa.. kat Cyberjaya yang sedap"..

Thursday, April 21, 2011

Harga Emas Naik !

Sedar tak sedar.. harga emas dunia semakin meningkat !.. Sebelum hujung tahun lepas aku dah buka akaun simpanan emas di Maybank.. Dapat saja buku, terus bagi husband simpan elok... Masa tu aku menyimpan 5gram bersamaan RM600++ lebih kurang...

Tup2, kecoh kawan2 aku kat ofis baca paper, bising kata harga emas dah naik. Bila dorang gie bank, rupanya memang betul harga emas dah up. Jadi,bila kawan2 buka pula akaun dengan 5gram.. jumlah RM diperlukan RM700++ sekarang..

So, kepada yang nak beli emas atau nak buka akaun simpanan emas, jangan tunggu lama2 lagi. Beli saja sekarang..

Monday, April 11, 2011

Masih relevankah pasar basah di KL

Aku rasa .. pasar2 basah yang ada di KL ni menjadi semakin tak relevan dengan perubahan gaya hidup warga kota. Kalau dulu Pasar Chow Kit, Pasar Selayang, Pasar Dato Keramat, pasar2 borong yang ada merata KL ni menjadi pilihan utama warga KL membeli ayam, daging, sayur n buah .. segala lah.. tapi kini beransur kurang .. Memang la masih ramai lagi yang ke sana, terutamanya pada musim perayaan, tapi bilangan yang memilih ke hyper market jauh lebih besar. Jawapannya mudah saja.. faktor kebersihan, kemudahan, bila2 masa je nk beli ikan. Tak payah le nak tunggu awal pagi ... heee. Contohnya Giant Kota Damansara, buka sampai kul 12 tengah malam..kan senang dan fleksibel.. bukan semua orang sama waktu kerja...
Yang penting sekali, masa membeli ikan, daging, ayam etc ni dapat di spend bersama keluarga... Maklum saja, masa orang KL ni cukup berharga !...Pergi kerja awal, balik malam, jadi itulah masa bersama keluarga.. Dan sekali harung nk shopping barang2 keperluan lain juga. Dari segi harga, kekadang harga di hyper market jauh lebih murah dan berpatutan. Cuma kekadang kelako juga, bila tengok troli tu dah jadi carca marba ikan, kek, bra, coklat, bola, semua ada...hahahahah....

Dari pemerhatian aku juga, peniaga di pasar2 basah tradisional ni, kebanyakannya dah diambil alih oleh warga asing.. macam mana boleh jadi camni ?

Tuesday, April 5, 2011

John Lennon - Woman

Kenangan Jalan Kuching

Kenangan ku bersama Jalan Kuching memang banyakk....kedengarannya mcm yang indah2 n memori masa bercinta je kan..

Dulu masa mula2 kawen, aku menyewa di Selayang.. jadi Jalan Kuching menjadi laluan utama utk pergi kerja.. Kalau naik bas mesti lalu Jalan Kuching sebelum masuk Jalan Ipoh. Naik motor, naik kereta ... sama je mesti lalu Jalan Kuching.. pendek kata, dalam entri aku kali ni.. memang byk kali lah Jalan Kuching disebut.

Kenangan ngeri : banyak accident kat jalan ni.. masa dulu2 time aku lalu.. boleh dikatakan tiap hari mesti ada kemalangan. Antaranya aku pernah lalu lepas tol, ada accident melibatkan motor.. dan memang aku lalu tengok sendiri mayat terbaring atas jalan..mujurlah jaket dia menutup badan dia.. klu idak mau aku pengsan atas motor tu...

Accident yang paling tak leh lupa : tentulah yang melibatkan aku sendiri.. Sandwich tu... Lepas je susur keluar dari PWTC.. tetiba aku brek mengejut... sebb teksi depan perlahan sgt.. aku memang tk langgar lagi teksi tu,,tapi kereta belakang pulak langgar aku.. aduh......panik giler masa tu.. dah la handphone tak ada lagi (memang koman tul aku masa tu).. husband lak jauh kat PD.. aku memang tak tau nak wat apa... driver teksi tu keluar dengan muka toya dia.. dia soh aku wat repot je.. yang kete belakang pulak,, keluar marah2 kat aku..kesian kat aku masa tu... Dan, tiba2 saja orang bengkel muncul. Masuk kete aku,pastu tah apa dia buat.. terus dia kata kete tk leh jalan n kena bawak bengkel. Sah2 dia tipu, tapi masa tu aku sorang2 tak teringat langsung.. ooooh ya... ada dua mamat naik motor, tolong tenangkan aku kononnya.. dorang ckp, jangan bagi bwk bengkel.. nnti kena tipu je.. Alih2 dorang mintak duit kat aku RM20 ..

Macamana pun, dalam byk2 kenangan, yang ini lah paling aku igt.. sila baca ya.

Satu pagi tu, aku naik motor utk ke ofis.. agak kelam kabut sebab aku lambat bersiap. Husband aku bisinglah sebb lepas hantar aku ke Menara Maybank, dia kena gie Mindef pulak. Berenti lak isi minyak.. perjalanan diteruskan... merentasi jalan yang memang sibuk n jammed, lalu pulak tol Jalan Kuching yang femes dulu2...tetiba ...lepas susur Jln Sultan Ismail dan hampir dah dgn Bank Negara... aku dengar ada orang hon motor byk kali.. aku pandang belakang.. orang tu tunjukkan kepala dia.. Mak ai, barulah aku tersedar,, aku tak pakai helmet !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...