Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Aidilfitri

Aku nk ucap selamat hari raya aidilfitri.. agak lambat sebab dah malam ke penghujung hari raya pertama.. maklumlah raya pertama mesti lah sibuk.. kan... sibuk beraya ...

Tahun ni aku beraya di rumah keluarga mertuaku di Kg Semerah Darat, Batu Pahat Johor. Anak-anak aku lah paling seronok, maklum lah beraya di kampung. Macam2 aktiviti yang dorang suka.

Musim raya ni dah tentu lah perkara yang paling aku kene igt.. JAGA MAKAN .. maklum, aku ni kategori senang sgt nk naik badan....

Sunday, August 14, 2011

Final Exam

Final Exam - 20th-23rd Aug.

Speechless terus, tak tau apa nk dipostkan kat sini.

Kepada kawan-kawan blogger n siapa saja yang terbaca ... please pray for me ya...

Tq..selamat berpuasa !

Thursday, August 11, 2011

Memori Ramadan

First of all, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog aku ni.. terlambat wish, kononnya bz sangat sampai nak update blog pun tak sempat.. tapi memang agak bz pon..hhehe.. maklumlah next week final exam. Kat ofis pun kekadang bz lain macam, dalam sehari ada aje urgent payment ..

Aku terfikir nak post apa2 aje tentang kenangan Ramadan yang pernah aku lalui.. yang paling aku ingat.. masa aku memunggu waktu berbuka puasa di Medan Selera Mara (dah tak wujud sekarang).. Aku rasa waktu tu belum lagi pukul 7.. tapi makanan dah siap dah..hahaha... sebab orang ramai aje nak berbuka, so kena cepat la amik tempat duduk. Tiba2 angin mini ribut datang.. sekali nak hujan.. apa lagi semua yang ada bawah canopy tu kelam kabut menyelamatkan makanan masing2 sambil menarik kerusi masing kedalam..so tak la terkena hujan.. Dalam keadaan tu, ntah macamana, aku boleh terminum air yang dah terhidang tu..hahhahaha... pelik sungguh kan..

Nanti aku post lagi kenangan2 ramadan di zaman lampauku..

Tuesday, August 9, 2011

Kenangan menyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil


Walaupun agak lambat aku wat posting ni, dan Harimau Malaya tak lepas.. aku tetap mau mengabadikan kenangan menyokong rimau di Bukit Jalil. Kalah tak mengapa, tapi aku rasa berbangga kerana menjadi salah seorang yang mencipta sejarah; memenuhi Stadium Nasional untuk menyokong pasukan Harimau Malaya. Pengalaman yang agak mahal dapat menyanyikan lagu Negaraku bersama lebih 80,000 orang yang lain, rasa sungguh bersemangat !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...