Friday, December 28, 2012

walaupunnnn

Lepas posting tengok match Malaysia Thailand aku menyepi terus... ini konon2 frust sebab Harimau Malaya kalah bola.

Ada peristiwa penting dalam hidup aku berlaku dalam bulan 12.... setelah dok kat Accounts sekian lama, skang aku berhijrah ke Corp Secretarial...sangat drastik, tapi itulah kehidupan..kalau tak ada drastik2 ni tak best & rasa kurang kick. Kalau tak berani dengan cabaran ibarat makan ulam tak ada sambal... bayangkan nak kopek durian kalau duri tu tak ada. Sangat tak best.

Hari ni aku apdet status kat fesbuk - ..walaupun gemuk, as long tak de orang offer duduk dlm train, kira ok lah tu. Ini aku teringat kisah dolu2 la ni..... lepas habis pantang aku baru aje start keje.... naik tren, ada orang offer aku duduk..sebabnya dia tengok perut ni cam ada isi lagi..hehehehehe..  Aku pun dengan selamba je ...kesian akak tu berdiri semata2 nak bagi 'orang mengandung' duduk..

Monday, December 10, 2012

Nonton Malaysia vs Thailand


Mulanya nak pergi, pastu tak jadi, alih2 masa aku dalam kelas, my sis called. Ada 3 tiket. Tak fikir panjang, terus nk pegi n ajak a friend to join me. Dia lambat reply, terus contact my husband = aku nak bawak Iqmal n Irfan.

Wah...ramai supporter Harimau Malaya ke Bukit Jalil. Dalam STAR LRT cukup meriah. Aku sampai awal jadi solat dulu di surau dekat stesen LRT. Penuh sesak surau dengan jemaah yang tengah bersemangat waja. Huiyooo..... Macam biasa, ada yang bawak anak kecik..ala..yang baby tu aku rasa cam tak sesuai je bawak ke stadium. Tambah2 kalau naik LRT...kesian aku tengok.

Walaupun Thailand pilihan utk menang AFF kali ni, tapi semangat penyokong tetap terbaek. Aku tengok match, macam  nonton citer hantu pun ada, sebab bila bola ada kat kaki pemain Thailand especially kat area bahaya, aku tutup telinga.. mata tutup sket2..hahaha. Bila Mat Yo jaringkan gol macam nak rak aku melompat..

WALAUPUN SERI, Malaysia 1 - Thailand 1, berbaloi gie stadium bawak anak2... Aku doakan Harimau Malaya terus mengaum di Bangkok nanti dan terus layak ke final. InsyaAllah...

Saturday, December 8, 2012

Rimau lawan Gajah di Chakri Palace

Jumaat ? Cepat nya masa berjalan.... aku sibuk sket lah..nak wat assignment, nak exam lagi...pastu sibuk kemas2 sket barang sebab tak lama lagi aku bertukar dept.

Asalnya aku nak gie tengok bola Ahad ni, Malaysia lwn Thailand. Nampaknya terpaksalah kensel sebb kena gie extra class Statistik dari pagi sampai petang. Cane pulak aku nak berkejar ke Bukit Jalil tu. Frust tau tak dapat gie stadium. Citer pasal stadium aku teringat masa lawan Singapore tahun lepas. Syok gila aku dok kat stadium tapi sedikit seram bila semua orang seronok melompat waktu Malaysia menjaringkan gol. Aku rasa bergoyang2 sampai takut aku stadium roboh..hihihi...... Sekali2 gie stadium gitulah... pelik2 gitu.

Itu match Ahad ni, aku pasti Malaysia boleh menang walaupun Thailand pasukan pilihan untuk AFF kali ni. Kalau Malaysia leh maintain semangat masa kalahkan Indonesia aritu, insyaAllah boleh menang....

Tadi, office team aku berempat orang gie makan kat Chakri Palace KLCC. Makanan sedap, tapi ada menu yang rasanya agak kureng compared to Basil, Bangsar....]

aku rasa cam seram je bila dengar Sawadeekap disebut berulang kali each time bila ada pelanggan yang masuk.. aku teringat Nangnak pulak.hihi..

Pastu aku rasa cam menganiaya semangat Malaysia lawan Thailand je..... (emosi sungguh kononnya).

Tuesday, December 4, 2012

Final MCM2 yang mengecewakan

Bersemangat betul aku lepas Malaysia menang bola... terus sambung final Masterchef. 

Hahhh !.. ada nyanyi2.. ??? Final yang betul2 tak disangka.. kalau pun ada performance cukup la satu aje..yang betul2 best ....ini macam pertandingan main2 talentime je.. (sebab kebanyakan yang nyanyi tak sedap langsung.) Ini final MasterCHEF ok...nak masak ke tak ni ??

Yes, disebabkan live so susah nak tunjukkan finalist masak..tapi, at least biarlah penonton nampak final touch dorang or masakan dorang ni sebelum dihidangkan kepada judges. Aku sebelum ni, imagine final Masterchef ni wat rakaman.. ok je.. sebab memang susah kot nak wat live dorang masak.. Tapi akhirnya apa dah jadi....finalist tenggelam terus... Chef Adu, Chef Zubir n Papa Joe ?????

Hidangan finalist tu pun tak yah la di announcekan awal2..baru lah lebih adil kalau judges tu semua tak tau siapa empunya masakan tu. Perkara simple camni pun penerbit tak nak pikir eh ?

Aku igtkan segmen reunion peserta MCM2 akan jadi highlight.. TAk pun aku suka sangat kalau Chef Michael Kukus Grill Panggang tu ada.. tambah meriah !!!

Saturday, December 1, 2012

Selamat berhujung minggu

 Salam hujung minggu untuk semua pembaca blog ini ya. Mesti ada plan nak gie mana2 kan... Kalau tak pun, cuba2 resipi baru.. iye tak........ Pesanan penaja hari ni..sila2 singgah Page kat bawah ni ek......


MARI MARI MARI......SINGGAH DULUUUUUUUUUUUUUU

Tuesday, November 27, 2012

Tangkal Nyamuk.

Kali ni aku nak ceritakan satu kisah benar.....tak ada yang bohong, melainkan benar belaka..hihihi.... husband aku punya cerita lah ni.. Peristiwa berlaku di Port Dickson beberapa tahun lepas.. sorang lelaki ni berminat dengan tangkal  dijual sorang lelaki lain yang beria2 mendakwa tangkal ni dapat menghalang seseorang tu daripada digigit nyamuk. Harga tak mahal RM20 je.... yang penting, kalau dah pakai tangkal tu memang badan selamat la dari gigitan nyamuk.. Tidur aman je...

So, lelaki yang confident gila ni & takut sangat dengan nyamuk, beli la satu tangkal & terus dipakai masa tidur malam tu.. Malangnya badan dia tetap gak kene gigit dek nyamuk. Esok tu dia bengang gila, marah betul sampai dikoyak2 tangkal tu... tiba2 dia terjumpa satu kertas terlipat......

Bila dibuka .....................................................................................................................................
>
>
>
>
>
>
>
..tulisannya " PAKAI KELAMBU "

Tuesday, November 20, 2012

Ladies coach

Hari ni aku guna servis KTM Komuter ke Shah Alam. Tren tak penuh maklum lah peak hours pagi2 ni hanya tren menghala ke KL Sentral or pusat bandar yang sesak. Masa balik pun camtu, tren tak penuh.. lapang.. tambah pulak kalau masuk ladies coach. Sampai kat satu stesyen, masuk sorang ni.. spesies berlainan jantina.. selamba aje dia masuk ladies coach. Mulanya aku ingat mesti lah dia akan gerak ke coach lain... ermmm... salah tekaan aku. Dengan selambanya dia duduk dengan muka tak de rasa apa kat celah2 pompuan...

Thursday, November 15, 2012

We Will Not Go Down (Song for Gaza) - Michael Heart - OFFICIAL VIDEO

Gaza diserang lagi..sedang umat Islam menyambut Maal Hijrah. Betapa besar dugaan diterima para syahid dan mujahidin di Gaza. Aku doakan mereka semua terus kuat dan bersemangat menentang Israel/Yahudi laknatullah.

Friday, November 9, 2012

LRT Oct 2012

Wah .. dah lama sungguh aku tak buat entri about servis Rapid KL terutamanya Putra LRT yang menjadi medium pengangkutan utama aku. Sejak aku jadi part time student ni, banyak perkara yang aku nak tulis di blog tak menjadi. Asal nak taip je, idea tu hilang. Maklumlah, wat assignment dah menjadi keutamaan..(wahahhahaha...ala2 top student cakap nih)..

Oktober 2012, warga KL menjadi trauma apabila terpaksa mendengar announcement dalam tren 'terdapat kesesakan di platform hadapan.... tren akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen'............ Bukan sekali tapi berkali2 dalam tren yang sangat padat bersendat2.

Hari pertama Putra ROSAK, ramai staf sampai lambat sebab tersangkut lama dalam tren atau kat stesen. Semua orang geram & bengang je.. bila nak kutuk kaw2 kat wall Rapid tak boleh.. mesti RapidKL dah disable so orang tak dapat la nak post kat dorang punya wall.


Kelana Jaya LRT Line operations on degraded mode

Release Date: 
18 October 2012

RapidKL’s Kelana Jaya Line LRT’s operations for the Jelatek - Sri Rampai stretch has to opt for a degraded mode, where the trains are manually driven, following a technical hiccup in the signaling system.
Subsequently, the LRT service along this stretch is slow as the service has to be undertaken under a manual mode. A total of 29 four-car trains were deployed but the service remains slow and the crowd still have to wait longer to enter a train.
The technical hiccup situation arises following an exercise to remove an obsolete part of a signaling system as advised by a signaling system contractor appointed by RapidKL.
The exercise, which started at 12am this morning and supervised by the signaling system contractor, encountered unexpected difficulties at 4:00am which disrupted the Automatic Train Operation System for the line.
The system is back to normal at 12:27pm today. RapidKL regrets any inconvenience arising from the situation.

Tuesday, November 6, 2012

SKYFALL Trailer 2 - 2012 James Bond 007 Movie


5th nov 2012 - Hari ni penuh kejutan.. aku gie ofis, tapi tak dibenarkan masuk. Banjir !... Sapa sangka dalam musim tengkujuh ni dalam ofis tingkat 13 sampai 22 boleh banjir !... Dok lepak2 kat foodcourt kejap..pastu yuhuuuuuuu... bos bagi staf balik !... Awal ni.. mulanya ada yang ajak gie jalan2.. shopping ke window shopping keeeee.... tetiba aku teringat Skyfall .. movie terbaru James Bond.. apa lagi..

Tanpa dijangka, dirancang tetiba je aku nonton Skyfall dengan office colleague - Kak Fauziah kat KLCC. Tiket 10.30 pagi.. tak ramai orang ler.... ntah apa la kitorang ni selekeh betul tak tengok no seat. Main duduk je.. pastu tamak pulak tu, kerusi sebelah kosong gie lambak beg2 segala.... Wayang baru start, rupanya ada orang punya seat tu.. hahaha... selekeh je gie pindah seat belakang.... pastu kak Fauziah panik sebab henpon dia hilang.. kene la cari, kang dia tak concentrate plak.... serabut betul tauuu... kelako.. sibuk nak cari hp lah.. naseb baik jumpa....

Skyfall, movie James Bond lakonan Daniel Craig yang sangat best. Aku pasti yang itu, sebab aku langsung tak mengantuk & tak tertidur.... (biasanya kalau movie tu ada sedikit boring terutama di permulaannya..mesti aku tido..hehehe). Tapi tengok Skyfall ni aku enjoy dari awal sampai habis. Rasanya cam nak ke cinema  lagi ni. 

Sapa lom tengok Skyfall...JOMMMMMMMMM...

Monday, November 5, 2012

Di MSMW 2013 soft launch

On Friday 2nd Nov 2012.. aku ke Berjaya Times Square after office. Naik putra, turun putra, naik star, turun star, last skali naik monorel, turun monorel. Sampai kat sana, event belum start lagi.

Aku ingat kalau gie situ leh la jumpa blogger2 terkenal, fatin liyana, red mummy atau hanis zalikha.. tak de bayang pun... Yang ada Altimet n YB KJ. ok lahhhh


Aku tak tunggu sampai habis pun... lepas refreshments terus blah...Dapat lah kenal dua new friend..sorang tu blogger gaks.

Saturday, November 3, 2012

Study for SPM ?

Wah... penuh sesak petang ni kat library Jln Tun Razak.. meriah dgn adik2 student yang akan sit for SPM .. last minute study la ni ya.. biasa ler tu...Akak ni ha.. sibuk2 jugak kat library buat tambah penuh n sesak. Aku nak wat preparation utk mulakan assignment Business Law aku tu. Tapi esok kene gie lagi, sebabnya aku sampai lambat. Lepas lunch baru keluar, so drive kat Jalan Tun Razak tu sambil makan jem la. Hujan plak tetiba lebat.... esok kene gie pagi nih ! Aku rasa cam nak amik SPM lagi je. .maklumlah study sama2 dengan adik2 tu...hehhe.

Kat library yang bestnya jumpa junior aku kat skolah dulu. Tak sangka dia leh ingat muka aku ni..  Aku pulak memang langsung tak ingat dia mana satu. Kebetulan dia pun pursue PJJ UUM, bezanya dia Public Admin , aku Risk Management & Insurance. Apa yang pasti, dua2 orang ni dah tua baru nak amik degree hihihihi..


p/s aku kembang hidung jap sebab borak ngan sorang adik tu (dia baru nak start Masters Degree). Dia tekejut bila aku sebut umur aku.. dia kata aku cam muda je lagi...hakhkhkhkhk... Korang jgn termuntah ya....


Thursday, November 1, 2012

MSMW 2013 Soft Launch

Ada sesiapa yang join ? If yes.. jom jumpa kat sana... leh borak2 sama... Harapnya petang Jumaat tu tak hujan.. senang nak gie after office hours.


Monday, October 29, 2012

MasterChef Malaysia 2 - Impian Rasa


Dari zaman budak2 sampai la sekarang, aku memang suka berangan. Apa yang aku angankan tu ada banyaakkkkk...... tak kira apa.. kekadang melampau2 dan tak masuk akal. Tapi, dah nama pun berangan. Apa saja yang kita nak pun boleh..hihihi..

Buat masa skrg aku berangan masuk Masterchef...siap jadi juara lagi.. Boleh jadi Selebrity Chef..hikhik.

Wednesday, October 24, 2012

Nasib orang gemuk

Alkisahnya dulu muda masa anak dara aku memanglah kurus.. pastu beransur2 la naik badan.. kejap susut barang sekilo dua, pastu naik semula 5-6 kilo. Selalunya sedara mara, kawan2 aku atau sesapa yang dah lama tak jumpa mesti tekejut gila tengok badan aku. Ada yang tanya 'Apa ko dah buat dengan badan ko ?

Ahad lepas aku naik tren, tetiba aku ternampak sedara jauh (berapa pupu ntah) masuk tren yang sama.. alamak, dengan pantas aku berjaya menyorokkan muka aku ..sebabnya masa tu aku memang tak de mood nak bercakap, penat lepas balik dari kelas. Aku dah tau mesti dia akan sebut pasal gemuk aku ni.. selamatttt........

Kelmarin, aku gie KLCC, nak beli pizza Milano tu je... sambil tu cuci mata lah. Dengan tiba2 sedara aku yang sama tu dah ada kat depan mata aku !!!!!... Aku tak dapat nak elak dah.. so borak tanya2 kabar, dia tengok aku atas bawah & dengan sampai hatinya dia cakap 'gemuk nya awak.... siap dengan sign orang badan debab'...cis..

Ni ada sorang remisier sama building ngan ofis aku.. Bila terserempak biasanya mesti tegur2.. tapi satu lah habit dia..suka sangat cakap 'Berisilah u'... 'U put on weight kan ??"...  Kalau tiap hari terjumpa n sempat chit chat..maka tiap hari la dia ckp mende yang sama je.. Bosan weh !.. Last tu skali aku ckp - Alaaaa u  ni.. asyik ckp I gemuk je...sedih tau !.. Leh la dia jawab.."tak per..sebab u sihat n cantik". Memang kurang asam kan... pastu dia cam paham aku tak berapa berkenan.. so lama lah dia stop dah tk ckp aku berisi..TAPI... semalam leh lagi plak terserempak dengan dia.. sambil borak2 hal lain, leh plak tu mata dia sibuk tengok perut aku lah.. haaaaa dalam hati tu nak ckp aku gemok lah tu.

Thursday, October 18, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - final

16 Sept 2012 - Bandung - Cianjur - Jakarta

Last day rupanya di Bandung. Woke up early, kemas2 apa yang patut n breakfast. Pak Iskandar pun datang awal, maklum lah perjalanan kami jauh hari ni. Sepatutnya bergerak je dari hotel, harus terus menuju Cianjur. Ida rasa perut dia ada sket2 meragam lagi, so pegi ke Apotek... menurut encik wiki, apotek berasal dari perkataan Belanda - Apotheek bermaksud farmasi atau tempat menjual ubat ubatan. Apotek yang kami singgah ni tak besar.. kecik aje, tapi ada dijual ubat sakit perut.... Dah naik mobil, aku menyatakan rasa kecewa aku sebab tak dapat ke Pasar Gasibu.. sebab trip2 sebelum ni aku pasti singgah ke Gasibu yang hanya ada pada hari Ahad... tiba2 Pak Is bilang, bisa aja bu ke Gasibu.. terus dipandu mobil ke kawasan pinggir pasar Gasibu...

Ok jugak .. walaupun bukan di kawasan utama Gasibu, still ada orang berjualan.. yang bagusnya tak ramai orang. Dapat jugak kitorang rembat shawls yang sangat2 murah tapi cantik. Beli gak tahu sumedang, ni first time aku cuba. Ida kata sedap.. mmmmm memang sedap pun !...

Pak Iskandarrrrrrrrr

Di pinggir Gasibu ni, kelihatan ramai pejalan2 kaki.. hari minggu di Bandung ada beberapa jalan yang khas untuk pejalan kaki dan yang berbasikal saja.... kereta tak dibenarkan !...


bagus betul dorang ni kan...

Dari Gasibu, mobil terus keluar dari kota Bandung.. menuju Cianjur.. ke rumah bibik/maid Ida yang akan balik sama ke KL dengan kitorang. Dalam mobil, kunyah lagi baki tahu sumedang.. sedap weh.. Pak Is bilang dalam perjalanan ke Cianjur ada di jual tahu sumedang yang lagiiiiiii sedap......

Rupanya ada beberapa gerai or kedai yang jual tahu sumedang ... Pak Iskandar sudah seharusnya tau yang mana satu paling sedap dan popular kan.... Kat sini terbeli banyak pulak tu.. sebabnya tak paham dengan budak pompuan yang cakap laju sangat..hhihii.. apa lagi dok kunyah tahu je la.. cicah pulak dengan sos dia.. huiyoooooooo.........

Indonesians are really creative...



panas panas lagi.... yang baju putih tu la cakap laju sangat
Pastu, singgah stesen minyak.. bukan nak isi minyak..tapi nak buang air.... kencing la tuuu..heheheh... toilet bersih walaupun aku rasa cam zaman silam sebab still ada kolah... cer tengok tulisan yang ada kat toilet ni.. sangat lembut bahasanya kan ??

Perjalanan diteruskan melewati kampung2, pekan2 kecil..inilah jalanraya utama menghubungi Bandung - Jakarta sebelum highway wujud... entah kat mana lupa apa nama pekan tu, Ida turun beli jeruk (kot ? ntah aku dah lupa).. ada gak sejenis kuih..( yang ni aku angin ni.. Ida lupa nak kasi aku rasa sket... cis.)....Pastu kan... Pak Is pun sungguh rajin bercerita tentang apa2 yang menarik sepanjang perjalanan. Maklumlah ini pertama kali aku dan Ida menggunakan jalanraya ni. Ada gak jambu..... sibuk sungguh dia suruh beli... iyolah Pak Isssss...

Melepasi Cianjur, kitorang mula rasa lamanyaaaa dok dalam mobil. Entah bila ni nak jumpa simpang masuk ke rumah bibik Mai. Pastu pekan Cipanas pulak... so kitorang decide nak lunch dulu kat Cipanas ni. Pekan ni jalannya sempit, kenderaan banyak juga... terpaksa la parkir kat area kantor Pos Indonesia nih.

possss

Keluar dari mobil, dengan tenang kitorang ke Restoran Cipanas..... nampak menarik nih !... Tetiba kan...dekat nak masuk pintu restoran, aku ternampak gambar katak kat cermin... hahahahhahahahaha... apa ada katak penyet ke ek ? 

Terus gerak cari tempat makan lain... last2 gie Satay Chinta... ermm... sebelum ni dah dua kali aku makan kat Restoran Satay Chinta di Bandung. Aku makan Nasi Goreng Kambing.. pastu sate kambing.. betul2 kambinglah..
Masjid bersebelahan Restoran Satay Cinta....di kejauhan itulah letak nya desa Bibik Mai

Dah kenyang...jom ke rumah Bibik Mai.. mesti dia tengah tunggu kitorang yang tak sampai2 lagi nih.. Dari Satay Chinta dekat je simpang untuk ke kampung bibik. Mula2 jalan elok, pastu beransur lubang sana lubang sini. Bak kata Pak Is, jalannya jelek. Dah 15 minit dari simpang, aku n Ida tanya Pak Is, jauh lagi ke rumah bibik ? Pak Is dengan tenangnya - jauh lagi buk, ibu tidur lah dulu.. Tapi kitorang tak tido... lagipun aku nak tengok pemandangan dan suasana kampung di tempat orang.. bukan senang kan nak dapat peluang.. Selang 10 minit, kitorang mula tanya2 lagi.. pastu tanya lagi.. agaknya Pak Is pun dah penat nak jawab, dah la degil taknak tido.. dia pun jawab - merentas 7 sungai, merentas 7  gunung baru lah sampai... hahahahhaha.. kitorang gelak.. pastu TANYA lagi... kesudahannya " lagi 10 minit buk". Amik ko lagi 10 minit tu.. jauhhhhhhhhh lagi.. .aduhhhhh.... kitorang mula mengeluh... jauhnya rumah bibik !...

Pintu gerbang menyambut ketibaan ibu2 dari Malaysia..heheh
Dari pintu gerbang ni kan, rumah bibik masih jauh lagi .. fuhhhh..... berapa kilometer dari jalan besar aku pun tak tau la ni. Kiranya dari jalan bertar yang elok - jalan tar yang jelek, jalan tak bertar, hinggalah tak ada jalan baru lah sampai rumah bibik Mai.
Bibik.....jauhnya rumahmuuuu
Akhirnya sampai di perkampungan rumah bibik..sangat terpencil dari desa2 yang tadi... sungguh tak sangkaaaa. Dari kereta nak  ke rumah bibik kena menuruni bukit (rendah tapi curam --- curam la sangatttt)... membuatkan kami ibu2 takut tergelincir (... camna nak panjat Bromo nih)... heran jiran bibik sebab kami kelihatan sangat mengada2.. sungguh kami bukan saja2 tapi takuttttt yang bener....

Aksi happy sebab dah sampai

Penulis bersama anak dan cucu bibik Mai
Anak2 bibik kelihatan sedih.. maklumlah belum puas menghabiskan masa dengan mak diorang..tapi ni terpaksa berpisah semula ..tak per lah.. berpisah pun sebab nak cari rezeki... beruntung apa dapat bos macam adik aku nih, Ibu Ida.. baik orangnya...... (ko jangan kembang lebih2 Ida..)
anak bongsu bibik malu bila aku nak snap gambar dia
Sejujurnya..keadaan rumah bibik membuat aku rasa sangat insaf dan terharu.. rumahnya nampak sangat daif ... Ida bagitau lantai dapur rumah bibik runtuh...so duit yang dia bawak balik masa cuti terpaksa lah digunakan untuk baiki mana2 yang rosak. Aku just harap bibik kerjalah dengan ikhlas n rajin di rumah adik aku tu.... kumpul duit2 banyak2  leh buat rumah baru.. jimat2 duit nya bik...
Ni rumah jiran bibik.. dah renovate nihhhh... berdinding batu.. rezeki balik cuti dari kerja di Arab Saudi
rumah jiran
Sempat gak aku bersalam2 dengan jiran tetangga bibik.. ermmm.... sayangnya tak de amik gambar dengan diorang..... ada sorang ibu tu aku tak jadi salam dengan dia sebab dia tengah peluk sekor ayam yang sangat lah besar... aku just tanya.. ayam apa ni.. dia jawab apa ntah aku dah lupa.
Bibik dah siap, terus kereta bergerak perlahan meninggalkan kampung bibik. (sampai sudah aku tak tau nama kampung ni).....

Kalau tak kerja di Malaysia, di kebun nilah bibik kerja.. kebun orang lain yang punya... dari pagi sampai tengahari.. upahnya sikit sangat.
Waktu ni mula senyap.. sebab bibik nangis.. kalau aku pun sedih.. nak tinggalkan keluarga .... jadi kita layan gambar ya...
budak2 bermain ala upin dan ipin

Semakin jauh meninggalkan rumah bibik, jumpa balik kawasan sawah2 padi.. menurut Pak Iskandar, beras yang datang dari sawah padi daerah Cianjur ni memang yang terbaik di Indonesia.
Lepas sawah padi yang indah, lalu pulak pekan kecil..sibuk ..... kali ni Pak Iskandar ikut jalan lain - shortcuts yang ditunjukkan bibik.. so tak lah lalu semula pekan Cipanas... di satu tempat tu.. ada banyak kereta, bas... Pak Is mengajak singgah.. aku tengok ramai sungguh orang kat area tu.. Taman Bunga Cisarua, Cipanas kalau tak silap. Dalam keadaan macamni tak de moodnya kitorang nak jadi minah bunga.
Pastu sampai satu kawasan di Cisarua, Puncak yang Pak Is cakap banyak kes nikah kontrak. Restoran Arab pun ada kat sini.. sedih pulak aku mengenangkan nasib kaum sejenis yang menjadi mangsa.

Akhirnya sampai lah kawasan Puncak yang popular tuuu... hari minggu.. ermmm..macet ler.. emang kami jadi lupa about trip Cianjur ni hari minggu. Terpaksalah tempuh juga.. tapi aku rasa tak teruk sangat kot sebab hari masih awal. So tak serentak dengan warga Jakarta yang mau pulang ke kota lepas bercuti di Puncak.
 Lalulintas Jakarta-Puncak ni kalau di hari Sabtu dan Ahad ada jadualnya ya.. maksudnya ada waktu tertentu satu arah aje yang dibenarkan - dari Puncak ke Jakarta or vice versa.
Sila lihat info yang aku dapat dari facebook.

Jadwal Buka Tutup Arus Lalu Lintas Kawasan Puncak

by TMC Polda Metro Jaya on Saturday, April 14, 2012 at 11:03am ·

Hari Sabtu:

Pukul 09:00 - 11.30 WIB
Semua kendaraan hanya satu jalur ke arah Puncak. Artinya lalulintas kendaraan dari arah Puncak menuju ke bawah yakni Jakarta dan Ciawi ditutup

Pukul 15.00 - 17.00 WIB
Semua kendaraan hanya satu jalur ke arah bawah atau arah Jakarta atau Ciawi. Artinya lalulintas semua kendaraan yang akan menuju Puncak ditutup


Hari Minggu:

Pukul 09.00 - 11.30 WIB
Semua kendaraan hanya satu jalur ke arah Puncak. Artinya lalulintas kendaraan dari arah Puncak menuju ke bawah yakni Jakarta dan Ciawi ditutup.

Pukul 15.00 - 18.00 WIB
Semua kendaraan satu jalur ke arah bawah atau arah Jakarta atau Ciawi. Artinya lalulintas kendaraan yang akan menuju Puncak ditutup.


Alhamdulillah kitorang tak tunggu lama.... sedang elok je dalam 10 minit menunggu...laluan dari Puncak ke Jakarta dibuka. Vrooommmmm....... Pak Iskandar kelihatan sangat ler excited dengan Puncak.. dia kata ada tempat or favourite spot orang amik gambar. Dia tanya kitorang nak stop tak amik gambar.. sekali lagi tak de mood. Lagipun Puncak ni tak ler jauh beza dengan Cameron Highlands.. ada ladang teh... or maybe kalau dari jalanraya ni tak nampak keindahan Puncak yang sebenarnya..aku tak tau lah kan. Masa ni aku kesian gak kat Pak Is sebab dia beria2 citer kat Puncak ni ada banyak kedai yang menjual barang2 antik. Mesti dia pelik kitorang wat tak heran je. Mungkin faktor keletihan dok lama dalam kereta membuatkan aku dan Ida jadi 'inactive'..hehehe.
See, lebih kurang Cameron je kan
Kalau yang ni memang menipu besor la aku kalau kata ABC ada kat Cameron
Masjid Atta'awun, Puncak

Agak lama juga masa yang diambil menuruni Puncak .... jarak yang kenderaan dari arah bertentangan menunggu giliran mengambil jalur ke Puncak pun jauh... so just imagine berapa lama dorang nak tunggu tu. Tengok gambar kat atas.. ada saja penduduk yang mengambil kesempatan mencari rezeki...ada yang jual air, ada juga yang menawarkan khidmat menunjuk arah jalan kampung ke Puncak. 
Pastukan lalu Bogor .... n masuk highway ke arah Jakarta....aku tak reti lah nak bercerita tang ni..hihihi.
Akhirnya..tibalah semula di kota Jakarta. Lepas isi minyak, Pak Is tanya apa program ..sebab flight ke KL  esok pagi.... Sejak dari awal lagi, kitorang plan nak ke Pasar Senen.. tambah2 pulak bila baca blog pasar senen gadhogadho
Serius..aku jadi teringin sangat nak makan lemper ayam..hmmmm... Pak Is kata dia tau Pasar Senen tu kat mana.. so dia nak bawak kami terus kesana..tapi kitorang cakap nak gie kemudian sebab nak beli kuih muih yang banyak macam Pak Azuan citer dalam blognya tu.
So, decide untuk dinner dulu. Kitorang dah tak de mood nak pikir tempat lain nak makan selain D'Cost.. jalan punya jalan last2 gie WTC Mangga Dua. Aku rasa restoran cabang ni lagi luas dari Thamrin city. Tapi,....... in term of food..D'Cost Thamrin jauh lebih baik dan sedap. Aku order yang sama Cumi telur asin.. tapi kat WTC ni tak garing langsung.. nasib baik tak lapar giler maklumlah dalam kereta dok kunyah tahu sumedang yang dah terbeli banyak tu. 
Dah makan, sekali lagi Pak Iskandar nak bawak ke Pasar Senen.. tak nak gak .. abes tu nak wat apa nih ? Nak shopping apa kejadah nya.. asalnya ada gak nak ke Spa konon2nya.. terus hilang semangat. Last2 Ida ajak tengok wayang. Tak de nak cari tempat lain yang jauh gie ITC Mangga Dua. Aku heran la apsal mall2 ni tak ler jauh sangat pastu nama dekat2 sama je. 
Empat2 orang skali tengok wayang.
Ida suggest nonton wayang reasonnya kalau ada nak tido boleh la tido ... sapa tengok wayang aaa silakanlah ya. Yang pasti Ida n Pak Iskandar je tengok dari awal sampai habis. Bibik dari awal dah tido, aku biasalah awal jaga, tengah lelap & dekat nak habis baru jaga semula. 
Selesai nonton, Pak Is bawa kami ronda2 Jakarta... memanglah tak macet sebab dah malam tapi tak dapat la nak tengok puas2. Paling excited lalu area Gelora Bung Karno.. sayangnya tak dapat nak singgah. Lalu depat BII (Maybank)... etc etc etc etc.... Then singgah 7 Eleven beli jajan untuk budak2 kat rumah. 
Entah macamana, Ida dah penat n aku pun dah mula mengantuk. Akhirnya ambil keputusan drastik TAK JADI GIE PASAR SENEN.. (dah balik Malaysia rasa regret sangat !... dok la ulang2 baca blog Pak Azuan tu.. )..  terus mintak Pak Is ke bandara n guess what.. kitorang tido dalam mobil. Kesudahan trip yang sangat mengantuk. 
Last2 dekat kul 4 terus Pak Iskandar turunkan kitorang kat terminal 3. Dia cakap, bu lain kali gak usah la ambil flight awal pagi ! Dia tu ok je, tapi gamaknya tengok keadaan kitorang yang teruk tu..hehehehe. Dia tak tido pun, dok kat luar kereta je.
Owh ya.. kesudahan trip bertambah teruk sebab dlm flight tak de steward yang hensem di mata aku n nasi lemak Pak Nasser yang tak sedap berbanding Pak Nasser masa flight dari KL. 
Sekian. The end.

p/s Berhati2 dengan toilet ladies kat Terminal 3 Soekarno Hatta Airport (departure) - pintunya agak transparent dan pastikan anda memakai spender etc jangan terlalu hampir dengan pintu.

Sunday, October 14, 2012

Migrain lagi ..

What a painful weekend !.. Hasrat hati nak habiskan masa with family puas2 n mengapdet blog aku ni. Next weekend kelas untuk semester baru bermula.. pegi kelas awal pagi sabtu sampai ketengah malam dan smbung lagi pagi ahad.

Tapi, apa nak buat, aku mula sakit kepala Jumaat lagi.. tapi aku tahan n kerja macam biasa. Menjelang petang rasa sakit makin kuat n aku tidur di ofis lepas habis office hours. Lagipun petang tu hujan n mesti dalam tren ramai orang.

Balik rumah, aku dok kejap n terus tidur depan TV.. terjaga jap sebab kecoh dengan bola Red Warriors vs Selangor. Pastu sambung tido balik. Esok paginya sakit makin kuat, makanya seharian aku atas katil . Bangun kejap2 rasa berdenyut sungguh di kepala n rasa melayang2.. aduh....

Hari ni - Ahad.. still lagi sakit walaupun tak sekuat semalam. Hairan juga, kenapa lama gak migrain kali ni ? Walaupun sakit, tapi aku tetap bersyukur, masih ramai lagi orang lain sakit yang lagi teruk dari aku.

Friday, October 12, 2012

Bayi ajaib - Imad Nasrullah Effendi




Imad & Syam



Imad ialah anak kepada officemate aku - Effendi Shoib & wife Norsyamzani... Imad baru saja celebrate birthday yang pertama - aku sempat datang ke rumah Fendi di Puchong. 

IVF beri harapan bergelar ibu
Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata. Begitupun, bukan semua pasangan dianugerahkan zuriat dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas terpaterinya ikatan suci antara Adam dan Hawa.
“Sudah ada isi ke?” Itu antara soalan-soalan lazim yang bakal diajukan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Lebih lama tempoh berkahwin, lebih pedas pula soalan yang dilontarkan, baik daripada ahli keluarga sendiri mahupun dalam kalangan rakan-rakan. Pasti emosi sedikit terganggu, malah ada yang mengalami tekanan perasaan tatkala diri dipersalahkan.
Kebiasaannya, apabila timbul isu sebegini, kesalahan diletakkan di bahu kaum Hawa yang ‘dituduh’ mandul atau tidak mampu memberikan zuriat. Norsyamzani M. Zawawi, 34, sudah lali dengan soalan-soalan dan kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya. Namun selaku insan biasa, emosi dan perasaannya terguris setiap kali telinganya diajukan soalan yang dia sendiri tiada jawapannya.
Kakitangan swasta yang mendirikan rumah tangga dengan Effendi Shoib, 38, pada 30 Ogos 1998 itu sukar mendapatkan zuriat kerana mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOs). PCOs ialah satu sindrom ketidakseimbangan hormon yang berlaku ke atas wanita yang mempunyai ovari polisist