Tuesday, May 1, 2012

Bandung Apr 2012 - Day 4 - Part 2 - Kawah Putih

Sejurus je Pak Iskandar sampai hotel, kami terus bertolak ke Kawah Putih. Pada awalnya, lancar..sebab keluar saja dari kota Bandung, kami melalui highway....terussss..... keluar je dari tol Kopo, jalan mula macet. Di kawasan Kopo terlalu sesak, jalan sempit, kenderaan banyak.

Suasana damai mula beransur terasa bila kenderaan yang kami naiki melepasi Soreang... kereta kuda makin banyak kelihatan... kemudian Ciwidey.... dikelilingi kebun strawberi, sawah padi..

Ciwidey... if not mistaken di kemuncak itulah Gunung Patuha.. lokasi Kawah Putih
Suasana desa Ciwidey
Belum sampai kawah putih lagi, buk
Kami mengambil keputusan untuk tidak menaiki kenderaan yang disediakan sebaliknya terus dengan kereta Pak Iskandar. Nampak adventure, kiri kanan tak de pintu,  tak nak lah aku... lagipun orang tak ramai sebb hari isnin, so tak mau buang masa menunggu2 penumpang lain. So, tanpa membuang masa, kami teruskan perjalanan ke kemuncak Gunung Patuha.
Kaunter tiket..

Kami  melepasi kaunter tiket dan meneruskan perjalanan mendaki Gunung Patuha. Teringin aku nak berhenti di tepi jalan untuk snap gambar, tapi disebabkan jalan yang sempit aku terpaksa lupakan....
Yeah...dah sampai akhirnya.... memang tak ramai orang sebab hari Isnin... disini tak ada penjual yang kerumun macam di Tangkuban Perahu.. yang ada cuma menjual mask.. aku beli la gak sebab lupa nak beli di farmasi...
Jauh betul perjalanan nak tengok kawah yang satu ni..
Baca riwayat sejarah kawah putih la pulak.. kawah putihnya MANA ??
Ni anak kawah putih kot..
Dah mula kelihatan....
menuruni tangga
Finally... Kawah Putih .. aku dah sampai !
Awas.. jangan ada pulak yang suka2 nak main2 air kawah putih... Aku teringin gak nak cuit2... tapi dorang kata takut gatal n keradangan..sebb airnya bersulfur. Masa ni bau sulfurnya tak kuat sangat...tak pakai pun mask yang dibeli tadi...
Charlie Angels..
Ini dia driver, cameraman, body guard kami..... Hi Pak Iskandar !
Goa Belanda... tak bleh berlama kat depan gua ni.. bau sulfur kuat..
Pre wedding shooting...
Rasa macam mimpi pulak aku datang sini..tapi kan.. aku punya expectations tentang Kawah Putih ni lebih tinggi.. aku mengharapkan pemandangan yang lebih dramatik....... dan menarik....  Apa2 pun aku tetap happy dapat sampai ke sini.
Sangat cantik...
Melangkah kaki meninggalkan kawasan Kawah
Hasil bertani...kobis...
Selamat tinggal Gunung Patuha !
..................meninggalkan Kawah Putih dan Gunung Patuha... mencari2 Situ Patenggang pula !

2 comments:

fatin said...

as salam kak, saya kebetulan tgh mencari mobil and kawasan shopping di bandung, early july ni nak pergi sana.. terjumpa blog akak.. boleh tak saya nak minta contact no syarikat mobil sewa/supir akak? berapa ya sewanya? terima kasih. fatin :)

fatin said...

ni email sy fhatmoy@yahoo.com. fatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...