Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2010 (ITEX).
Ikhlas aku katakan, ini lah kali pertama aku mendengar tentang Pameran ni. Aku dapat tau pun sebab rakan on9 dari USM bertugas di booth Aerospace USM.
Tujuan asal hanyalah nak berjumpa Faukhrool, tapi terus mengambil kesempatan melawat booth yang ada..
Ada rekaan dan inovasi menarik yang sempat aku tengok,Vibration Absorber dari USM, Telescopic Bridge System dari Univ. Pertahanan Nasional M'sia, Penghidup Penyaman Udara tanpa wayar dgn fungsi e-IAQ dari ILP, Kepala Batas, A Short Range Solid-Propellant Based Rocket for Civillian Usage, dari USM dan Virtual Hajj dari Multimedia Univ. Banyak lagi booth yang tk sempat aku lawat...
Sila baca news dia bawah....
Malaysia Perlu Fokus Pada Inovasi Menyeluruh, Kata Maximus
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bagi meningkatkan lagi ekonomi negara ini ke tahap yang lebih tinggi, Malaysia perlu fokus pada inovasi yang menyeluruh, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
"Inovasi tiada had. Ia tiada penghujung dan membuka lebih banyak peluang bagi negara ini," katanya semasa berucap merasmikan Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX 2010) ke-21 yang bermula di sini hari ini sehingga 16 Mei.
Beliau berkata negara bergantung kepada rakyatnya yang merupakan komuniti yang berinovatif, bagi menyumbang kepada pencapaian hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
Katanya penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan, pembangunan teknologi dan inovasi oleh kerajaan telah menyebabkan kerajaan memperuntukkan RM2.889 bilion bagi pelaksanaan 4,300 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9).
Katanya, kementeriannya di bawah beberapa dana, telah menerima sejumlah 10,376 permohonan, untuk membangunkan idea dan rekaan.
Mengenai ITEX 2010, anjuran MINDS (Persatuan Rekaan dan Rekabentuk Malaysia), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), beliau berkata acara itu menyaksikan peningkatan 30 peratus penyertaan penyertaan kepada 50 pertubuhan yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan, sektor korporat dan individu serta pemeran 673 rekaan di dalam 24 kategori.
ITEX juga menyaksikan penyertaan dari Rusia, Iran, Korea, Taiwan, Hong Kong Thailand dan Vietnam.
Pameran itu menghubungkan para pelabur dan pereka yang bertujuan mengkomersilkan rekaan berkenaan, dengan membawanya ke pasaran.
Ini akan menambah baik pembangunan, penggunaan rekaan, reka bentuk dan memaksimumkan pendedahan produk dan teknologi yang memenangi anugerah.
ITEX 2010 bertemakan "Kreativiti: Laluan ke Ekonomi Inovatif."
Pada majlis yang sama, Maximus juga menyaksikan penandatanganan dua memorandum persefahaman (MOU) di mana yang pertamanya antara MINDS dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk mempromosikan inovasi di kalangan rakyat Malaysia,
MOU kedua ialah antara Persatuan Rekaan Kaukus Asia (ACIA) dan Southern Taiwan University dengan kerjasama dengan Persatuan Promosi Produk Rekaan Taiwan (TIPPA).
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment