Friday, February 19, 2010

My birthday

Isnin 19hb Februari 1973. Aku telah dilahirkan ke dunia.. Terima kasih tak terhingga utk Mak, yang telah bersusah payah mengandungkan aku....9 bulan.. dan kemudian bertarung nyawa melahirkan aku... Menjaga, mendidik aku, sehingga kini aku juga dah menjadi seorang ibu. Begitu juga kepada Ayah... mana mungkin aku dapat membalas semua jasa kedua insan istimewa ini.

Ya Allah, aku memohon Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Begitu nikmatnya hidup yang Allah kurniakan selama 37 tahun ini. Bertemu jodoh dengan suami yang kucintai. Diberi pula rezeki 3 orang anak lelaki... alhamdulillah.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada aku, umur yang panjang, dipermudahkan rezeki yang luas, mengizinkan aku memberi kebahagiaan kepada suami, anak2, mak dan ayah, membantu insan2 lain yang memerlukan....amin.

3 comments:

azahar said...

Happy birthday! Semoga terus dirahmati Allah dengan kesihatan dan kegembiraan.

marvicn.com said...

happy bufday leeta

nurleeta said...

tq..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...