Monday, October 28, 2013
Wednesday, September 11, 2013
Posting tak bertajuk
Assalamualaikum....
Tak sempat rupanya aku ucapkan Selamat Hari Raya tahun ni... Konon2 terlalu bz sampai tak dapat nak update apa2. Memang bz pun sebab lepas raya aku final exam untuk semester ke 5. Ada 5 semester lagi...adoi...penat..tapi kene tetap bersemangat...
Aku baru balik dari Jakarta Bandung semalam.. Posting 1st trip Vietnam dah terbengkalai... ntah bila nk sambung.. siap dah gie kali kedua ke Ho Chi Minh & ni balik dari Indonesia pulak.
Sket cerita about trip latest ni.. sepanjang kat sana ada dua cerita hangat... DUL AHMAD DHANI KEMALANGAN & PENGUSAHA TEMPE MOGOK... sebelum ni beria2 nak gie tengok rumah Ahmad Dhani... Lagi satu yang menarik perhatian aku ialah tentang Bapak Jokowi.... korang tau tak siapa Bapak Jokowi ni ????
Tuesday, July 23, 2013
Parlimen Malaysia : YB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR menjawab soalan
Selamat berpuasa diucapkan kepada Dato Sri Abdul Wahid Omar....
Tuesday, July 16, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ... di doakan anda semua beroleh rahmat berlipat kali ganda di bulan mulia ini.
Tuesday, June 18, 2013
Friday, June 14, 2013
War Remnants Museum, Ho Chi Minh city Mac 2013
Aku dan Ven di tepi pagar belakang Reunification Palace |
Sambung balik entry HCM selepas terbengkalai quite some time.... siap dah balik dari trip kedua ..hikhikhik.... Masa 1st trip ni, kitorang tak gie CuChi Tunnel & Sungai Mekong.. aku teringin gak nak tengok tunnel tu.. tapi masa ni Vietnam panas lah.. (alasan).. lagi pun klu gie trip2 ni, banyak ambil masa.. mau seharian so baik tak payah. Camana pun aku mesti nak gie War Remnants Museum. Aku decide nak jalan kaki je sebab ramai blogger kata attractions di HCM city ni within walking distance aje.
Mula2 rasa cam senang je nak cari arah.. tapi tanya jugak orang2 ..nak tanya kene tunjuk map sebab kebanyakannya tak tau ckp omputeh. Tiba2 aku terjumpa sorang vietnamese lady.. namanya Ven.. dia nak gie satu park for morning exercise... aku pun tanya arah ke muzium tu.. rupanya she's fluent in English..so sambil jalan kitorang borak2.. dia pernah visit Genting Highlands n suka dia bila aku puji HCM city bersih. Dia bagi email address tapi sedihnya bila balik KL aku tak jumpa ...hilang !.. I lost Ven's email address... (hopefully she will read this.. mana tau kan..)
Kami terus jalan di kaki lima pagar Reunification Palace.. bersih betul kawasan nya... cer tengok.. secebis sampah pun tak ada.
Jalan terus jalan... tengok tu banyak betul motor2 di jalan.. ni baru betul Raja Jalan.. motor lagi banyak dari kereta !.. owh sampai sini gua dah konfius arah ... Ida dah muka masam & bising sebab aku ngada2 nak jalan kaki.. sampai area ni aku tanya sorang budak pompuan n maknya.. dia soh jalan depan lagi.. (sebenarnya masa ni dah tersilap).. patutnya cross jalan n masuk satu simpang ke kiri.. rupanya budak vietnam ni pun confuse jugak..waaa
Tengah2 penat jalan kaki dengan panas tu, sempat gak lah aku snap building ni.. cantik kan.... Muka Ida tambah masam...hahhahahaha.....
Akhirnya masuk simpang ni pulak ... ni lorong motor.. bersih jugak.... lepas ni belok kiri lagi.. pastu jumpa omputeh baru balik jogging.. dia soh belok kiri lagi.. akhirnya kami dah ronda satu kawasan EMPAT SEGI DI HCM..hahhahaha.. baru jumpa War Remnants.
Bila dah jumpa muzium ni, aku rasa lega.. tapi muka Ida belum hilang masam lagi.. so bior dia duduk dulu kat kerusi lepas beli tiket.. aku gie amik gambar kat luar2 muzium tu dulu.
Antara kereta kebal yang dipamerkan di luar muzium.. ada beberapa helikopter, kapal perang, meriam kepunyaan tentera Amerika.
Ni tayar kereta kebal US Army.. bayangkan kalau kene lenyek ni....
Aku tak sabar nak masuk dalam ..... |
Dalam muzium banyak foto2 yang membuktikan kekejaman Tentera Amerika.. masa aku kecik dulu tengok citer amerika off course lah dorang cakap viet cong yang kejam.. Tengok gambar kat atas tu, US Army buat water torture kepada tahanan. Kejam kejam...
gambar mangsa kesan dari semburan kimia bertoksid oleh tentera Amerika.. kebanyakannya lahir selepas perang berakhir. |
kalau tak silap ini hospital yang musnah masa perang |
gambar sekarang |
Ada banyak sangat gambar yang mengerikan dan sangat menyedihkan.... kuar jugak la sket air mata aku ni..huhuhuhu....banyak info yang aku dapat selama ni kita tak tau... Kagum aku dengan semangat orang Vietnam ni.. kalau tengok dengan pembangunan pesat di Ho Chi Minh city ni aku memang tabik spring lah.
Keluar dari muzium, terus tahan teksi.... tak kuasa nak jalan kaki balik ke area Ben Thanh tu...lapar gila.. terus gie kedai makan !
Thursday, June 13, 2013
Thursday, April 4, 2013
hari kedua di HCM - Mac 2013
Hari ke dua di Saigon.. lepas breakfast makan maggi cup di hotel, naik bas ke Binh Thay. Dapat tengok pemandangan sepanjang jalan.. tak ada yang begitu menarik perhatian kecuali bangunan Maybank Kim Eng dan kebersihan di jalan2 Ho Chi Minh. Berbanding tempat lain yang pernah aku lawati, ternyata Saigon ni lebih bersih. Aku tak nampak kawasan perumahan, kecuali beberapa bangunan seperti rumah flat yang nampak usang. Kondominium tak de plak ..mungkin ada di kawasan lain kot.
Maybank Kim Eng |
Suasana sibuk di jalan raya |
Stesen bas di Binh Thay |
Turun dari bas, kita kene jalan kaki sket.. dari sini memang tak nampak bangunan pasar Binh Thay. Jangan malu bertanya 'Binh Thay ? 'Market ?'.. atau tunjuk je map. Kalau malu dok bersila je la kat bas stand tu.
Di tepi jalan menuju pasar Binh Thay |
Binh Thay market dari depan. |
Pintu masuk |
Thursday, March 28, 2013
Saigon........Ho Chi Minh.......
Vietnam ? Ho Chi Minh ? Eh..Saigon kat mana plak ? Hanoi ? Reaksi aku tak excited langsung bila adik aku mengajak ke Vietnam.. kawan2 pun dah ramai sampai ke HCM..tapi aku tak brapa heran sebab tengah menggila ke Bandung.
Last2 sampai jugak aku ke Ho Chi Minh lepas hampir setahun book tiket AA... Antara persiapan sebelum berangkat tentulah duit. Pening juga nak tukar Dong atau USD... pastu nak tukar kat Malaysia atau nak bawak RM tukar kat HCM. Forum2 di internet & blog2 mereka2 yang dah sampai ke Vietnam sangat membantu, tapi ada masanya bikin sedikit confuse. Tak apa lah, itu semua menambah perisa trip kita.. betul ?
Trip ke Ho Chi Minh bermula pagi di LCCT. Sebelum tu siap beli roti jagung Gardenia..my favourite ni. Maggi cup pun ada. Bekal makanan tak yah la bawak banyak sangat. Cukup la kot utk first breakfast kat HCM. Kecualilah kalau kita betul2 nak berjimat sebab makanan halal di HCM agak mahal. Tapi, bila lagi kita nak rasa makanan negara orang..betul tak ?
Sampai di Tan Son Nhat International Airport.. terus mencari bas ke area Ben Thanh. Keluar pintu terus ke arah kanan. Huiyoo ramai betul orang2 yang menunggu kat luar tu... ada rasa2 cam menyambut kita pulak. Pastu, ada la driver2 teksi dok tunggu pelanggan..ada yang cuit2 bahu kita lagi.. wat tak tau je.. fokuskan kepada mencari bas ya.
Bas no 152. Driver yang sporting tapi sibuk nak snap gambar aku juga. |
Inilah bas yang membawa kita ke bus terminal di area Benh Thanh. Sediakan duit kecik Dong untuk bayar tambang. Mintak lah kat kawan2 n sedara mara yang baru balik dari Vietnam tu..hihi. Jangan risau naik bas di Ho Chi Minh.. sistemnya agak teratur (beyond my expectations). Keadaan dalam bas selesa, cuma bas ni berhenti2 ambil penumpang.. yang penting selamat n jimat duit . Sempat juga lah tertidur dalam bas tu.. seb baik tersedar sbb ada mamat Vietnam yang baik hati kejutkan aku. Kalau tidak mau patah balik ke airport kot..hehe.
Bersama aku dengan Ida naik bas hari tu, ada dua orang lagi Malaysian.. Aina dan emaknya... kitorang book hotel sebelah menyebelah. Cabaran bermula bila nak cross jalan / bulatan yang besar dari terminal bas tu untuk ke hotel. Dinasihatkan kita yang first time ke HCM, print la map dan nama hotel dgn alamat. So bila nak tanya arah, boleh tunjukkan map or alamat kat Vietnamese.. kat area Ben Thanh tu ada ramai polis.. pakai baju warna hijau...ntah la ni polis pelancong ke apa.. tapi dorang sangat membantu.
Jalan ke hotel. |
Sepanjang di HCM, kitorang stay kat hotel Than Thu. Kecik comei, tapi selesa n staf hotel pun ok. Kalau nak laundry selai baju 20 ribu Dong. Wifi sangat laju okeh. Location seperti ramai dah sedia maklum, sangat lah dekat dengan pasar Ben Thanh, restoran Basiroh, warung 1 Malaysia, VN Halal, kedai2 lain yang jadi tumpuan rakyat Malaysia menabur duit.
to be continued.. nak tido plak weh.
Friday, March 8, 2013
Sepetang di KLCC
Lepas habis exam aku berkejar ke KLCC.. ada hal skettttt (rahsia lah kononnya)..hikhik.... Perut tak lapar pun tapi nafsu ni gatai sungguh nak makan. I thought I should try something yang tak pernah di makan sbelum ni. Owh.. aku mengaku lah, I never try Korean dish before. So sedanglah elok kat foodcourt level 4 KLCC tu ada ... ermmmm poning kepala aku tengok menu. Aku sorang2 lagi la susah nak decide. Last2 aku disuggestkan menu ni.. hahahaha.. banyak giles.. membazir je.. bukan habis pun.
Baru nak start makan, ada sorang Chinese girl menegur aku .. dia nak join makan semeja.. She was all alone travelling from China... comel kan dia. Ni buat aku teringin betul nak travel sorang2.... macam backpackerbusuk...... biar waktu menentukan...(mood syahdu)...
Saturday, February 23, 2013
Burung ulat buku
Wednesday, February 20, 2013
Dataran Merdeka
Hari ni aku berjalan kaki dari LRT masjid Jamek ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Matahari tak terik sangat tapi tetap berisiko naiknya pigmentasi atau dalam bahasa melayu sejati - jeragat. Demi ilmu yang mahu kucari..sempena exam esok pagi, kurentasi jua Dataran Merdeka. Dari tempat gambar aku snap kat atas.. memang cantik...... tak jemu aku menatap Bangunan Sultan Abdul Samad..sambil aku membayangkan aku kembali ke zaman silam - ke zaman bangunan ni dibina..
Sambil berangan dan membayangkan, aku teruskan perjalanan kaki ke library. Pandangan aku mula terganggu dengan beberapa kecacatan...
Tengok bunga kertas ni cam hidup segan mati tak mau... sedih aku tengok ...
Aiiyoooo....Dataran Merdeka buleh ada jaring besi buruk camni ?.... tourist yang jalan2 keliling dataran memang leh nampak mende ni.. nak snap gambar pun tak lalu.
tengok longkang ni....ermmmm |
Friday, February 15, 2013
Andra And The Backbone - Seperti Hidup Kembali
Esok 16th February my first paper for final exam this semester...semoga berjalan dengan lancar !!!
Monday, February 11, 2013
Oh ! Tiket parking....
Aku sememangnya dah tak drive ke office. LRT kan ada..kalau drive pun bukan ada keperluan kecuali lah ada hal pentingggg ..... Nanti nak parking pun susah kat area Bangsar Utama tu... staff parking memang aku tak ada.. tak apply pun. Dulu2 selalu gak parking kat Kompleks Niaga, tapi dengar citernya makin mahal tambah pulak kalau kene guna kereta masa lunchtime.. lagi leceh nak byr parking lebih, nak cari parking space pun susah.
Alternatif yang ada ialah parking tepi2 jalan - tiket DBKL. Alhamdulillah, pagi tu tu sampai awal, so tak ada masalah nak cari parking tepi jalan - area belakang2 kat flat KTM tu... aku dah standby duit syiling banyak.... entah macamana, tiket tu melayang2 keluar terus masuk longkang uuuu.... adoyai....... aku hanya mampu melihat tiket tu terus landing dalam longkang yang dalam. Sedih betul u.. hahahaha.... terus aku dapatkan pengganti masa tu jugak !
Ikan patin power !
Malam ni aku prepare masakan yang sangat simple for dinner... mula aku tak tau nk masak style apa. Tanya makcik gugle, keluar la resipi2 patin ... last2 aku pilik Ikan bakar patin tempoyak. Hmm... sebenarnya kawan2 aku ada yang dah biasa buat.. aku je tak pernah.. biasa buat gulai tempoyak atau bakar bersambal without tempoyak.
Tengok resipi, ada bahan yang tak de kat fridge tu.. Aku buat je, blend cili api, serai, halia muda, bawang putih, bawang merah, garam, gula, serbuk kunyit, masuk skali tempoyak. Daun kunyit tarak, kunyit hidup tarak... Aluminium foil pun dah habis.. tapi tu tak jadi masalah sejak pemanggang ikan ajaib muncul di ruang dapur aku.
Wah... bau sangat menggoda..aku decide nak snap & letak kat blog aku nih. Tapi apa yang berlaku, terhidang je kat pinggan tu terus laju je makan ala2 rebut dengan husband n anak aku.. Rebut tu sebab pedas & sedap lah !.. tambah2 pulak tak ada lauk lain.. hihihi..
Tengok resipi, ada bahan yang tak de kat fridge tu.. Aku buat je, blend cili api, serai, halia muda, bawang putih, bawang merah, garam, gula, serbuk kunyit, masuk skali tempoyak. Daun kunyit tarak, kunyit hidup tarak... Aluminium foil pun dah habis.. tapi tu tak jadi masalah sejak pemanggang ikan ajaib muncul di ruang dapur aku.
Wah... bau sangat menggoda..aku decide nak snap & letak kat blog aku nih. Tapi apa yang berlaku, terhidang je kat pinggan tu terus laju je makan ala2 rebut dengan husband n anak aku.. Rebut tu sebab pedas & sedap lah !.. tambah2 pulak tak ada lauk lain.. hihihi..
Friday, February 8, 2013
Istanbul..aku NAK datang.
Owh.. sebelum ni aku tak heran langsung dengan Lisa Surirumah opsss Surihani..pada aku lakonan dia kayu dan cam dibuat2 sangat...tak real, tak ...takk....(as if aku ni pandai sangatlah berlakon).
Pastu bila mula2 keluar movie Istanbul Aku Datang, aku tak nak tengok. Semuanya gara2 Lisa.... Last2 bila baca komen ramai yang suka dengan movie ni..................................................... baru lah aku memberanikan diri.....Wah !.. aku sukalah !...
Movie ni buat aku rasa muda remaja macam mula2 nak kenal cinta...hihihi..... dalam hati ada tamanlah kiranya. Romantisnya Lisa & Beto. Aighhhh...... suka3x... mulalah membayangkan diri ni kat Istanbul....so sweet.
Yang penting skrg, aku suka Lisa berlakon, happy go lucky yg selamba dan tak dibuat2..kecuali masa dia update blog je...gerak kepala lebih2 la pulak..hihi..
Aizat pun best ek... masa beli maggi asam laksa............segalanya best lah, n buat aku teringin sangat ke Istanbul yang cantik tu. Aku pun ada kawan di facebook dari Turki...... hmmmm................
Saturday, February 2, 2013
Study jangan tak study
Wah.. rasanya tak sampai dua minggu kita dalam bulan Januari 2012, tiba2 je dah masuk Februari. Seram seram... dunia makin hampir ke akhir zaman...
Sibuk sungguh aku kat ofis sekarang..aku agak terkujat..culture shock.. maklum lah, lain langsung kerja kat corporate accounting compared to corporate secretarial. Ibarat nombor dan huruf2 yang tak ada kena mengena..ish...
Lagi dua minggu aku nak final exam utk 4th semester ni. Aku langsung tak sempat study lagi.. minggu lepas aku balik kerja kul 10pm & 11pm. Balik rumah penat, bukak facebook, tido. Tadi pun aku g kerja.. hopefully lepas settle meeting next week, aku boleh balik awal n study !
Esok, the whole day aku ke library...Moga aku dapat jawab soklan exam dengan excellentnya.. pastu start study VIETNAM pulak..yesss....
Wednesday, January 30, 2013
Thursday, January 24, 2013
Kurang sihat
Aku kurang sihat sekarang... 13hb aku mula batuk..batuk yang tak berkahak... mulanya aku tak ambil kisah..sebab aku ni memang jarang sangat sakit.. selalu migrain aje. Tapi bila batuk dua hari tak berhenti, aku ke klinik. Doc cakap tekak aku sangat lah merah... dia menjangkakan aku akan selsema.. ermmmm.... lepas tu memang ye la aku bersin dan bersin, kahak mula keluar dengan banyak, batuk bertambah teruk, selsema. Demam kejap ok, kejap tu demam balik. Kena pulak dengan aircond ofis yang kuat tu...demam dan sakit kepala....eeeeeeee lemah badan aku.. tapi mengenangkan deadline kerja, aku tabahkan hati ke ofis. Dalam hati ni Allah je tau.....
Til today, selsema still ada .. demam je tak.. tapi muka tu husband aku cakap memang ketaralah tak sihat lagi. Yang frustnya, semalam pagi batuk dah hilang, tapi lepas aku makan jambu masa lunch...terus batuk tak berhenti2. Adoi......
Monday, January 7, 2013
Sunday, January 6, 2013
Jamu Ratu Dara untuk awet muda ?
Hari ni aku free... asalnya nak ke library, tak jadi.. so sambung wat assignment kat rumah saja.. Tetiba dapat mesej dari sorang customer JRD. Aku heran gak, sebab dia baru aje amik stok baru aritu. Rupanya dia nak mintak aku gie rumah untuk urut mak dia. Katanya peha mak sakit sangat. Aku pun terus cakap ok.
Rupanya, dah lama makcik ni tak berurut. Jadi, mungkin urat2 dah tegang yang buatkan dia sakit amat sangat di bahagian peha dia ....aku ni sensitif sket,, bila tengok makcik2 cam mak aku ni.. aku rasa sedih n kesian.. Muda2 masa kuat menjaga anak, buat kerja rumah semua.. dah tua habis sakit urat, lenguh2...
Masa mengurut, dia tanya aku.. umur berapa.. aku pun ckp la umur aku yang dah masuk tahap veteran awal ni.hihihihihih.... Guess what,, dia kata aku awet muda !!!!!!... kawan2 yang mengenali aku dan terbaca posting ni harap bersabar supaya korang semua tak muntah darah ya..
Dia tanya aku .. apa amalan aku niiiii... aku just cakap, tak ada yang special. Cuma aku amalkan makan Jamu Ratu Dara, kurangkan minum ais (kalau dah tahan n gie rumah orang hidang air berais, baru la minum).. idak la aku dengan poyonya nak cakap aku tak minum air sejuk langsung...hehe.
Kasut merahku
Post yang agak basi. Aku beli kasut Primavera warna merah kat Jusco. Mulanya aku nak beli kat Primavera outlet kat KLCC.. last2 kat Jusco Midvalley. Aku memang selalu beli kasut Primavera yang flat.. selesa walaupun ada masanya aku rasa tak sesuai dgn baju yang aku pakai..ada aku kesah... Yang penting aku tak sakit kaki....
Tuesday, January 1, 2013
Jail Breakers Trailer
Tiba2 la pulak teringat movie Korea lama...(10 tahun lepas)... citer ni lawak sungguh... n ada fevret pelakon korea aku - Song Yoon Ah...
Subscribe to:
Posts (Atom)