Thursday, April 4, 2013

hari kedua di HCM - Mac 2013


Hari ke dua di Saigon.. lepas breakfast makan maggi cup di hotel, naik bas ke Binh Thay. Dapat tengok pemandangan sepanjang jalan.. tak ada yang begitu menarik perhatian kecuali bangunan Maybank Kim Eng dan kebersihan di jalan2 Ho Chi Minh. Berbanding tempat lain yang pernah aku lawati, ternyata Saigon ni lebih bersih. Aku tak nampak kawasan perumahan, kecuali beberapa bangunan seperti rumah flat yang nampak usang. Kondominium tak de plak ..mungkin ada di kawasan lain kot.

Maybank Kim Eng

Suasana sibuk di jalan raya

Stesen bas di Binh Thay

Turun dari bas, kita kene jalan kaki sket.. dari sini memang tak nampak bangunan pasar Binh Thay. Jangan malu bertanya 'Binh Thay ? 'Market ?'.. atau tunjuk je map. Kalau malu dok bersila je la kat bas stand tu.
Di tepi jalan menuju pasar Binh Thay
Binh Thay market dari depan.

Pintu masuk
Keadaan dalam pasar hari tu agak panas.. dan merimaskan.. jadi aku pun tak snap gambar yang cantik dalam tu. Tekaan aku meleset sebab ingatkan ada banyak kedai yang menjual kain cotton dalam tu.. yang banyak jual helmet, barang keperluan rumah, i.e sudu, aksesori remaja, mainan, beg, ... apa2 pun sempat jugalah beli satin cotton dalam tu.


Selesai beli terus belah dari pasar Binh Thay.. tak tahan nak berlama dalam pasar tu.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...