Siang tadi aku, Abang, Irfan n Izuddin keluar ke Jln Tar. Biasanya suami aku ni memang tak ingin pegi area tu..especially di bulan puasa ni. Alhamdulillah, dia setuju nk pegi, salah satu sebabnya kena belikan baju melayu utk Irfan n Izuddin. Tak larat aku kalau aku sorang je bawak budak2. Lasak !.. ish, tak berani ambil risiko.
Kami parking kat Pertama..bila ternampak je bangunan yang tgh dlm pembinaan - sebelah Bangunan Medan Mara...teringat lah aku kenangan lama di bulan puasa.. di Medan Selera Mara.. yang dah tak wujud skrg.. medan selera dan bangunan Mara lama diruntuhkan maka itu lah skrg building yg dlm construction tu.. (ada orang leh paham tak.. berbelit pulak aku tulis ni..hehe)...
Dulu itulah tempat 'melepak' student NCC, LCCI, ICSA yang study kat bangunan Mara tu..
Bestnya.. aku igt lagi antara makanan popular yang aku suka masa tu.. Nasi Beringin, Sate n tauhu bakar.. Paling mahal sekali - Ashik the roller blade waiter.. kalau anda pernah terlibat dgn aktiviti melepak kat situ..mesti tau. Atau Ashik the roller blade waiter tu tunggang terbalik maksudnya..haha.
Bulan puasa kat situ jgn cakaplah.. mesti ramai sgt orang nk berbuka. Book meja dari awal lagi..dok kat situ..so aku pun biasalah ,satu hari tu berbuka kat situ.. dekat kul 7, makanan dah siap beli terhidang kat meja.. suddenly..mini ribut melanda.. angin kuat, jadi keadaan menjadi agak kelam kabut.. orang sibuk membetulkan kedudukan so tak lah tekena hujan nnti.. Aku pun tak ketinggalan kelam kabut, sehingga aku terminum air yang kat atas meja tu.. aku tak pasti lah ada tak orang perasan, cuma yang surenya.. aku takkan lupakan kenangan ini sampai bila2.
No comments:
Post a Comment