Sunday, August 29, 2010

Tong sampah punca rezeki...

Tengahari tadi, aku dan family baru aje lepas shopping barang rumah di Carrefour dan Giant, singgah gak kat Guardians. Sedang kami sibuk nak keluarkan barang dari kereta, lalu kami ternampak 2-3 orang kat tempat pembuangan sampah blok aku.. Blok aku ni, memang selekeh sket, tong sampah besar dekat dengan car park.. Nak balik rumah ke, keluar gie kerja ke, mesti lalu tong sampah ni.
2-3 orang tadi kami agak satu keluarga, adik beradik agaknya. Yang lelaki dan perempuan sedang sibuk membongkar sampah yang ada kat situ. Nampak gayanya, bukan penduduk DTHO, orang luar yang datang mencari rezeki. Alangkah sedihnya aku dan suami, tengok dorang mencari apa saja yang boleh dijual balik.. Tapi aku agak, tak banyak yang boleh dorang dapat.. Maklum saja, kelihatannya memang sampah sarap saja. Tak ada tin buruk atau barang yg bernilai, walau satu sen pun.
Sampai saja kami ke rumah di tingkat 7, aku baru lah teringat, kami ada barang yang mungkin boleh dijual, so boleh lah kami bagi kat dorang tadi. Suami aku pun cepat2 turun... malangnya, dorang semua dah tak ada kat situ..

Sedihnya aku.... semoga Allah memberi dan permudahkan rezeki mereka hari ini dan seterusnya.. amin..

1 comment:

fndrocka said...

aku tak suka leka dengan kesenangan sangat..sebab rasa bersalah dgn rakan2 yg susah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...