Tuesday, October 18, 2011

Ayam Pansuh/Manok pansuh

Dalam posting aku  baru2 ni, ada citer sket about masakan orang Sarawak.. ayam pansuh. Oleh kerana, ada request nk tau tentang ayam pansuh ni, aku letak satu link resepi ayam pansuh...tq ya kepada tuan punya blog. Apa yang boleh aku cakap, ayam yang dimasak dalam buluh ni rasanya sedap...aroma tu yang penting..

http://resepi-pilihan.blogspot.com/2009/06/manokayam-pansoh-2.html

Bahan-bahan:




Seruas buluh lemang

1/2 ekor ayam dipotong 10

3 ulas bawang putih

3 biji bawang merahSebiji cili besar

Garam dan sedikit serbuk perasa

Secekal pucuk ubi diramas.

1/2 cawan air



Cara-cara:



Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)

Bersihkan buluh

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat

Bersihkan ayam

Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan pucuk ubi.

Pastikan rasa garamnya bersesuaian dengan selera anda.

Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.

Jangan hentak buluh.Masukkan air.Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.

Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang.Bakarlah sehingga masak.

Pucuk ubi yang dijadikan penutup buluh tadi boleh dijadikan ulam atau dimakan bersama Manok Pansuh.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...