Tengahari tadi, aku dan family baru aje lepas shopping barang rumah di Carrefour dan Giant, singgah gak kat Guardians. Sedang kami sibuk nak keluarkan barang dari kereta, lalu kami ternampak 2-3 orang kat tempat pembuangan sampah blok aku.. Blok aku ni, memang selekeh sket, tong sampah besar dekat dengan car park.. Nak balik rumah ke, keluar gie kerja ke, mesti lalu tong sampah ni.
2-3 orang tadi kami agak satu keluarga, adik beradik agaknya. Yang lelaki dan perempuan sedang sibuk membongkar sampah yang ada kat situ. Nampak gayanya, bukan penduduk DTHO, orang luar yang datang mencari rezeki. Alangkah sedihnya aku dan suami, tengok dorang mencari apa saja yang boleh dijual balik.. Tapi aku agak, tak banyak yang boleh dorang dapat.. Maklum saja, kelihatannya memang sampah sarap saja. Tak ada tin buruk atau barang yg bernilai, walau satu sen pun.
Sampai saja kami ke rumah di tingkat 7, aku baru lah teringat, kami ada barang yang mungkin boleh dijual, so boleh lah kami bagi kat dorang tadi. Suami aku pun cepat2 turun... malangnya, dorang semua dah tak ada kat situ..
Sedihnya aku.... semoga Allah memberi dan permudahkan rezeki mereka hari ini dan seterusnya.. amin..
Sunday, August 29, 2010
Thursday, August 26, 2010
Akhir zaman - Bulan puasa ku kali ini - cepatnya masa berlalu
Ramadhan kini dah hampir dipertengahan.. begitu cepat masa berlalu..rasa cam baru minggu lepas kita start berpuasa.. benarlah; semakin dunia menghampiri kiamat, masa akan dirasakan begitu cepat.
Hadis - "Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R Tirmizi .
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba2 masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan2 sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada apa perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. (Petikan dari buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman.)
Berbalik pada puasa, harus aku akui, kali ini aku rasa kerap penat masa puasa.. Mungkin sebab faktor usia agaknya.. aku semakin tua.. tapi aku tengok orang lain yang lebih tua.. ok aje.. hmm.. adalah salah aku tu.. so aku kenalah bersabar banyak2. Kalau dulu, balik kerja, aku akan masak lauk, tak kiralah apa pun.. Tapi, tahun ni, beli saja lauk kat pasar ramadan..Letih beb, camna nk masak. Kalau ok sket, dapat lah goreng sayur.. Bila pergi bazar ramadan, pening juga, tak tau nak beli lauk apa.

Monday, August 23, 2010
Tuesday, August 17, 2010
You must not quit
When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit."
~ Author Unknown

Sunday, August 15, 2010
Medan Selera Mara
Siang tadi aku, Abang, Irfan n Izuddin keluar ke Jln Tar. Biasanya suami aku ni memang tak ingin pegi area tu..especially di bulan puasa ni. Alhamdulillah, dia setuju nk pegi, salah satu sebabnya kena belikan baju melayu utk Irfan n Izuddin. Tak larat aku kalau aku sorang je bawak budak2. Lasak !.. ish, tak berani ambil risiko.
Kami parking kat Pertama..bila ternampak je bangunan yang tgh dlm pembinaan - sebelah Bangunan Medan Mara...teringat lah aku kenangan lama di bulan puasa.. di Medan Selera Mara.. yang dah tak wujud skrg.. medan selera dan bangunan Mara lama diruntuhkan maka itu lah skrg building yg dlm construction tu.. (ada orang leh paham tak.. berbelit pulak aku tulis ni..hehe)...
Dulu itulah tempat 'melepak' student NCC, LCCI, ICSA yang study kat bangunan Mara tu..
Bestnya.. aku igt lagi antara makanan popular yang aku suka masa tu.. Nasi Beringin, Sate n tauhu bakar.. Paling mahal sekali - Ashik the roller blade waiter.. kalau anda pernah terlibat dgn aktiviti melepak kat situ..mesti tau. Atau Ashik the roller blade waiter tu tunggang terbalik maksudnya..haha.
Bulan puasa kat situ jgn cakaplah.. mesti ramai sgt orang nk berbuka. Book meja dari awal lagi..dok kat situ..so aku pun biasalah ,satu hari tu berbuka kat situ.. dekat kul 7, makanan dah siap beli terhidang kat meja.. suddenly..mini ribut melanda.. angin kuat, jadi keadaan menjadi agak kelam kabut.. orang sibuk membetulkan kedudukan so tak lah tekena hujan nnti.. Aku pun tak ketinggalan kelam kabut, sehingga aku terminum air yang kat atas meja tu.. aku tak pasti lah ada tak orang perasan, cuma yang surenya.. aku takkan lupakan kenangan ini sampai bila2.

Thursday, August 12, 2010
LRT di bulan ramadhan..
Bulan puasa ni, i decided not to drive to office. Bimbang akan kesesakan jalan raya.. sesak dalam LRT tak apa. Janji LRT tak 'pancit'.
Namun, bukan semuanya running smoothly dalam LRT, walau itu lah yang aku inginkan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Semalam, berlaku peristiwa yang paling aku tak suka.. dihimpit lelaki dalam tren. Mulanya ok dari Setiawangsa.. tak lama lepas tu aku rasa ada orang menghimpit rapat kat belakang. Aku tak boleh nak buat apa, sebab terlalu sendat dgn orang.. Aku pulak tak pakai high heels hari tu.. kalau tidak, aku memang nk hentak kaki dia dgn heels aku ni.. heeee...dalam hati Allah saja yang tau. Geramnya.. cepat lah LRT oi.. rasa aku nak campak je lelaki tu ke Sungai Gombak.
Bila dah sampai KLCC, aku cepat2 beralih tempat sebab masa tu ramai orang keluar.. tapi lelaki tu memang kurang asam. Dia ikut aku sama.. ceh.. aku terus beralih ke tempat lain lagi.. kali ni dia tak ikut dah..
Petang tadi pulak, aku geram dgn gelagat orang yang duduk di tempat khas ibu mengandung atau for disabled. Selamba saja budak pompuan muda, berborak sakan, tak peduli langsung perempuan mengandung yg berdiri.. Aku terpaksa kejutkan sorang lelaki yang tido..huhu... sebab dia paling dekat.. tapi aku mintak maaf kat dia, maklum lah dia tengah tido. Dia terus bangun dan bagi tempat duduk nya pada perempuan mengandung tadi.
Budak perempuan dua orang tu, macam tak ada perasaan.. buat tak tau aje.. heee.. nantilah bila dia mengandung nanti...

Wednesday, August 11, 2010
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
Selamat menyambut bulan kemuliaan Ramadhan !.. mOga ibadah puasa dan ibadah kita yang lainnya diterima Allah swt.
Aku dan family gie ke Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa .. ramainya manusia !.. Kami diduga dengan kesukaran utk cari parking..tapi alhamdulillah dapat juga, walau solat Isyak sudah bermula.
Ada orang kata, biasalah malam pertama, memang ramai jemaah, masjid penuh sesak.

Subscribe to:
Posts (Atom)