Akhirnya gigi geraham bongsu (wisdom teeth) aku.. selamat di buang semalam. Minor surgery yang berlangsung di Pusat Pergigian Angkatan Tentera berlangsung dgn jayanya...alhamdulillah... gigi bawah kiri kene wat minor surgery, belah atas pulak dicabut secara normal.
Aku yang pada mulanya memang kecut perut takut nak undergo surgery ni.. seram mengenangkan jarum bius... eeeeee... takut beb... Mulanya fikir nak kensel jer, tapi husband advise aku teruskan jer, sebab nak dpat appointment surgery kat klinik tu memang susah .. q panjang...
Aku pun tetapkan, kuatkan semangat, sebelum g klinik, pegi makan dulu kat foodcourt Taman Setiawangsa... makan nasi lak tu, lauk pun dah byk kat foodcourt..so apa lagi.. siap nak keluar dari situ, ternampak pulak gerai popia Nadia AF tu.. beli jugak..hehehhe..selera ajer aku ni, mengalah kan orang nak bersalin !
Dekat kul 11am baru lah aku masuk bilik surgery... Surgeon aku pada hari tu, ialah Lt Kol. Dr Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal. Perasaan aku masa tu, memang seram giler lah.. itu lah akibatnya dok baca pengalaman orang lain yang menakutkan kat internet.. hehe...
Then, surgery bermula ... injection bius yang aku takutkan sangat tu.. TAK SAKIT langsung !... pelik lah !.. Totally different dgn apa yang diceritakan orang, begitu jugak dgn pengalaman aku sendiri sebelum ni...
Akhirnya, kedua2 gigi geraham aku 'selamat' dibuang.... Selepas 24 hours, sakit hilang, tapi pipi kiri aku membengkak, so bila pakai tudung nampak kelakar lah kan... tapi aku selamba jer gie Carrefour tadi...
Aku nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Dr Sharifah Azlin Juliana..
semoga Allah memberi kesihatan yang baik, dilanjutkan usia kepadamu, supaya dapat terus berkhidmat kepada semua anggota tentera dan ahli keluarga .. amin...
2 comments:
hi..i nak tanya...after you extract your geraham bongsu you itum you ada perasan tak gigi ypu bergerak kehadapan?...sebab i extract sebelah kiri atas dan bawah..i terasa gigi depan i dah jadi tak sama rata..
hello deena.. tq for visiting my blog..i memang tk perasan..sebab i pakai braces! I tk pasti pulak pengalaman orang lain.
Post a Comment