Tuesday, October 9, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 6

15 Sept 2012 - Seharian di Bandung & naik mobil !

Pagi sebelum keluar, breakfast dulu kat hotel. Ermm.... ada lah pilihan berbanding Hotel Marciella. Tapi, nasi goreng Marciella tetap sedap. Kat Fave Hotel ni ada nasi goreng, mi goreng, bubur nasi, roti bakar. Mi goreng dia rasa pelik sket lah.. tak reti aku nak komen. Last2 roti bakar jugak yang paling ok.

Ini lah hari yang kitorang nantikan..sebab utamanya, akan guna servis Pak Is !.. Tak payah lagi fikir nak tahan angkutan n cari teksi. Dari hotel, singgah jugak ke pasar baru.... sekejap je..sementara tunggu factory outlet buka..maklumlah awal pagi sangat.

Pastu, gie Jalan Riau - Secret & Riau Stock Mall. Seperti dijangka, aku tak de hasil kat Secret. Riau Stock Mall plak, nampak tak menarik dari luar, tapi kalau pandai cari, ada lah tshirt lelaki n pijama utk anak2 yang ok kat sini.

Hari still awal, tetiba Ida kata dia dah lapar. Terus lah gie ke Restoran Parit 9 yang memang dekat2 Jalan Riau ni. Kitorang dah inform Pak Iskandar awal2 yang kami nak ke sini to get him prepared. Sebab Pak Is pun tak pernah bawa tamu datang ke restoran ni .

adik beradikkkk....



Menu...

Kat restoran ni, pelanggan boleh memilih sendiri ikan, kepiting (ketam), cumi2 (sotong) yang hendak di masak. Tapi kitorang tak nak pilih2..order je apa yang ada kat menu tu. Kepiting yang kitorang makan tu ok gak rasanya.. sosnya lain dari biasa dimakan sebelum2 ni. Order gak tomyam, tapi tomyam di D'cost Thamrin lagi sedap. Satu lagi menu yang best  ikan bakar.. Harga makanan kat restoran ni sangatlah berbaloi. Cuma satu lah yang tak best restoran ni... tengok dinding kat bawah tu.... Ini lah pertama kali aku makan kat restoran di Bandung yang kurang titikberatkan dekorasi dalaman.

Mesej tak sampai dengan keadaan dinding..hehe

Dari Jalan Riau, terus ke Jalan Dago.. menjelajah factory outlets kat sana pulak. Seperti biasa, Bandung dengan macetnya.. pasti ada yang akan berjualan atau meminta sedekah. Kali ni, aku jumpa mamat ni kat lampu merah Jalan Dago.


Satu ketika, kelihatan sorang pakcik menjual air, Ida mau cepat2 bagi duit, tapi dia tak nampak .. alhamdulilllah saat betul2 kereta nak bergerak, kami sempat hulurkan rupiah padanya. Mulanya dia ingat kami mau beli air jualan, bersungguh2 dia bertanya air mana yang kami mau.. jelas di matanya nampak sgt terharu bila kami bilang kami gak mau air, hanya mau beri wang.....

Anak2 muda yang menyanyi di angkutan, memang kebanyakannya punya suara yang sedap... di traffic light kat Bali Heaven, aku sempat dengar dorang nyanyi lagu yang tengah hot sekarang Separuh Aku - Noah.. Dalam mobil pun, radio asyik putarkan lagu tu je...

Bali Heaven

Kitorang sampai di Bali Heaven dengan harapan tinggi.... tapi hampa jugak sebab tak dapat cari hasil. Baju cantik2 tapi gak sesuai .. sebab materialnya jarang2... frust heh !

Factory outlet yang baru .. GLOW


Tak lupa aku singgah gak Lavie Mainan.. kali ni aku tak beli mainan..tapi nak cari minyak angin aromatheraphy... nak cari yang ada gambar Agnes Monica jugak ! ..Masa trip April lepas aku beli minyak angin banyak gila. ada kawan kirim n aku bagi kat kawan2 lain as souvenir. 

Lain2 tempat kitorang pegi hari ni - Paris Van Java Mall. This time aku tak beli barang2 or rempah2 kat Carrefour PVJ. Gie kedai buku lak, Gramedia. Pening gak aku sebab buku2 kat sini mostly dah di translatekan ke Bahasa Indonesia. Nak cari yang english books cam susah sangat... konon2nya nak beli lah buku Law of Attraction.. tapi kalau kena baca dalam bahasa indonesia...camna mau paham ? 

Barang2 rempah, kopi segera kitorang pegi ke Borma Supermarket. Pak Is dah tau dah.. sebab dia gak dulu yang bawak aku ke supermarket ni. Murah je barang2 kat sini. Aku beli rempah sup buntut (oxtail soup/sup ekor)..n macam2 lagilah..especially yang susah nak cari kat KL. 

Yang sedihnya, pempek dan brownies   terpaksa dibeli hari ni gak. Sebabnya esok2 pagi dah kena bertolak ke Cianjur .. dah tentu kedai2 ni tak bukak lagi. Hasilnya bila balik KL, pempek tu dah tak fresh.. lagipun aku frust tak sempat gie kedai pempek di Jalan Rama..  Brownies yang di beli di Amanda pun dah tak tahan lama bila sampai KL..

Dinner malam tu..apa lagi di Mie Dago lah !.... Kampung Daun n The Stone Cafe aku dah jemu.. now Mie Dago menjadi favourite aku sekarang.. Ida pun puas hati dapat makan kat sini..memang murah dan sedap ! 
Buat pertama kali nya .... kitorang balik ke hotel awal gila. Selalunya mesti lewat sebab gie makan kat Stone Cafe lah, wat spa.. Kena balik awal sebab nak pack barang2... hmmmm...... berbezanya trip kali ni !

1 comment:

Qistina said...

huwaaaa, teringat2 kat mie dago yang best tu.mabeles!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...