Sunday, September 23, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 2

Building yang sempat snap kat Jakarta
Bas yang kami naiki turut mengambil penumpang di Terminal 1 dan 2, kemudian terus membawa kami ke Stasiun Gambir (stesen keretapi). Dalam perjalanan kat hiway aku terlena, bila dah masuk kota Jakarta baru lah tersedar. Sebelum sampai ke Gambir, bas menurunkan penumpang di Tanah Abang dan beberapa perhentian lain. Dah sampai Gambir, ramai pulak yang menawarkan servis bawak luggage.. tak taulah berapa rupiah dorang charge. Tanpa membuang masa terus cari kaunter tiket ke Bandung.
beraturrrr
Mulanya legalah sebb dah jumpa kaunter, rupanya kene gie kaunter lain.. sebab ini kaunter belian tiket untuk hari INI sahaja. Kalau nak beli tiket in advance date, kene ke kaunter lain.. jauh pulak tu, bukannya sebelah2 je.. huhu.....

Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket. Sampai terlupa nak snap gambar. Kalau nak beli tiket in advance, kena isi borang baru lah beratur. Punyalah lama kat sini.. tak dapat bayangkan kalau musim beli tiket untuk lebaran.Owh..no wonder lah lama.. orang ramai tu satu hal, pastu dorang ni beli tiket untuk 5-6 orang.. untuk famili kot.. aduhhh... Nama dan no KTP atau paspor mesti lah dipastikan betul ya.. kalau tidak, tak dapat naik keretapi.
Sambil tunggu giliran beli tiket, mata terpandang satu restoran fastfood - CFC. Haus tak leh cakap la.. Kepala pun dah mula pening, sebab tak cukup tidur. Ni kalau dibiarkan harus jadi migrain nih.. Hancur musnah la trip kalau migrain..Konon nak minum je, alih2 makan jugak seketul sorang fried chicken. Sedap gak nih. Air aku minum strawberry shake..sedap.
Lepas tu terus cari teksi, dalam kawasan stesen tu ada banyak teksi. Aku dgn Ida dah mula letih, malas nak fikir nak cari Bluebird taxi ke apa. Bila dah agree dengan tambang, siap dah duduk dalam teksi, barulah aku cuit2 ida.. 'eh...ini bluebird ke ?..Ida jawab ntah... tak payah pikirlah Long.. naik je.. huhu...
Menuju ke Thamrin City (lokasi hotel Amaris Thamrin), baru aku perasan, Gambir ni bersebelahan je dengan kawasan tugu MONAS. Terus teringat lagu masa skolah2 dulu - Hetty Koes Endang - berdiri bulu romaku -
Hey  Berdiri  mak  Bulu  romaku  2x
Bila  kudengar  janji-janjinya
Katanya  cintanya  seteguh  tugu  monas

Roundabout di Jakarta ni besar2... dan pasti ada patung di setiap roundabout... patung pun besar....... Tak jauh pun Thamrin City dari Gambir. Turun dari teksi, terus check in hotel. Konsep Amaris hotel ni, minimalis. Reception counter tu tersangatlah simple..... dalam bilik ok lah..... Kami idaknya buang masa berlama2 kat bilik.. nak kejar masa,,maklumlah tiket ke Bandung awal pagi esoknya.. so, hari ni jelah nak tengok2 apa yang patut di Thamrin ni. Asalnya plan kami nak ke Tanah Abang gak, dan bertolak petang esok ke Bandung..tapi memandangkan kepala cam bertambah je sakit.. terus beli tiket keretapi pagi.

Ok.... sambung cerita, turun dari bilik hotel terus ke tempat shopping.. menarik jugak kat Thamrin ni. Ada skirt dan blouse yang cantik. Aku memang dah berkenan, tapi tak nak beli lagi..nak tengok2 yang lain dulu.. Suasana dalam ni tak sesibuk Pasar Baru Bandung.... aku beli tudung.. banyak gak ingat nak jual ... pastu cari telekung pesanan mak. Kali ni ada berapa pasang mak kirim. 

Lunch, kami makan kat Restoran D'Cost. Mungkin sebab lapar, semua lauk yang kitorang pesan rasa sedap sungguh... Tomyam pun sedap. Aku paling suka Cumi goreng telur masin..Ikan gurame bakar pun lazat. Memang sedap lah ....  Lepas makan sambung shopping ...pusing2 last2 tak jumpa balik arah ke hotel. Padahal dalam building sama aje. Tanya2 orang yang berniaga kat situ, ada yang tak tau Amaris tu kat mana.... Last2 bila dah jumpa arah hotel, nak cari baliklah kedai yang jual skirt yang aku suka tu..alangkah frustnya kedai tu dah tutupppp ..huwaaaa....Moral of the story, kalau dah jumpa yang berkenan, terus je beli, hokayy...

Malam tu kami dinner di Warung Tekko. It's not a stall actually,.. the restaurant located in the same building juga.. Aku teringin nak gi sini sebab ada kawan cakap ini restoran favourite dia di Jakarta.
sempat gak bergambar dalam sakit kepala tu
muka penat
Iga bakar
Sate..
Errmm..pada aku makanan di Tekko ni biasa2 aja...tak apalah, kalau tak singgah, lain kali aku dok teringat. Dalam hati dok teringat makanan kat Bandung...tak sabar betul ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...