Sunday, September 9, 2012

Jom, Chow Kit !


Pasar Chow Kit, pasar basah di tengah kota Kuala Lumpur.. mula dibuka pada tahun 1955. Kalau dulunya memang menjadi tumpuan utama warga kota mencari barang basah.. beransur2 kurang mendapat perhatian orang ramai.. aku kira dengan bermulanya kemunculan pasar2 basah lain di Lembah Kelang i.e pasar borong Selayang etc. Kemudian dengan kebanjiran ramainya warga asing di kawasan sekitar.. warga asing ni siap jadi peniaga lagi..maklum sajalah, Chow Kit kan mini jakarta !..  Bila pasaraya2 Giant, Carrefour muncul, semakin kuat Chow Kit dilupakan...

Apa2 pun yang berlaku, Chow Kit masih lagi mendapat tempat segelintir warga kota... Sekali sekala husband aku still gie Chow Kit...tapi aku memang tak ikutlah sebab masalah parking.. Situkan kawasan sesak, jadi kalau terpaksa ke Chow Kit, memang husband akan pergi sorang je.

Bulan puasa lepas, dapat gak ikut husband ke sini.... kalau orang dah biasa ke Giant, Tesco bagai,, memang tak suka lah datang beli barang ikan kat sini.. keadaan lantai nya berair... sempit..dan sebagainya... tapi aku tak kisah la sekali skala kan.. dapat amik2 gambar kat sini...

dari luar pasar..owh...ada balai polis rupanya kat sebelah pasar
kaki lembu..
ayammmmm banyakkkk
ayam sikittt
suasana urusan jual beli
ini namanya Ikan Keli, puan-puan...
Keadaan lantai di Chow Kit..biasalah tuuu
sotong katak
Aku beli sotong katak ni.. tak pernah masak pun.... bukan senang nak dpt peluang datang ke Chow Kit kan... apa lagi...

2 comments:

Cik Puan Izan✿ said...

betul ker murah2 brg kat situ...saya dah lama kat kl tapi tak pernah jejak pasar chow kit...

nurleeta said...

bukan semua barang murah..tapi barang yang tak ada kat hypermarket ada kat situ... haritu urusan jual beli semua husband uruskan..hahhaa... kita mengekor je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...