Tuesday, October 20, 2009

Trip ke Langkap - tabib cina, budak mintak duit, no ekor & dot dot dot





Langkap, Perak ..... ini lah kali pertama aku sampai ke pekan kecil ni.. tak ada apa2 extraordinary about this small town..(sori ye warga Langkap)... persekitaran pekan pun agak hambar dan tak menarik. Kalau lah pihak berkenaan dapat mengambil langkah2 - membersihkan dan mengindahkan pekan ni...kesian benor rupanya.

Tujuan aku ke Langkap ialah menemani ayah yang nak berjumpa dengan sorang tabib cina. Tabib cina ni dikenali sebagai pakar sakit buah pinggang, terutamanya dikalangan masyarakat cina. Ayah aku pon tau psl tabib ni dari sorang lelaki cina yang dia jumpa di Hospital Selayang. Sebelum ni ayah pernah cuba pengubatan cina ni.. setakat ni alhamdulillah.... walaupun memerlukan pantang & disiplin yang agak ketat..itu lah sebabnya ayah nak pergi ke Langkap lagi.

Errrr..disebabkan keadaan Langkap yang seperti aku cerita .. tak dapatlah aku nk ambil gambar..kat kedai tabib cina tu pon aku tak snap pic.. cuma bila singgah ke satu masjid kecil.. ada lah sket..

Sementara menanti urusan ayah selesai.. aku dan anak2 aku berinternet kejap kat cyber cafe.. Husband lak gie satu kedai massage ni..aku gak yang cadangkan.. kot dia nak cuba foot reflexology..

Waktu aku dah nak habis tenet.. tetiba datang sorang budak lelaki.. aku agak darjah 6 atau awal belasan.. dia tengok aku anak beranak .. tiba kat pintu.. dia mintak duit.. RM1.90..aku tanya nak buat apa.. dia kate nak beli laksa.. duit dia ada seposen jer katanya.. aku dah hampir nk kuarkan duit.. tapi tetiba tak jadi n terkeluarlah kata2 ni dari mulut aku.. "Ayah tak bagi duit ke ? Tak baik tau mintak2 duit kat orang"..Budak tu jawab.. ayah tak ada..gie keje kilang.. dia tak bagi duit.
Aku tanya lagi.. "kenapa tak skolah"..dia jawab, "dah elok2 saya gie skolah, ayah gak yang suruh berenti"...Owh... barulah aku sedar,, dari gaya dia bercakap,, budak ni mmg loyar buruk.. Pastu, secara automatik, aku terus ckp.. "Ni rambut kaler2.. ada pulak duit.. duit makan tak ada pulak"...Budak tu terus tersenyum malu.. tapi mintak duit lagi.. malangnya .. aku tak terbuka hati nak bagi duit kat dia.. terukkan ?....Kesimpulannya.. dia nak RM1.90 bukan sebab nk makan.. tapi itu lah charge sejam cyber cafe tuh !

Lepas keluar dari CC, husband aku terus ajak gie makan.. ayah pun dah siap...sedap juga lah lauk kat gerai kitorang makan tu.. Yang tak sedapnya, gerai tu berhadapan dengan satu kedai nombor ekor.. sambil makan nengok orang2 melayu tanpa segan silu berurusan ..beli nombor.. rupanya bila aku tanya kakak gerai makan tu...memang berleluasa orang melayu berjudi n beli nombor ekor kat sini..dah tak de perasaan apa dah.. Aku ni lepas makan jadi geram & sedih.. Hilang rasa kenyang tau !

Lepas makan terus bertolak ke Bentong hantar ayah n Iqmal sebelum balik ke KL.. on the way ke KL.. husband aku bercerita pulak pasal kedai urut kat Langkap tu.. dia tak buat pon foot reflexology.. borak2 sket ngan tokey kedai tu.. husband aku pon mintak permission nak guna toilet.. huih.. lain macam jer keadaan dalam premis tu.. siap ada pompuan cina yang bila ditanya, tak paham bahasa melayu langsung.. terus husband aku agak pompuan tu = dot dot dot.. huih ..aku kate, nasib baik tak ada rush.. kalau idak, harus husband aku disyaki jadi pelanggan dot dot dot tu.. hehe

4 comments:

azahar said...

Sedih jugak saya baca cerita mengenai pekan Langkap. Sebenarnya dalam tahun 1964 saya bersekolah darjah 4 di situ le.

Anak polis lah katakan. Pindah randah dah jadi perkara biasa.

Bayangkan, darjah 1 di Kuantan, 2 di teluk Intan, 3 di Kg gajah, 4 di Langkap...

Tiga perkara yg paling saya masih ingat tentang Langkap. Pertama, barracknya ada pintu escape di lantai. Kedua, kebakaran besar yg musnahkan pekan Langkap dan ketiga, cerita hantu yg tumpang naik basikal ayahku...

Langkap, Langkap...siapa la kawan2 sekelas saya masa tu...tak ingat dah

Tapi masa itu saya punyai ramai kawan kera mereka boleh tengok wayang free...anak polis katakan!

nurleeta said...

..wow.. mmg byk kenangan u di Langkap .

Anonymous said...

Apsal la ko tak snap gamba budak mintak RM1.90 tu noli??? Kata kat dia, nak masukkan dalam internet, mesti dia bangga tu. Ntah2 ayah dia berentikan tu sbb perangai dia tak elok ke.... Sapa tau. Rajin ko interview budak tu.

Michael said...

Boleh tanya, tabib cina tu bagus ke? macam mana keadaan ayah anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...