Monday, December 29, 2008

BALADA SEORANG GADIS KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah perlarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Zubir Ali.

### apa yang dah jadi kepada Ariel Sharon.. ??..dalang pembunuhan Sabra & Shatila..

2 comments:

Syahidd said...

Salam Maalhijrah jugak untuk akak. Semoga hidup akak n family dilimpahi kemakmuran dan keberkatan, ameen.

p/s : Ariel Shraon laknatullah dikhabarkan masih koma tapi macam dah maut jer. itu yang kawan saya bagitau le. Wallahua3lam

nurleeta said...

TQ syahidd..

Ha'ah.. dulu ada gak dgr gitu.. kot dah mati agaknya tapi dirahsiakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...