Sejak mula menggunakan... aku dah tiga kali tertinggal retainer kat kedai atau restoran. Setiap kali makan, aku akan tanggalkan retainer dan letak dalam tisu. Asyik lupa aje nk bawak small container utk simpan. Akibatnya, lepas makan lupa nk ambil semula dan terus masuk dalam kereta.
Tadi, lepas berjogging n senamrobik di Taman Tasik Titiwangsa kami terus ke Kg Bharu untuk breakfast. Lepas makan, senang lenang je masuk kereta. Dah sampai kat depan Pulapol, baru lah teringat retainer kat kedai tadi.. Terpaksalah patah balik ke Kg Bharu. Aku agak risau kalau pelayan kedai tu dah terbuang ke dalam tong sampah. Alhamdulillah, masih ada..kalau tidak ..keluar duit lagi lah untuk ganti retainer baru.
Sunday, July 17, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Sayur eksklusif dari Bangladesh

These photos were taken last week at Pasar Malam Jelatek, KL. Sayur khas dibawa dari Bangladesh khas utk rakyat Bangla kat sini. Mengikut kata abang penjual sayur tu, dorang biasanya akan mencampurkan sayur2 ni dalam masakan kari..

Monday, July 4, 2011
Wahid kongsi kisah kejayaan - Utusan Malaysia
Aku tak dapat pergi ke Hari Terbuka GLC di KL Convention Ctr baru2 ni.. adik aku Miza baru melahirkan baby yang pertama di Temerloh. Frust juga bila dapat tahu Dato' Sri akan ada di event tersebut.. tapi apakan day..
KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar memukau lebih 100 pengunjung muda pada Hari Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dengan cerita perjalanan hidupnya yang berasal daripada keluarga miskin.
Katanya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan dan kejayaan yang dikecapinya sekarang bermula dengan lima falsafah hidup yang dipegangnya selama ini.
Falsafah pertama, katanya adalah mendapatkan kerjaya yang disukai; kedua, bekerja keras di samping bekerja dengan bijak; ketiga, teruskan proses pembelajaran; keempat, menghargai kedua-dua ibu bapa dan terakhir memilih pasangan hidup yang tepat.
“Sejak kecil saya menggemari subjek matematik dan ia mendorong untuk saya menyertai dunia perbankan sehingga ke hari ini,” katanya pada sesi CEO bersama profesional muda di sini hari ini.
Hari Terbuka GLC 2011 yang julung kali dianjurkan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula Jumaat lepas.
Abdul Wahid yang dilahirkan pada tahun 1964 berasal dari Kampung Tarom, Johor Bahru dan beliau merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.
Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban, Negeri Sembilan dan seterusnya menyambung pengajian ke United Kingdom.
Bapanya hanya bekerja sebagai buruh yang juga bekas tentera British di Singapura, manakala ibunya mengambil upah menjahit pakaian di kampung.
Tambah Abdul Wahid, beliau sangat menghargai jasa kedua-dua ibu bapa dan sekarang, mereka tinggal bersama-samanya.

Saturday, July 2, 2011
Langgar lampu merah
Sebelum ni aku kerap terdengar berita kemalangan yang disebabkan pemandu melanggar lampu merah.. Komen aku, teruknya driver zaman sekarang, ikut suka hati je tak ikut traffic light.. dia igt jalan dia je punya.. Aku pun slalu gak dengar, orang komen/bising pasal lady driver...
Tapi malam tadi, aku dah langgar lampu merah ! Apa yang aku nak terangkan kat sini, AKU TAK SENGAJA. Aku dari Federal Hiway ke Jalan Pantai Baru.. Traffic light yang dekat ngan simpang UM lah tempat berlaku kejadian.. Ya Allah, aku tekejut betul.. hampir2 berlaku accident dah .. Mesti driver lelaki kete tu marah kat aku.. huhuhuu... Aku memang tak perasan betul.. berkhayal aku rasa....hishh

Tuesday, June 28, 2011
Mid Term Exam
Lepas saja habis mid term exam, aku jadi blur semacam.. aku yang dah lama tak demam, boleh demam ! Selsema pun kena, pastu suara lambat nk elok cam biasa. Huh.. camtu ek penangan exam.. ni baru mid term .. lom final exam lagi.
Disebabkan aku blur semacam tu, assignment pun aku lambat siapkan. Bukan aku sengaja, tapi ntah..susah nk cakap camna. Aku siap pesan kat husband, mintak dia kejutkan aku kul 2 pagi.. sebb aku nk wat assignment.. tapi bila dia kejutkan, aku tak bangun pulak...adus.
Alhamdulillah, sekarang aku dah ok.

Monday, May 30, 2011
Assignments
Dah sebulan aku jadi student out campus UUM... tak sempat nk update kat sini. Aku rasa aku terkena culture shock kot..hahaha... Aku tak sangka assignments yang banyak camni.. ye la.. dah lama tinggalkan zaman belajar..
Apa-apa pun, banyak juga yang menarik.. aku kena amik Maths this semester. Kalau diimbau kenangan masa aku tingkatan 4 & 5, memang la aku ada belajar Add Maths.. tapi aku tak tau apa ntah, yang aku ingat, cikgu je yang hensem..hehehe.. Paling teruk, masa SPM..aku tido.. habis, tak tau apa nk jawab.. huhuhu..
Esok, husband adik ipar aku dari Taiping akan singgah rumah aku.. aku dah book dia siap2 utk jadi cikgu tuition aku..

Wednesday, May 4, 2011
Aku belajar lagi !
Umur aku sekarang ..38 tahun.. sekejap sungguh rasanya tak lama lagi masuk gerbang usia 40an pulak.. Semoga aku semakin berjaya & berbahagia ! I want to be happy dan selalu bersyukur dengan limpah kurniaanNya..
29 April 2011, aku memulakan satu lagi fasa dalam kehidupan aku.. menjadi student out campus UUM. Bachelor degree in Risk Management & Insurance. Maknanya laluan kehidupan aku menjadi semakin mencabar dan menarik !.. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak lelaki, staf Etiqa, tukang urut partime (ni mahal ni)..hehehe.. dan offcourse.. jamu ratu dara.. now, belajar lagi... seronok kan ?
Moga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan ku..

Subscribe to:
Posts (Atom)