Sunday, July 17, 2011

Retainer tertinggal

Sejak mula menggunakan... aku dah tiga kali tertinggal retainer kat kedai atau restoran. Setiap kali makan, aku akan tanggalkan retainer dan letak dalam tisu. Asyik lupa aje nk bawak small container utk simpan. Akibatnya, lepas makan lupa nk ambil semula dan terus masuk dalam kereta.
Tadi, lepas berjogging n senamrobik di Taman Tasik Titiwangsa kami terus ke Kg Bharu untuk breakfast. Lepas makan, senang lenang je masuk kereta. Dah sampai kat depan Pulapol, baru lah teringat retainer kat kedai tadi.. Terpaksalah patah balik ke Kg Bharu. Aku agak risau kalau pelayan kedai tu dah terbuang ke dalam tong sampah. Alhamdulillah, masih ada..kalau tidak ..keluar duit lagi lah untuk ganti retainer baru.

2 comments:

Jue Hussin said...

Retainer tu amende puan Noli???

nurleeta said...

Retainer ialah sejenis alat yang digunakan selepas braces ditanggalkan...hahahhaha...formal betulkan...hehehe.... retainer ni tuk pastikan susunan gigi tu kekal walaupun dh tak pakai braces..that's why ada yang gigi berterabur balik..sebab malas pakai retainer. orait tk jue ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...