Wednesday, July 20, 2011

Idola saya

Salah satu assignment in computer applications - presentations in Power Point - title - IDOLA SAYA.

Aku memilih 3 orang yang aku kagumi - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Syed Mokhtar dan Dato' Sri Abdul Wahid Omar.

Teringat dulu, masa aku masih study di MARA EDP School, aku keluar dgn kawan2 sekolah di Lot 10 KL. Masa tu aku di supermarket Isetan ..tanpa ku duga.. Tun Dr Mahathir pun ada bersama bodyguards nya.. Tiba2 aku bertembung betul2 face to face with him. I was so regret that, I didn't greet him langsung..Sebabnya aku terkejut sangat !.... I guess, masa remaja dulu, aku memang gadis yang pemalu..hahhahahaha.......ish..rugi ! I really hope that one day i shall meet Tun personally...

Tan Sri Syed Mokhtar, jutawan melayu yang terkenal dengan sifat pemurahnya...Peristiwa aku bertemu dengan seorang jemaah dari Kedah sewaktu aku di Madinah meninggalkan kesan yang mendalam. Aku dan suami makan semeja dengan pakcik ni... Dia melahirkan rasa kesyukuran yang teramat sangat..diberi peluang menunaikan haji...katanya dia orang susah, Tan Sri menghantar dan membiayai kos ibadah hajinya. Selepas itu aku mula mengikuti perkembangan Tan Sri.. Sesungguhnya aku amat kagum dengan kejayaannya membina empayar perniagaan dan dalam masa yang sama terus berbakti kepada masyarakat dengan sifat dermawannya.

Dato' Sri Abd Wahid Omar - berasal dari keluarga yang miskin dan kini mengetuai Maybank menjadi inspirasi kepada ramai orang yang biasa2 termasuklah aku. Walaupun aku pernah bergambar dengannya tapi aku masih mahu berjumpa lagi dengan Dato Sri satu hari nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...