Monday, July 4, 2011

Wahid kongsi kisah kejayaan - Utusan Malaysia

Aku tak dapat pergi ke Hari Terbuka GLC di KL Convention Ctr baru2 ni.. adik aku Miza baru melahirkan baby yang pertama di Temerloh. Frust juga bila dapat tahu Dato' Sri akan ada di event tersebut.. tapi apakan day..

KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar memukau lebih 100 pengunjung muda pada Hari Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dengan cerita perjalanan hidupnya yang berasal daripada keluarga miskin.

Katanya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan dan kejayaan yang dikecapinya sekarang bermula dengan lima falsafah hidup yang dipegangnya selama ini.

Falsafah pertama, katanya adalah mendapatkan kerjaya yang disukai; kedua, bekerja keras di samping bekerja dengan bijak; ketiga, teruskan proses pembelajaran; keempat, menghargai kedua-dua ibu bapa dan terakhir memilih pasangan hidup yang tepat.

“Sejak kecil saya menggemari subjek matematik dan ia mendorong untuk saya menyertai dunia perbankan sehingga ke hari ini,” katanya pada sesi CEO bersama profesional muda di sini hari ini.

Hari Terbuka GLC 2011 yang julung kali dianjurkan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula Jumaat lepas.

Abdul Wahid yang dilahirkan pada tahun 1964 berasal dari Kampung Tarom, Johor Bahru dan beliau merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.

Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban, Negeri Sembilan dan seterusnya menyambung pengajian ke United Kingdom.

Bapanya hanya bekerja sebagai buruh yang juga bekas tentera British di Singapura, manakala ibunya mengambil upah menjahit pakaian di kampung.

Tambah Abdul Wahid, beliau sangat menghargai jasa kedua-dua ibu bapa dan sekarang, mereka tinggal bersama-samanya.

2 comments:

Umie said...

saya suka cium baby yg baru lahir...best2x... congrats utk adik sis tu..;-)

nurleeta said...

yeeeaaa..saya pun suke..tapi takut nk pegang.. anak dah 3 pun takut lagi..hahahha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...