Friday, December 28, 2012

walaupunnnn

Lepas posting tengok match Malaysia Thailand aku menyepi terus... ini konon2 frust sebab Harimau Malaya kalah bola.

Ada peristiwa penting dalam hidup aku berlaku dalam bulan 12.... setelah dok kat Accounts sekian lama, skang aku berhijrah ke Corp Secretarial...sangat drastik, tapi itulah kehidupan..kalau tak ada drastik2 ni tak best & rasa kurang kick. Kalau tak berani dengan cabaran ibarat makan ulam tak ada sambal... bayangkan nak kopek durian kalau duri tu tak ada. Sangat tak best.

Hari ni aku apdet status kat fesbuk - ..walaupun gemuk, as long tak de orang offer duduk dlm train, kira ok lah tu. Ini aku teringat kisah dolu2 la ni..... lepas habis pantang aku baru aje start keje.... naik tren, ada orang offer aku duduk..sebabnya dia tengok perut ni cam ada isi lagi..hehehehehe..  Aku pun dengan selamba je ...kesian akak tu berdiri semata2 nak bagi 'orang mengandung' duduk..

Monday, December 10, 2012

Nonton Malaysia vs Thailand


Mulanya nak pergi, pastu tak jadi, alih2 masa aku dalam kelas, my sis called. Ada 3 tiket. Tak fikir panjang, terus nk pegi n ajak a friend to join me. Dia lambat reply, terus contact my husband = aku nak bawak Iqmal n Irfan.

Wah...ramai supporter Harimau Malaya ke Bukit Jalil. Dalam STAR LRT cukup meriah. Aku sampai awal jadi solat dulu di surau dekat stesen LRT. Penuh sesak surau dengan jemaah yang tengah bersemangat waja. Huiyooo..... Macam biasa, ada yang bawak anak kecik..ala..yang baby tu aku rasa cam tak sesuai je bawak ke stadium. Tambah2 kalau naik LRT...kesian aku tengok.

Walaupun Thailand pilihan utk menang AFF kali ni, tapi semangat penyokong tetap terbaek. Aku tengok match, macam  nonton citer hantu pun ada, sebab bila bola ada kat kaki pemain Thailand especially kat area bahaya, aku tutup telinga.. mata tutup sket2..hahaha. Bila Mat Yo jaringkan gol macam nak rak aku melompat..

WALAUPUN SERI, Malaysia 1 - Thailand 1, berbaloi gie stadium bawak anak2... Aku doakan Harimau Malaya terus mengaum di Bangkok nanti dan terus layak ke final. InsyaAllah...

Saturday, December 8, 2012

Rimau lawan Gajah di Chakri Palace

Jumaat ? Cepat nya masa berjalan.... aku sibuk sket lah..nak wat assignment, nak exam lagi...pastu sibuk kemas2 sket barang sebab tak lama lagi aku bertukar dept.

Asalnya aku nak gie tengok bola Ahad ni, Malaysia lwn Thailand. Nampaknya terpaksalah kensel sebb kena gie extra class Statistik dari pagi sampai petang. Cane pulak aku nak berkejar ke Bukit Jalil tu. Frust tau tak dapat gie stadium. Citer pasal stadium aku teringat masa lawan Singapore tahun lepas. Syok gila aku dok kat stadium tapi sedikit seram bila semua orang seronok melompat waktu Malaysia menjaringkan gol. Aku rasa bergoyang2 sampai takut aku stadium roboh..hihihi...... Sekali2 gie stadium gitulah... pelik2 gitu.

Itu match Ahad ni, aku pasti Malaysia boleh menang walaupun Thailand pasukan pilihan untuk AFF kali ni. Kalau Malaysia leh maintain semangat masa kalahkan Indonesia aritu, insyaAllah boleh menang....

Tadi, office team aku berempat orang gie makan kat Chakri Palace KLCC. Makanan sedap, tapi ada menu yang rasanya agak kureng compared to Basil, Bangsar....]

aku rasa cam seram je bila dengar Sawadeekap disebut berulang kali each time bila ada pelanggan yang masuk.. aku teringat Nangnak pulak.hihi..

Pastu aku rasa cam menganiaya semangat Malaysia lawan Thailand je..... (emosi sungguh kononnya).

Tuesday, December 4, 2012

Final MCM2 yang mengecewakan

Bersemangat betul aku lepas Malaysia menang bola... terus sambung final Masterchef. 

Hahhh !.. ada nyanyi2.. ??? Final yang betul2 tak disangka.. kalau pun ada performance cukup la satu aje..yang betul2 best ....ini macam pertandingan main2 talentime je.. (sebab kebanyakan yang nyanyi tak sedap langsung.) Ini final MasterCHEF ok...nak masak ke tak ni ??

Yes, disebabkan live so susah nak tunjukkan finalist masak..tapi, at least biarlah penonton nampak final touch dorang or masakan dorang ni sebelum dihidangkan kepada judges. Aku sebelum ni, imagine final Masterchef ni wat rakaman.. ok je.. sebab memang susah kot nak wat live dorang masak.. Tapi akhirnya apa dah jadi....finalist tenggelam terus... Chef Adu, Chef Zubir n Papa Joe ?????

Hidangan finalist tu pun tak yah la di announcekan awal2..baru lah lebih adil kalau judges tu semua tak tau siapa empunya masakan tu. Perkara simple camni pun penerbit tak nak pikir eh ?

Aku igtkan segmen reunion peserta MCM2 akan jadi highlight.. TAk pun aku suka sangat kalau Chef Michael Kukus Grill Panggang tu ada.. tambah meriah !!!

Saturday, December 1, 2012

Selamat berhujung minggu

 Salam hujung minggu untuk semua pembaca blog ini ya. Mesti ada plan nak gie mana2 kan... Kalau tak pun, cuba2 resipi baru.. iye tak........ Pesanan penaja hari ni..sila2 singgah Page kat bawah ni ek......


MARI MARI MARI......SINGGAH DULUUUUUUUUUUUUUU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...