Monday, January 26, 2009

Makan kenduri..

Cuti yg panjang membolehkan aku n family balik Bentong.. melawat Iqmal yg tinggal dgn atok n neneknya.. Sumer ok , but ayah terpaksa masuk wad Hospital Bentong pagi Ahad, keadaannya tk membimbangkan..so kami tk lah risau sgt.
Tengahari nya, mak mintak kami sekeluarga pegi kenduri kawen anak Mak Cik Mah, wakilkan mak katanya.. Lagipun, Mak Cik Mah memang menjemput kitorang.. so bersiaplah aku nak makan kenduri.
Sampai sana, pasangan pengantin dh sampai.. tengah makan beradap.. aku terus ajak abang n anak2 amik makanan..cara buffet..
Wah... sekilas pandang, aku tengok masakan daging hitam memang sgt memberangsangkan.. mesti sedap ni ! Terus ambilkan nasi tuk irfan... letak kat meja.. aku gie amik nasi aku plak..daging tu lebih sket, hehe.. pastu ayam masak merah, dalca n acar buah. Tetiba, aku ternampak sudu n garfu.. ok gak ni, tk yah makan pakai tangan,, leceh nak basuh.
Terus aku menuju ke meja. Abang, Irfan n Iqmal tak ketinggalan Izuddin dah nak start makan.
Tetamu sama meja ngan aku dok menjeling ke pinggan aku.. apa la dalam fikiran dorang...gamaknya mesti kutuk aku .. cam mengada2 jer makan pakai sudu !!
Aku buat selamba jer.. terus makan.. Memang sedap !..
Tetiba, baru separuh nasi aku tu.. Irfan - "Umi ! Nak air...air dah abis".. Terpaksa lah aku bangun meninggalkan meja nak amik air utk Irfan.. Amik masa gak, sebab ramai lah pulak nak amik air.
Tekezutnya aku bila sampai semula kat meja.. Pinggan aku dah tk de !!!....Rupanya pekerja catering tu dah amik pinggan aku sebab igt aku dah selesai makan ...huhuhu.. sedihnya !

Boikot atau tak ?? -

Sila baca kedua2 emel.

Emel pertama.
salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
"baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah
banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan
segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang
tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings
(M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan
kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya
membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha
yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings
(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan
Jihad Bisnes.


sekian.

Emel kedua.
memang saya bersimpati ngan nasib pekerja kfc malaysia,
tetapi kenyataannya yuran/levi penjenamaan itu telah diserahkan kepada pihak AS @ yahudi yg secara terang2an menggunakan dana tersebut untuk kegunaan rakyat ISRAEL jahanam tu utk menghapuskan rakyat Palestin.... pada pendapat saya, lebih baik kita menggunakan penjenamaan kita sendiri dan tidak perlu untuk bergantung pada jenama KFC/mcdonald/ pizza hut dan sebagainya....
Hakikatnya setiap hidangan yg kita beli dr produk tersebut telah digunakan untuk membeli sebutir bom untuk membunuh 5 orang saudara islam kita di Palestin.... kita fikirkanlah samada kita sanggup berjihad kehilangan pekerjaan atau kita sanggup kehilangan maruah kita sebagai orang islam untuk membantu mereka membunuh saudara kita sendiri di palestin.... maaf jika tulisan saya menyinggung perasaan anda kerana ini adalah pendapat saya sebagai seorang muslim yg tidak ingin melihat agama saya di perbodohkan kerana isu kecil ini...
ingatlah pengorbanan kita hanya kecil sangat kerana memboikot produk ini jika dibandingkan dengan pengorbanan rakyak palestin yang berkorban tubuh badan mereka untuk mempertahankan tanah air mereka dr tentera yahudi si penjajah tu.....

Keazaman Zionis tubuh negara - petikan Utusan Malaysia

Konflik di bumi Palestin berlaku disebabkan oleh ideologi Zionisme yang dianuti oleh bangsa Yahudi. Ideologi itu diasaskan oleh Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria, yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara kekal bagi bangsanya di Palestin.
Herzl menekankan perkara ini dalam buku bertajuk Der Judenstaat (The Jewish State) pada 1896, kerana sedar bangsa Yahudi tidak pernah mempunyai negara sendiri.
Keaadan itu berkait rapat dengan sifat bangsa itu sendiri yang sering disingkirkan, berpindah-randah atau dihalau atas kesombongan mereka sendiri, termasuk ingkar ajaran Allah dan juga membunuh nabi-nabi di kalangan mereka.
Ke mana sahaja mereka pergi, bangsa Yahudi sentiasa menjadi kebencian masyarakat dan sering ditindas serta dibunuh.
Peristiwa pembunuhan yang paling popular melibatkan bangsa itu ialah pembunuhan beribu-ribu Yahudi oleh Czar Rusia pada 1881 dan Holocaust oleh Nazi Jerman.
Bangsa Yahudi percaya mereka berasal dari kerajaan Judah (Judae), sebuah pusat kenabian terdiri daripada nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israel yang diturunkan untuk berdakwah.
Bangsa Yahudi mula menjadi bangsa pelarian dan merempat sejak Babylon menawan kerajaan Judah pada 641 Sebelum Masehi yang ketika itu menguasai Baitulmaqdis.
Sejak itu, bangsa Yahudi meratapi nasib mereka terpaksa meninggalkan Bukit Zion dan berazam untuk kembali semula ke tanah air mereka itu. Sempena nama Bukit Zion itulah pergerakan Zionisme ditubuhkan.
Tanah Palestin kemudian jatuh pula kepada Parsi setelah ia menawan Babylon dan kemudian beralih kepada Rom setelah empayar itu menawan Baitulmaqdis sebelum dikuasai oleh kerajaan Mamaluk dan Othmaniah.
Di Eropah, Yahudi muncul sebagai bangsa yang berjaya sehingga wujud perasaan cemburu dan benci di kalangan bangsa asal dan fenomena ini dipanggil sebagai antisemitik.
Kempen antisemitik di Eropah dan Rusia mendorong dua juta penduduk Yahudi berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) sekitar 1880 sehingga 1928 sementara sebahagian kecil lagi berhijrah ke Palestin kerana faktor agama.
Pergerakan Zionisme kemudian berjaya menyebarkan fahaman itu di kalangan dua juta bangsa Yahudi di AS dan memesongkan penganut Kristian mengenai kedatangan Nabi Isa s.a bagi menarik sokongan terhadap konsep itu.
Zionisme mula mendapat sokongan kerajaan AS semasa pentadbiran Presiden John Adams. Sementara itu, Presiden Harry S. Truman pula adalah presiden yang bertanggungjawab mengiktiraf penubuhan negara Israel.
Ideologi Zionisme merupakan satu ajaran sesat yang memesongkan ajaran kitab Taurat berhubung "bumi yang dijanjikan Tuhan" untuk bangsa Yahudi dan "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka di Baitulmaqdis atau Al-Quds (Kota Suci)".
Herzl yang juga seorang peguam dan wartawan di Perancis telah memberi manifestasi baru kepada ajaran Taurat berhubung "kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka". Beliau mengambil sebahagian daripada saranan dalam kitab itu dan mengetepikan sebahagian lagi ayat berhubung "sehingga datang perintah dari Tuhan".
Herzl berpendapat bangsa Yahudi tidak perlu menunggu perintah Tuhan, sebaliknya bangsa itu yang menentukan bila dan bagaimana mereka harus pulang.
Herzl bekerja keras bagi menjayakan cita-citanya itu. Beliau kemudian mengumpulkan wakil daripada semua pertubuhan kecil Yahudi di seluruh dunia untuk menghadiri Kongres Pertama Yahudi di Basel, Switzerland pada 27 hingga 29 Ogos 1897 bagi membincangkan idea itu.
Kongres itu melahirkan 'Program Basel' mengenai penubuhan negara kekal bagi bangsa Yahudi. Dan lahirlah juga Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS) bagi menggerakkan usaha penubuhan negara Yahudi kekal di Palestin.
Herzl dipilih sebagai Presiden pertama PYS dan terus menerajui pertubuhan itu sehinggalah mati pada 1904.
Atas idea dan kegigihan beliau itu, Herzl telah digelar sebagai bapa politik moden Zionisme oleh bangsa Yahudi.
Herzl bijak mengatur langkah bagi mencapai impiannya itu serta menonjolkan dirinya sebagai pemimpin.
Beliau mampu mempengaruhi pemimpin dunia agar bersimpati terhadap bangsa Yahudi. Herzl berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Kristian di Eropah berasa bersalah kerana tindakan kerajaan mengusir, menindas dan membunuh orang Yahudi.
Melalui kempen dan strategi yang tersusun, Herzl berjaya menyatukan sebahagian besar bangsa Yahudi dengan memesongkan akidah mereka sehingga menganggap perjuangan dan tindakan bagi menubuhkan negara Yahudi itu sebagai satu jihad.
Herzl juga mendekati dan mempengaruhi pemimpin dunia, terutama Kristian di Eropah dan AS. Yahudi juga bangkit menguasai sistem ekonomi, politik serta budaya termasuk industri maklumat, hiburan dan keilmuan. Dalam masa yang sama, mereka menyerapkan ideologi Zionisme.
PYS akhirnya berjaya mempengaruhi kerajaan Britain berhubung penubuhan negara Yahudi di Palestin, apabila London mengeluarkan Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 yang mengiktiraf penubuhan negara kekal Yahudi.
Pada mulanya, Britain memperkenalkan 'Projek Uganda' bagi menawarkan Uganda di Afrika kepada PYS. Argentina dan Kashmir, India juga pernah dicadangkan sebagai negara Yahudi.
PYS menolak tawaran itu dan berkeras mahukan Palestin.
Akhirnya Britain bersetuju dan mengemukakan cadangan itu kepada Liga Bangsa-Bangsa dan kepada kerajaan Othmaniah di Turki, yang ketika itu memerintah Palestin.
Pada Jun 1916, Herzl sendiri menghadap Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Othmaniah bagi memohon tanah di Palestin.
Sultan itu menolak mentah-mentah idea Herzl.
"Jika satu hari negara Islam (kerajaan Othmaniah) runtuh, maka pada masa itu barulah kamu boleh mengambil Palestin tetapi selagi beta hidup, beta lebih rela tubuh dikerat daripada menyerahkan Palestin untuk Yahudi."
Herzl tidak putus asa dan terus mendekati pemimpin Britain, Perancis dan AS untuk membantu menjayakan cita-citanya.
Pada waktu itu, pergerakan Zionisme telah berjaya meresap ke dalam sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan keilmuan di AS.
Di Britain, konco-konco Herzl termasuk Chaim Weizmann dan Nahum Sokolow, pemimpin utama Zionis di London berjaya mendampingi dan mempengaruhi Setiausaha Luar Britain pada waktu itu, Arthur James Balfour, sehingga lahirlah Perisytiharan Balfour 1917 itu.
Weizmann menjadi Presiden pertama negara Israel apabila ia ditubuhkan pada 14 Mei 1948.
Pada 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Wilayah Mandat Palestin yang ditadbir oleh Britain dibahagi kepada dua negara, Yahudi dan Arab, tetapi ditolak oleh Palestin sehingga berlakunya pemberontakan Arab 1936-1939.
Liga Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan pada 28 Jun 1919 selepas tamat Perang Dunia Pertama kemudian memanjangkan cadangan Suruhanjaya Peel itu mengenai pembahagian dua negara di wilayah Palestin.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa pada September 1947 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan pelan pembahagian wilayah Palestin kepada dua negara.
Pelan UNSCOP itu kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan bandar Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB.
Pelan itu ditolak oleh kerajaan Palestin dan negara-negara Arab kerana ia bercanggah dengan Piagam PBB sendiri.
Apabila Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, ketua PYS, David Ben-Gurion mengisytiharkan pembentukan negara Israel selaras dengan Resolusi PBB 1947, yang mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara.
David Ben-Gurion kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Israel.
Sebelas minit selepas pembentukan negara Israel, Presiden AS ketika itu, Harry S. Truman mengiktiraf negara baru itu diikuti oleh Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin sejam kemudian.
Pada 15 Mei, 1948, sehari selepas pembentukan negara Israel, penduduk Palestin pula mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawm al-Nakba), apabila ribuan penduduk Palestin dibunuh oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Akhirnya, setelah 51 tahun berjuang, matlamat pergerakan Zionisme untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin mencapai kejayaan pada 14 Mei 1948.
Sejak itu bermula konflik di Palestin di era moden dan penganiayaan, penindasan dan pembunuhan bangsa Palestin oleh rejim Zionis Israel sehingga ke hari ini.

Tuesday, January 20, 2009

Kari


First time aku masak kari ayam guna rempah kari Mahiran, Muor mari... sedap juge rasenye......(sendiri masak, sendiri kate sedap).. silakan....

Sunday, January 18, 2009

The book..


Ini lah bukunya....nipis ajer, beli kat Nile Books, KL Sentral. Tak pasti ada lagi tak kat situ..

Saturday, January 17, 2009

Israeli Empire Collapses in 2022 ? intro2

...........The first warning occurred after the demise of King Sulaiman (a.s) and a second Israeli state had never existed except in 1948. Thus the second warning has not yet stormed !

Allah says, "Twice would they (the Jews) do corruption on earth and be elated with mighty arrogance and twice would they be punished..."
If this prediction had been already fulfilled, then what do you think of the mass slaughtering of the Palestinians, bombarding of their land, building under the carte-blanche pretext of terrorism are not corruption, barbarism and mischief ?
Allah says, " We gave you increase in resources and sons and made you the more numerous in man-power"
Allah say, "But when the second of warnings came to pass, We gathered you together in a mingled crowd."

We see now Israel a powerful military state having the blessing hand of the USA and all the Western countries. We also see the spectacular increase of its population since the Law of the Return was enacted in 1950 re-gathering the scattering Jews from around the world in one SOLID ISRAELI STATE ! If the predictions in this book are true, then the Israeli Empire will collapse in year 2022.

Thursday, January 15, 2009

Israeli Empire Collapses in 2022 - intro1

It's hard for people like me to elaborate the contents of the book...
- ---------
Introduction :

A rare book with historical accuracy, numerical Quranic interpretation, backed with traditions, disclosing amazing facts on the year 2022.
What is the relation between Haley's comet and Israel ?
What the Quran says on the Israeli state ?
Why the year 2022 ?

When the state of Israel was declared in 1948, a Jewish lady cried. When questioned on the reason behind her crying instead of rejoicing, the Jewish lady replied, "The establishment of this State will bring about the slaughtering of the Jews, and the Jewish state will last 76 years!!"
The author of this book; Mr Bassam Nihad Jarrar of Ramallah, has beautifully shed lights on the three core verses from the Quran to predict the decline of the Jewish state in 2022 AD, by using the miraculous routes of mathematical formulae, traditions and historical facts.
Allah says, "So when the second warning came to pass, (We permitted your enemies), to disfigure your faces and to enter your temple as they had entered it before and to visit with destruction all that fell into their power" .



to be continued...

Tuesday, January 13, 2009

Israeli Empire Collapses in 2022 ?

Apa yang berlaku di Palestine sekarang mengingatkan aku pada buku yang aku beli pada 11th May 2004. Tajuknya adalah kat atas tu...

Wallahualam..later aku tulis brief description of this book...for now, mengantuk..nak tidur.

Friday, January 9, 2009

gagal..

Tulis lagi kat sini pasal azam tu.. terus kantoi keesokkan paginya...

sudah takdirnya begitu...

Tuesday, January 6, 2009

lagi azam tahun baru

Aku berazam sesungguhnya nak mengurangkan late coming, kalau boleh - zero late coming ke office.
Aku tk nak lagi berada dalam senarai ''juara2"... sorry.. no more okay.. insyaAllah..

tapi aku berharap LRT bagi kerjasama .. tlong jangan buat hal ye. ..please.

Sunday, January 4, 2009

tarikh dibungkus

tadi aku n family klua sat ke satu hypermarket.. kat wangsa maju..dekat jer ngan umah aku.. Tak ler shopping sakan, stakat nak beli pempes anak yg priority nyer.. sambil tu belek la mende lain.
lepas tu .. gie makan kat keramat permai.. dh kenyang balik umah.. tengok la hasil shopping tadi.
tetiba.. aku terpandang label kat Potato Bread...
Tarikh bungkusan
13.01.2009

Guna Sebelum
06.01.2009

Date ari ni " 04.01.2009 ....

????????????????

Saturday, January 3, 2009

Ayam masak kicap..

Today for lunch, aku masak yang simple2 jer.. walaupun mak mertua ada, tk dpt nk sediakan masakan kampung ala complicated tu.. Apa yg aku masak - Ayam Kicap.
Nak letak gak kat cni mana tau ada yg nk cuba ..

Bahan2
Ayam - digoreng tapi jgn sampai garing.
Bawang merah, bwg putih (dicincang halus)
cili kering (blend)
Kicap manis kipas udang

Cara masak
Tumiskan bahan2 cincang
Masukkan cili blend
Goreng dgn api sederhana...lama sket
Bila dah puas hati ,, rasa cam ok je... tumisan nampak menarik je
masukkan kicap......
lepas seketika...
masukkan ayam yg dah digoreng tadi..
siap.

Thursday, January 1, 2009

pendakwah kristian

Kisah kitab injil nak diterjemahkan ke bahasa Melayu (topik sebelum ni) bukannya baru.. puak pendakwah kristian sudah sekian lama begitu bersungguh nk meluaskan pengaruh mereka di negara kita. Sebagai seorang Muslim sudah tentu kita berasa risau dengan perkembangan ini..
Semoga ahli keluarga kita dan umat Islam seluruhnya diselamatkan n dijauhkan dari ancaman jahat kafir laknatullah ini..
Apa yang aku nak sentuhkan disini,, ialah cara mereka 'berdakwah'.. Sebelum ni aku pernah dengar, kumpulan mubaligh kristian ini bergerak secara kumpulan..memakai pakaian yg kemas, siap ada neck tie.. At last, aku terserempak gak ngan diorang ni kat dlm lrt. Masa tu orang ramai nak balik awal nak tengok final world cup.. masuk saja aku kedalm lrt di stesen bangsar, aku berdiri di sebelah sorang lelaki omputeh.. dia nih berdua ngan kwn dia.. berpakaian smart sama macam yg diceritakan orang. Sampai kat KL Sentral, ada orang turun so, ada tempat kosong, cepat aje mamat tadi mempersilakan aku duduk.. aku pon duduk ajer la.. dah dia bagi. So, skrg mamat berdua nih berdiri didepan aku. Aku dapati diorang ni, sengaja memperlihatkan yg dorang sgt biasa ngan negara kita, peramah ngan org lain, tapi mungkin ngan aku dorang tk berani sebab muka aku masam sgt masa tu..hehe...tapi aku terus memasang telinga..
Tetiba dia nyanyi lagu Radja, ... hmm,,, saje lah tu nak buat org kagum... pastu dia menegur seorang 'expatriate'.. hehe.. tanya asal mana, 'expatriate' ni ckp dia asal pakistan dtg keje kat Msia. Lepas borak2 kejap, tanya lak, u pegi church tak ? Expatriate ni gi ckp,, ya !!.. huish, cukup bangga mamat mubaligh tu.. saja je ckp kuat2 nk bagi orang lain dengar. Sampai kat KLCC, dorang nih pun turun. Nak sambung dakyah lagi la tu.. dah la budak2 melayu suka sgt lah melepak kat situ.
Tapi, kisah yg kawan aku sampaikan lagi menakutkan.. dalam lrt juga, mamat mubaligh ni dengan berani mendekati budak2 melayu yg nampak 'tk tentu arah/ or berpakaian maut'.. terus offer kalau masuk kristian, diorang akan dapat duit beribu. Kawan aku tu tk dpt nk dgr conversation dorang dgn lebih lama, sebab dh nak turun.
The moral of the story, dorang akan mendekati remaja melayu terutamanya yg bermasaalah..
dorang tau normally remaja camni perlukan duit & tempat utk mencurahkan perasaan.
Sorry to say (tapi bukan semualah).. kebanyakan kita umat Islam sendiri cuba mengelakkan diri dari berbaik ngan remaja yg ada mungkin ada masaalah sosial camni.

Habis, nak salahkan siapa ya ?

Kacau org tido jer

... Malam tadi tido awal, sebab nak tidurkan Izuddin, tapi umi terjoin sama.. tk perlah, sebab rasa penat bangat.. tapi tensen tul la... tengah syok tido, tiba2 bunyi bising cam apa jer... aku tengok jam .. kul 12.. dengan org bersorak lah,, bukak tingkap..nampak KLCC n sekitarnya penuh ngan bunga api... owwhhh....
new year celebration rupanyaa...hehe..

Injil tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA..
Injil tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Kerajaan akan menyekat sebarang usaha pengembangan agama Kristian termasuk penterjemahan kitab Injil ke bahasa Melayu yang bertujuan mengelirukan umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, ia bertepatan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen Kawalan Dan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam.
Menurutnya, isu penterjemahan kitab Injil kepada bahasa Melayu sememangnya boleh menyebabkan kekeliruan istilah dan konsep ajaran Islam serta merosakkan akidah umatnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...