Saturday, December 31, 2011

Alif Satar - Cukup Indah



So sweet kan lagu ni..aku rasa cam remaja semula..heehe

Alif Satar - Lelaki Seperti Aku



Ini lagu favourite anak aku Izuddin ... in fact dia memang suka lagu2 Alif...

Paris Van Java Mall, Bandung






Banyak sebenarnya aku nak post about my trips ke Bandung. Cuma masa tak mengizinkan.. kali ni aku try post  sket citer masa aku ke Paris Van Java Mall. Main reason aku kesini sebab nak ke Aras Arum... kedai yang menjual produk aromaterapi dari Bali. Aku ni partime mengurut..  so alang alang aku ke Bandung aku nak beli minyak urut n apa2 aje yang berkaitan dengan aku nyer passion ni. 


Dah pilih barang, jom bayar..

owh no.. jauh beza si comel dan si comei..


Dah beli barang, aku singgah minum kat satu cafe kat dalam mall ni - Warung Talaga ... saja nk cuba  makanan yang pelik tak jumpa kat Malaysia.. tapi kekadang selera kita tak leh nk terima..hahaha..contohnya yang kat bawah ni.. Sakoteng ..minuman tradisional Sunda. Ok actually, tapi terlalu manis ! Dah 2 kali mintak kurangkan manis tapi manis juga pada aku. Dari pengalaman aku lah, kat Bandung ni kalau hot drinks contohnya Jahe (halia), Bandrek (berasaskan halia juga), memang manis gila. Kecuali lah teh tawar.. off course lah tawar kan..abes tu tak kan aku nk minum teh tawar aje kat sana. hehehe... Walaupun kalau kat Bandung yang bestnya cold drinks macam jus Strawberry ..aku kureng gemar la pulak air sejuk2 nih.

Errmmm yang ni kalau tak silap Tahu Gejrot.....sedap gile.

Ini Mi Yamin kot....sedap juga


Tuesday, December 27, 2011

Azam slim lagi

Last week aku update status facebook aku "sesapa nak jumpa aku gemok silakan sekarang.. sebab tahun depan aku dah kurus".. dengan confident aku buat announcement yang cukup berani dan yakin. Ada yang komen "Dah tiga tahun ko cakap camtu" ... ada yang menyambung "Nanti masuk tahun ke empat"..

Arrghh aku tak peduli semua tu ..hehehe... Kat ofis kawan tanya.. amacam.. tinggal baper hari je ni nak masuk tahun baru.... apa jadi dengan azam kurus tu.. Senang je jawapan aku..aku cakap aku kurus tahun depan.. tak bagi exact date pun..hehehe...

Dugaan =  aku baru cuba seminggu makan Nurlizz slimming.. tadi timbang...2 kg naik !.. apa cer ??

Jangan panik.... 2 kg tu dah turun balik..agaknya aku makan nasi banyak sgt masa kat rumah mertua....hehehe...

Thursday, December 15, 2011

M Nasir - Mentera Semerah Padi

Mid Term Exam

Sedar tak sedar, esok aku exam..aku sekarang baru dalam 2nd semester.. This semester aku rasa aku teruk..lambat panas... baru nak terkial2 nak study. Sebelum ni asyik bersuka ria... pergi Bandung lah, pegi Melaka, Perak/Kedah.. amboiiiiiiiii.....tak hengat punya. Pastu baru la rasa pening, nak muntah, nak nangis tengok Mikroekonomi.. selain tu ada 4 lagi subjek lain.

I CAN DO IT.. I CAN .. I CAN..

Friday, December 2, 2011

Ungu-Cinta Dalam Hati

Pisang Keju di Bandung

Pertama kali aku ke Bandung, aku diperkenalkan dengan dessert terkenal - Pisang Keju. Pisang dibakar/goreng dan ditaburi chocolate rice dan keju. Rasanya sedap tapi aku tak boleh nak makan banyak... Setelah dua kali berkunjung ke Bandung, aku mencuba Pisang Keju di beberapa cafe dan restoran, tapi Pisang Keju di Central Factory Outlet yang tersedap bagi aku. Sebabnya, kat situ aje Pisang Kejunya di tambah susu pekat manis. Itu yang sodap tu.. tambah berat badan pun sodap..hehe


Wednesday, November 30, 2011

Pakej Lawatan ke Bandung

Ada sesapa nak pergi Bandung ?

Sila contact sekiranya nak mendapatkan pandangan tentang transportation dan tempat tempat menarik dan restoran yang sedap kat sana...terutamanya buat yang pertama kali mahu berkunjung ke Bandung.





Monday, November 21, 2011

Kampung Daun, Bandung - 2nd trip

Kalau first trip ke Bandung, aku pergi ke Kampung Daun untuk makan malam. Kali ni aku dan yang lainnya menikmati lunch di sana. Pada aku di waktu malam, Kampung Daun memang cantik tapi waktu siang pun still cantik pemandangan dan yang bestnya waktu siang camni rupanya ada banyak gerai-gerai i.e menjual souvenir dan makanan ringan (jajanan) tradisional Indonesia. Persembahan kebudayaan pun ada...

Persembahan kebudayaan

Gerbang pintu masuk ke Kampung Daun

Menarik kan.. kat tempat makan pun ada waterfall

Bersama Humaira..Ayuni's daughter.

Pemandangan menarik di sebelah tempat makan kitorang...

Tangga ke salah satu tempat makan












Pisang keju


Makcik dengan menunya.. menarik kan ...

Jagung bakar yang sedap

smile... untung gak ada cushion leh cover perut


My favourite - karedok


dah kenyang .... 

Pasar Gasibu Bandung

Baru baru ni aku berkunjung ke Bandung buat kali kedua... 1st time September, November pegi lagi !.. Seronok la kat Bandung ni, tambah pulak aku ada hal yang perlu disettlekan.. sambil tu jalan2 la. Kali ni aku dah kurang shopping, beli mana yang betul2 nak aje.. idak lah belasah cam 1st time tu. Oleh sebab aku tak de lagi ke Pasar Gasibu, kali ni aku tak nak lepaskan peluang. Tapi, agak rushing sebab kami lambat sampai di Gasibu.. dah la agak lewat pastu cam nak hujan....jadi ada peniaga yang mula mengemas2 barang niaga sebab nak balik.
Pasar pagi ni hanya ada pada hari Ahad aje.. macam2 ada.. serupalah cam pasar minggu kat Malaysia. Ada orang Malaysia mungkin agak rimas kalau datang kesini, maklumlah ramai orang dan kene berjalan banyak. So, kena extra careful dengan barangan penting ada,,kot2 ada pencopet. Bagi yang suka melihat barang2 yang dijual murah, elok sangat la ya datang sini..



Koleksi Barbie..skali ngan baju n kasut..accessories pun ada


Kuda pun ada !

Nasi uduk ni lebih kurang macam nasi lemak...bak kata Pak Iskandar.

Mee yamin...cam sedap je ni

Teh poci

Mainan budak2.. kene kayuh baru la berpusing
Masakan siput dan pucuk ubi.. layan tengok je la

Sunday, October 30, 2011

Bandung - jalan jalan di Bandung

Antara yang menarik perhatian aku..
Kalau tak silap, ini jalan yang tak jauh dari Kebun Binatang Bandung
Penjaja jalanan ....macet punca rezeki !
Festival Kebudayaan Bandung..
Dimana mana ada dijual teh botol..ini kat sebuah FO

T Shirt bermotifkan Bandung, cantik tersusun ..kedai ni ada di Kartika Sari
T Shirt juga..di jual di tepi jalan.
uhuk uhukkk.....argghhh......gemuk pun gemuk lah.. hahahha..bergambar dengan penjual tapai
Jam/macet punca rezeki..bermain gitar di pintu angkutan..
Beca masih digunakan tapi tak banyak
Pemandangan sebuah kawasan penempatan ...dari atas jambatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...