Tuesday, April 28, 2009
Pengalaman korek telinga
Aku ketagih korek telinga !.. Pantang tengok cotton bud aku akan korek cam tak ingat dunia. Hinggalah husband aku terpaksa sorokkan cotton bud, tak bagi aku korek telinga.
Aku pun tak pasti kenapa aku suka sangat korek telinga. Pada aku korek telinga ni satu aktiviti yang buat aku rasa tenang jer..hehe.. tapi akhirnya lepas tu aku sakit yang teramat sangat !.. Saluran telinga aku akan membengkak dan selalunya bernanah. Nak makan pun tak boleh, sakit tekak dan kekadang sampai sakit satu badan.
Pernah 2-3 doktor yang aku jumpa, terkejut dan bertanya pada aku "APA YANG AWAK DAH BUAT DGN TELINGA AWAK !"...sorang lagi siap cakap, cotton bud patutnya diharamkan....waaaaaaa....
Pernah sekali (awal2 penglibatan aku dalam korek mengorek telinga secara serius) aku pegi ke Klinik Dr Imran (ENT specialist).. cara medicationnya dulu, sumbatkan sejenis material kedlm kedua2 telinga aku yang sakit tu.. akibatnya aku jadi pekak and suara jadi sengau..hahahah... teruk betul, tapi yang herannya aku tak serik juga.
Lepas tu, berulang kali lah aku sakit telinga angkara perbuatan sendiri. Aku ni staf yang jarang sangat MC, tapi kalau sekali aku MC tu maknanya, sakit telingalah tu.
Lastly, aku ke Ampang Puteri..lepas 2-3 kali, entah kenapa, timbul keinsafan ..haha.. Husband pun bagi moral support, sorokkan cotton bud.. tenangkan aku bila datang ketagih aku tu..ish, bila difikirkan sekarang.. rasa teruk betul.
Alhamdulillah, aku sekarang dah tak ketagih korek telinga !
Risiko korek telinga
dipetik dari Utusan Malaysia
SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.
Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.
Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.
Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.
Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.
Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.
Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.
Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax).
Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.
Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.
Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!
Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.
Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.
Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.
Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).
Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.
Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.
Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.
Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.
Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.
Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.
Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.
Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran.
Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.
Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.
Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.
Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).
Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.
Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.
Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala.
Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.
Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.
Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.
Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.
Saturday, April 25, 2009
number 9 dream - pwtc book fair
9 is my favourite number. I have nothing special 'beliefs' in that number, but i just like it. 9 is cute !
Jumaat - 24/4/2009.. tiba2 saja, aku n huda decide utk pergi pesta buku lepas abis keje. Aku nak pegi kejap ajer sebab ada appointment dgn kak sal. Orang tk ramai maybe sebab hari kerja, kalau weekend mesti sesak sendat pwtc. Aku terus mencari buku2 utk anak aku yang 3 orang tu...
sambil tu dok tengok kot ada buku yang menarik,, in fact , memang banyak yg menarik. Cuma yang tak menarik, budget tak menarik ! Ahh,, aku cakap pada huda, kalau lah aku banyak duit, mesti bertroli2 aku beli buku terus bukak satu library.
Masuk booth DBP (satu kemestian)...dan wajib juga aku kat booth DBP ni mencari buku karya Ahmad Patria Abdullah .. dengan harapan ada cetakan semula Saga Artakusiad..dengan hampanya.. tak ada ! Teringat dulu aku & adik aku Ida, dengan awalnya ke booth Dawama DBP sebab nak tunggu Ahmad Patria.. punyalah seronok nak jumpa penulis Saga Artakusiad.. tapi kecewa !
Belek2 terjumpa buku Leo Tolstoy (dah dialih bahasa ke BM).. title - Haji Murat. Novel ini dah lama diterbitkan - 2001..kulit buku pon dah tak berseri. Tapi, sebab minat dgn karya Leo Tolstoy ni, aku beli gak. Novel ni mengisahkan perjuangan bangsa Chechen menentang tentera Russia.. tunggulah aku baca dulu..tak mula pon lagi.
Next, aku masuk booth buku2 berbahasa omputeh.. pening aku tengok banyak sgt buku, igtkan nak ikut Huda cari buku Dan Brown....tetiba.. aku ternampak buku bertajuk 'NUMBER 9 DREAM'...terus aku tanpa berfikir panjang, ambik buku ni terus bayar !..
Monday, April 13, 2009
Sebentar di Kuala Selangor
Kami makan di sebuah restoran (luper lak namanya; bertentangan dgn Mahkamah Syariah..
wow.. terpegun dengan lauk pauk yang ada.. banyak !.. Itu pun sebab awal, ada lagi yang belum siap dimasak.. disebabkan pening tak tau nak pilih lauk yang mana, aku biarkan ayah ajer yang pilih..sedap lah !
Lepas makan terus ke tempat mandi wap.. kat sini ramai rupanya yang dtg mandi wap/sauna tuk tujuan kesihatan/perawatan penyakit..
Dah puasa bersauna, kami pun bersiap nak balik KL.. singgah kejap kat pasar Kuala Selangor..
Belangkas !!>.. first time aku tengok belangkas secara live.. dari kecik lagi aku dok musykil apa rupabentuk belangkas ni. terutamanya lepas aku baca novel kanak2 karya Othman Puteh.. owh.. rupa bentuk belangkas ni mengingatkan aku pada citer ' Battlestar Galactica !'
cantik kan ikan ni
minum cendol sat...
Ini lagi satu benda yang aku dok cari.. buah/biji teratai.. seikat ni RM2.00
Ini pulak baulu... beli kat restoran tadi..
Haaa... ini lak, pulut panggang yang popular kat Pasar Kuala Selangor...
Tak sempat nk ronda lebih lama, hujan pun turun dengan lebatnya...jom balik ke KL !
Saturday, April 11, 2009
RELAY FOR LIFE KL 2009 – 30TH May-31st May 2009
Dari blog rasmi Persatuan Kanser Malaysia. CANCER IS THE NUMBER ONE KILLER DISEASE IN DEVELOPING COUNTRIES. By 2020 it is expected that there would be 15 million new cancer cases worldwide. This means that by 2020; every family will have at least one member suffering from cancer - your parent, your spouse, your sibling or even your child. |
You see, cancer can hit anyone at any age. We don't know who it will strike at and when. But we do know for sure that if we do not take action now to educate ourselves on cancer and to do all we can to eradicate this disease; it may be too late. With our tagline Celebrate. Remember. Fight Back! RFL KL offers every one of us the opportunity to participate in the fight against cancer. - We Celebrate the lives of those who have battled cancer and find solace and inspiration in the strength of the survivors as we continue the fight. - We Remember loved ones who have fallen in their fight, at the Relay we walk side by side with people battling cancer to commiserate and find healing. - We Fight Back! By participating in the Relay we aim to raise the bar on the awareness of cancer and put an end to the disease. Since 1966, National Cancer Society Malaysia (NCSM) has been an active force in advancing the cancer cause in Malaysia. NCSM is the only NGO to offer a holistic range of cancer services in Malaysia at subsidized rates, or in certain cases; at no cost. Our mission is to Educate, Care and Support cancer patients in Malaysia. Through RFL, NCSM will continue to provide such services to the public as such:
We provide programmes to reduce cancer risks, detect cancer early, ensure proper treatment and empower people facing cancer to maintain the highest quality of life. We also facilitate post cancer treatment and support mechanisms. Through our services and campaigns such as Relay for Life we have seen many lives changed for the better. For further details, kindly contact Clare / Elizabeth at Tel: 03-26927705 / 03 - 26987300 or email RFL@cancer.org.my.
|
Friday, April 10, 2009
Thursday, April 2, 2009
gigi
Dalam pada takut.. aku nak wat secepat yang mungkin. Tapi schedule doc penuh. So, 4th June nanti barulah minor operation tu boleh dibuat.....seramnyaaaaaaaaa