Sunday, April 22, 2012

Bandung Apr 2012 - Day 2 - part 1



Tudung ! tudung !
 - Pasar Baru.




Our first morning di Bandung - after breakfast di hotel, terus ke Pasar Baru. This time memang tak mau shopping banyak. Dah siap2 listkan barang yang nak dibeli, so tak ada lah ambil masa lama. Antara barang yang dicari - Inez Compact Powder. Dah guna, rasa selesa dengan bedak tu. Lipstik pun beli..hehehe. Tak lupa, ke lantai 5 beli contact lense. Yang menariknya, dah la harga murah, dapat pulak free gift bulu mata palsu...hahahah...ntah bila la tu aku nak pakai. Pastu beli kain beberapa pasang, cardigan n beberapa brg lain.
Sumpah ! Kitorang tak habiskan semua lauk ni
Sedapnya Ayam Pop..tapi rasa nya lebih kurang ayam percik putih.

Keluar aje dari Pasar Baru dah tengahari, punya lapar perut..tak sabar2 minta Pak Iskandar bawa ke tempat makan. Aku malas nak makan di foodcourt Pasar Baru..leceh la, nanti kena kerumun sampai pening nak mengorder makanan. Mulanya aku nak Pak Is bawa ke Dapurku, tapi aku bertukar fikiran mau ke Simpang Raya. Sebabnya lepas makan terus boleh terus ke factory outlet DSE. 
Lauk di Simpang Raya memang sedap..this time aku suka betul Ayam Pop. Selama ni aku bayangkan ayam pop ni digoreng, rupanya lebih kurang aje ayam percik Kelantan yang berkuah putih.  Punya teruk kitorang, langsung tak makan sayur. Yang mana lauk sayur semuanya asing kat tepi meja siap2 minta waiter angkat terus... biar lapang sket meja tu senang nak makan.
ooooppsss...bakal duta BABE ke nih...??
Selesai makan, kami meneruskan misi bershopping maupun window shopping. DSE murah tapi kena check dulu baju, kot ada yang terkoyak sikit ke.. rugila kan. Pastu kami ke beberapa FO lagi dan juga ke kedai barangan terpakai atau kalau di Indonesia dipanggil barang bekas. Masa trip aku yang pertama dulu, aku dapat beli tote bag Hermes tu...hahahaha.. puas hati beb... tapi this time tak ada apa yang menarik di BABE.
Riau Stok Mall.
BARANG BEKAS = BABE
test test dulu digger sebelum bayar
Inilah Lavie Mainan...tak jauh dari Lavie Baju
With Chandra

Selain bershopping, aku tak lupa dengan Pisang Keju di Central FO. Aku nak Qistina rasa....ternyata sedap aje kan. Tiba2 je aku teringat nak belikan mainan untuk anak aku Izuddin. Terus Pak Iskandar bawa kami ke Lavie Mainan yang tak jauh dari Grande. Rupanya, lokasi Lavie ni dekat je dengan guest house yang popular, Rumah Ebo. Di Lavie, aku belikan Digger mainan. Aku tau kat Malaysia berlambak jual, tapi aku malas nak fikir, beli je kat Bandung ni.. alang2 sesi jadi jutawanis kan... duit keluar cam air pun tak dak hal punya...eksen pulak tu..
Petang tu kami teruskan ke beberapa factory outlets di Jalan Dago dan Jalan Riau. Akhirnya lepas Cascade, kami ke The Stone Cafe untuk makan malam. Sayangnya kami terlupa nak buat reservations, so tak dapat lokasi yang dapat tengok direct live band. Setiap malam minggu, ada live band yang buat performance di Stone Cafe. Tiga kali aku ke Bandung, aku tak miss bermalam minggu di Stone Cafe.
Kali ni kami makan di tingkat atas, so dapat la tengok sikit Bandung di waktu malam. Boleh la kan... aku order Nasi putih with Sup Buntut  Bakar.Qis order nasi goreng...
Masa bersiap ke kereta aku mencari2 couple aku nengok tunggu teksi untuk ke hotel agaknya. Tapi ada teksi tu yang tak nak ambil. Aku plan nak ajak dorang naik kereta skali..Rupanya dorang dah keluar jauh ke jalan besar.
On the way melalui Jalan Dago, aku tengok ramai budak2 muda berkumpul di jalan..di persimpangan traffic light. Pak Is bilang, mereka tu semua student U, kebanyakannya anak2 orang senang..mereka menyanyi ramai2 'Satu ribu aja'... Bila lampu merah, mereka pun menyanyi .. setiap sumbangan satu ribu rupiah yang diberi oleh pemandu2 kereta di sumbangkan pula kepada orang susah... Aku cuba na snap gambar ...tapi tak dapat.

Couple ni Malaysian rasanya, kesian tunggu lama teksi untuk balik ke hotel.
Our dessert.




Wednesday, April 18, 2012

Bandung Apr 2012 - Day 1

Menikmati sushi di LCCT

Wow... dah tiba masa untuk  ke Bandung buat kali tiga... kali ini aku hanya berdua dari KL. Me and Qis. Qistina is much younger than me, customer jamu, akhirnya boleh join sama jalan2. heheh... Di LCCT, I was quite frustrated with the attitude with one of the Air Asia ground staff. Masa tu kami nak self check in di kiosk. Kebetulan that staff ada berdekatan, so aku pun bertanya... "Dik, camna nak scan iterinary ni " ... Aku sangat lah terkejut bila dia menjawab " Kenapa nak buat cara yang susah, yang senang kan ada.. key in je booking no tu!".... HE WAS SO RUDE.... kenapa tak cakap elok2 dan bersopan dengan pelanggan. Kalau kiosk tu ada problem dengan scanning bukanke boleh dia explain to me dengan baik. Tak per, aku pun teruskan .... sampai masa untuk confirmation, sedang2 aku meneliti info kat screen tu, tiba2 aja mamat rude ni boleh mencelah,, TEKAN JE CONFIRM.....pastu dia terus blah... Aku bertambah terkejut dengan sikap mamat ni tadi. Suka hati aku lah kalau aku nak lambat tekan confirm. Aku yang nak fly bukan dia. Dah tentu aku nak make sure semuanya ok sebelum buat confirmation. Kesiannya Mr Tony Fernandez, punya staf yang sangat kurang ajar dan tak tau menghormati pelanggan. Camna nak wat komplen ni ek.,,hehheeh

OK, forget about the stupid AA staff. Tiba masa berangkat....nasib baik cabin crew tak ada yang bodos macam mamat tadi..cis...



Pulau apakah ini...

Air Asia Promo Meals of the month - Padthai

Tiba di Bandara Hussein Sastranegara, aku pun terus beratur untuk urusan imigresen. Sampai giliran aku, Bapak yang bertugas di kaunter dengan senyum gantengnya itu bertanya, kerap ya datang kesini ? Aku yang dok tengok senyuman dia tu jadi terpinga2 dengan soalan dia.. terpaksa la dia ulang soalan, baru lah aku jawab ..ya ini kali ke tiga !!.... Terus dia memberikan paspot aku semula tanpa perlu melakukan proses  macam orang lain.... Apa yang penting kat sini...cara dia melayani dengan senyum....bukan macam Stupid AA staf kat LCCT tadi.....

Kami disambut oleh Chandra, kawan kepada Pak Iskandar. Malam ni, Pak Iskandar tak dapat menjemput aku sebab dia dengan tamu lain dari Malaysia juga. Dari bandara, kami terus dibawa Chandra pergi makan di Restoran Mie Dago. Puas hati aku makan mie dago yang memang sedap.

Nyummy,....
Inilah Qis yang first time ke Bandung
menikmati mie dago dengan senyum..hehe
Bilik superior, Hotel Marciella


Selesai makan, baru lah Chandra bawa kami ke Hotel Marciella. Sebelum ni dikenali sebagai Hotel Marvella. Terletak di Jl Sinargalih. Tak jauh dari Rumah Mode dan Paris Van Java Mall.

Tiba masa untuk rehat - tak sabar menanti hari esok di Bandung Kota Kembang !

Friday, April 13, 2012

Ke Bandung lagi

Hampir seminggu yang agak mencabar di office.. kini tiba masa aku merehatkan diri. Kali ini aku ke Bandung lagi...ramai yang bertanya, kan baru lagi ke Bandung....why not ke destinasi percutian yang lain.. Sebenarnya aku mau melunaskan keinginan aku melawat Kawah Putih. Tempat pelancongan yang agak kurang pelawat dari Malaysia berbanding Tangkuban Perahu.

Flight kul 6.25 petang ni. Sempat lah aku mengemas rumah, masak stok lauk untuk suami dan anak-anak. Rasa sedih nak pergi jalan2 without family bersama. Apakan daya, minat aku dan suami tak sama ! Kedengarannya agak teruk kan ... hehehehe.

Balik dari Bandung nanti InsyaAllah aku akan ceritakan kisah trip kat sana.....

Tuesday, March 27, 2012

The Loaf @ Pavillion

Ekspresi wajah saya yang sangat gumbira dapat dine in kat The Loaf
Hi boss...lepas ni datang sini lagi ya..hehh
Soup yang sangat marvellous
The Loaf Burger
Akhirnya, aku dapat menjejakkan kaki di The Loaf ....sekian lama menyimpan hasrat ke sini.. maklum saja... aku kan admire Tun Dr M.. Siap berangan kalau lah aku dapat minum2 dengan Tun kat sini.. owh.. aku lah orang yang paling bahagia...

My boss, Huda belanja makan... mula tu dia wat surprise .. just cakap, dia nak belanja kat Pavillion... Bila dia bawak je aku n friends ke The Loaf...waaaa seronok betul !... The place was so cosy..cantik sangat !..

Friday, March 23, 2012

22 Mac 2012.... hari rezeki bagiku....syukur results exam 2nd semester masih lagi dengan 3 pointer...walaupun ada penurunan compared to 1st semester.... Aku akui agak kecewa dengan salah satu subjek ...markah agak teruk, but, I have to move on... Kalau dikenang2 pun bukannya boleh di tukar pun markah tu.

Rezeki lain.. aku dinaikkan gred dan dapat ex gratia bonus...alhamdulillah... Sesungguhnya rezeki tu datang tanpa kita sangka.. bila kita terlalu mengharap, tak dapat.. Tapi bila wat 'bodoh' je..dapat pulak yea...syukur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...