Last week, lepas anak2 demam, aku pulak mula tak sihat.. selsema. Gie klinik medipesona, jumpa Dr Syed..alhamdulillah, lepas makan ubat, selsema beransur kurang..
Tapi, lepas tu, rasa sakit pulak pada gigi n gusi aku. Sakit bertambah sampai naik migraine. Lepas tu baru lah aku sedar, gigi geraham bongsu aku bahagian bawah yang pernah tumbuh separuh yang buat aku rasa sakit.
Tadi aku ke klinik pergigian kementerian pertahanan..Aku tau doktor tak de ari ni, but i just wanna check apa yang sebenarnya berlaku n aku plan nak jumpa dentist isnin nanti.
Sesampainya kat klinik, staf yg on duty advise soh dtg ari isnin..tapi lepas dia tengok aku cam sakit sesgt, terus dia kol doc on call. Doc sampai n check aku ; gusi aku dah bengkak n mula ada infection. Dia kate, aku kene amik anti biotics besides pain killer.. bila bengkak dah hilang barulah boleh gie klinik for further checkups... I have to undergo x-rays and nengok klu geraham tu tumbuh senget, definitely kene buang thru minor surgery.. tapi, kalau tk senget pon, gigi tu tak ada fungsi nya, so nak buang terus pun ok juga..
Sekarang ni aku cuba tk amik pain killer, walau sakit, cuba tahan. Mak aku advise jgn bergantung sangat pada pain killer, takut effect pada buah pinggang.. entah lah itu pendapat mak..mungkin ada betulnya.. cam mlm semlm, sakit berdenyut sebelum tido, but i just took B'young functional beverage ...alhamdulillah dpt tido nyenyak.
hmmm,....bwh ni ada satu artikel mengenai wisdom teeth ni...
######################################################3
PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.
Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!
Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.
Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.
Sumber : Berita Harian
Saturday, March 28, 2009
Friday, March 20, 2009
Sungai Klah Hotsprings Park - Sungkai


Memula sampai pegi ke kolam air gunung.... bebudak hepi la.... mandi2 kat sotong gergasi tu !Iqmal sedang berenang santai..
Jgn takut Irfan, tk de crocodile kat sini !
Umi kan ada !

Telur dibawa khas dari KL.. lepas 5 minit - jadilah telur separuh masak.Lepas 2 jam diangkat, telur ni still panas....memang best..
Paling suka yang ini, water reflexology...
Sapa berani nk berendam kat sini...hehe.. aku cuit ngan kaki jer
Izuddin seronok sgt..




Perjalanan balik.....pemandangan ladang kelapa sawit n banjaran Titiwangsa
Singgah di Warung Cendol Pak Man..waaaaa..nengok ada gambar Mawi n Dr Fazley dgn Pak Man..apa2 pun, cendol kat sini mmg sedap n ada pilihan, nak cendol biasa or bersama pulut, jagung atau kacang.Lepas tu, meneruskan perjalanan ke KL, sampai umah....
Wednesday, March 18, 2009
Wednesday, March 11, 2009
Sau Kuan part ii
ternyata sau kuan maintain tukang jahit paling sesuai jahit baju aku.. last weekend aku baru teringat yg aku tk tempah lagi baju - adik aku - yusri nak kawin nih !!..
Nak tk nak, terpaksa lah panjat tangga pasar bentong tu.. ish aku cukup tk suka naik tangga tu.. aku agak sumer org bentong mesti tau kenapa.
Kali ni, sau kuan terpaksa amik ukuran badan aku... yg terbaru !!.. Ukuran lama tk sesuai dah..huhu.. tau2 je lah kenapa..
Nak tk nak, terpaksa lah panjat tangga pasar bentong tu.. ish aku cukup tk suka naik tangga tu.. aku agak sumer org bentong mesti tau kenapa.
Kali ni, sau kuan terpaksa amik ukuran badan aku... yg terbaru !!.. Ukuran lama tk sesuai dah..huhu.. tau2 je lah kenapa..
Saturday, March 7, 2009
Tukang jahit ku - sau kuan
ini lah sau kuan.. tukang jahit aku.. dari zaman anak dara.. dari zaman kurus sekeping, hinggalah dotdotdot...walaupun dh keje kat KL, aku sanggup balik Bentong tempah baju ngan dia...antara sebabnya dia cukup prihatin dgn 'penambahan' saiz n ukuran badan aku..hehehe.. but now, dah lame tk tempah jahit ngan dia.. aku mula beralih menempah baju ngan tailor lain...Kak Hasnah..
Thursday, March 5, 2009
singgah masjid negara






KL banjir 3/3/09...awal petang tu mmg hujan lebat giler. Dari meja aku, tengok luar tingkap sebelum hujan turun,, gelap sgt.. bak citer Independence Day. Seterusnya.. turunlah hujan yg paling lebat aku rase dlm tahun 2009 setakat nih..
Tapi kitorang yg tgh bz keje nih manalah sedar sgt apa yg jadi kt luar..
Tau2 je .. masa kuar dr opis kul 7.00 pm ngan kak salmah, barulah sedar.. jalan jam dengan teruknya. Melihatkan jalan yg teruk, aku suggest kat kak salmah tuk singgah solat maghrib di Masjid Negara...tu pun, tk sempat solat jemaah..
Subscribe to:
Posts (Atom)

