Monday, October 1, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 4

14 September 2012 - naik tren ke Bandung !



Yes..dah sampai ke Stasiun Gambir. Ramai penumpang tunggu tren untuk ke destinasi masing2. Ada yang nak ke Surabaya, Semarang dan sebagainya. Ini di tingkat 1... sangat luas dan selesa. Sepatutnya kitorang dok je kat sini dulu..sebab ada masa lagi dekat sejam. Tapi kan.. aku tak sabar ..heheh...naik tingkat 2 tempat boarding...hmmm.... ramai orang tempat duduk tak cukup... berdiri dulu la ... dah lama tu baru dapat duduk




Pemandangan kota Jakarta


di sebelah sana tak de orang pun

Sempat jugak aku tengok keretapi melintas dengan ramai lelaki dok atas bumbung....waahhh.... first time tengok live.. Tak sempat aku nak snap...menurut info yang boleh dipercayai, ramai juga yang mati terjatuh dari keretapi.. Berani sungguh dorang bertarung nyawa.


cantik kan pemandangan dari sini..itu lah Monas
hihihi...dah dapat naik keretapi
adik aku ni pun sibuk nak posing
Nak buat reflexology dalam tren pun boleh
Keadaan dalam gerabak, ok... maybe sebab ambil tiket executive coach. Tapi idaklah executive sangat.. yang penting selesa. Dalam coach, ada service ala2 Air Asia..

Coach executive yang kitorang naik tak penuh pun.. so aku pindah ke seat belakang sebab Ida pun nak dok kat tepi tingkap. Keretapi mula bergerak meninggalkan Stesen Gambir atau Stasiun Gambir... menempuh beberapa lagi stesen di dalam Jakarta .... sekali lagi aku berpeluang tengok bumbung keretapi yang penuh dengan penumpang berani mati.... di kota Jakarta ada kawasan rumah yang terlalu dekat dengan landasan ...bersebelahan je.. .. tapi aku tak snap pun gambar.. maklum ler, charger kamera aku tertinggal kat rumah.. 

Agak lama juga keretapi keluar dari kawasan Jakarta, maklumlah Jakarta luas...ntah berapa kali ganda dari Kuala Lumpur.... Mula melewati pekan2 kecil, stesen2 kecil... ada gak lalu kawasan perkuburan.. kelihatan sangatlah pelik dan menyeramkan... (hahahha...lebih2 la pulak)


Mata mula mengantuk, tapi aku tak nak lepaskan peluang menyaksikan pemandangan indah bumi Indonesia... lain kali belum tentu aku berpeluang naik tren Jakarta-Bandung lagi.
Indah kan ?

Petani sedang bekerja...


Pemandangan2 indah di atas mengakhiri penceritaan perjalanan keretapi Argo.... Jakarta ke Bandung.

Saturday, September 29, 2012

Ratu Mirifica Plus



Kawan2 blogger dan pembaca sekalian.. today saya nak introduce adik kepada Jamu Ratu Dara yang begitu hot selama ni - jamu jualan online terlaris keluaran Beauty Garden Worldwide. Ratu Mirifica Plus baru sahaja muncul di pasaran dan harap jangan ketinggalan untuk merasai kehebatan penangannya...

Kepada yang berminat nak dapatkan produk boleh hubungi saya sms ke no 0192257239. Atau ada apa2 pertanyaan boleh email nurleeta[at]yahoo.com. Atau boleh je tinggal mesej di ruangan komen ya. 

Berbalik kepada produk hebat ini - ianya mengandungi ekstrak herba semulajadi yang dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita, insyaAllah. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh. Ratu Mirifica mengandungi agen anti-penuaan yang dapat mengurangkan kedutan kepada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Herba Puearia Mirifica juga dapat menyokong kolagen yang memberikan bentuk payudara yang cantik dan anjal secara semulajadi. Herba ini sangat berguna bagi golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, disamping kelihatan menarik dan lebih muda dari usia sebenar.

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 3

Jumaat 14th Sept 2012

Alhamdulillah, dapat tidur yang lena... lepas dinner mlmnya telan ubat sakit kepala yg aku beli kat Thamrin City.. macam tido mati. So, pagi dah fresh. Breakfast di hotel yang simple, still ada choices. Lepas tu terus checkout ..... tak sabar2 nak naik keretapi. Turun ke bawah, terus ada bajai ... haaaa....... tak pikir panjang dah.... Tambah murah giler tu.


Driver bajai sibuk letak beg, aku sibuk posing. Bahan bukti ni.
Sebelum naik, posing cun.


Atas bajai, kepala kena tahan beg. hehehehe..
Best naik bajai ni.. sebab driver dia akan masuk jalan2 kecik or shortcuts.. dapat gak tengok keadaan Jakarta.. dengan ada pasar pagi orang berjualan sayur. Rumah dan kedai rapat2... suasana agak sibuk maklumlah pagi.

Mula memasuki lorong shortcuts

Aku rasa mamat ni jual tapai lahhh
Sibuknya dengan penjual dan pelanggan berurusniaga..nak turun tak boleh..huhu
Kembali ke jalan besar
aku tak pasti apa motif utama gambar ni
Pengalaman naik bajai pastinya tak dapat aku lupakan. Di Malaysia mana ada transport macam ni. Asyik naik lrt je bosan jugak.. tak de kelainan....  Owh ya.. alhamdulilah la driver bajai ni membantu masukkan beg, sebb bila sampai di depan Stasiun Gambir, aku tengok tourist omputeh terkial2 nak masukkan backpack ke dlm bajai. Driver buat tk tau je..hihihi....
.

Sunday, September 23, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 2

Building yang sempat snap kat Jakarta
Bas yang kami naiki turut mengambil penumpang di Terminal 1 dan 2, kemudian terus membawa kami ke Stasiun Gambir (stesen keretapi). Dalam perjalanan kat hiway aku terlena, bila dah masuk kota Jakarta baru lah tersedar. Sebelum sampai ke Gambir, bas menurunkan penumpang di Tanah Abang dan beberapa perhentian lain. Dah sampai Gambir, ramai pulak yang menawarkan servis bawak luggage.. tak taulah berapa rupiah dorang charge. Tanpa membuang masa terus cari kaunter tiket ke Bandung.
beraturrrr
Mulanya legalah sebb dah jumpa kaunter, rupanya kene gie kaunter lain.. sebab ini kaunter belian tiket untuk hari INI sahaja. Kalau nak beli tiket in advance date, kene ke kaunter lain.. jauh pulak tu, bukannya sebelah2 je.. huhu.....

Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket. Sampai terlupa nak snap gambar. Kalau nak beli tiket in advance, kena isi borang baru lah beratur. Punyalah lama kat sini.. tak dapat bayangkan kalau musim beli tiket untuk lebaran.Owh..no wonder lah lama.. orang ramai tu satu hal, pastu dorang ni beli tiket untuk 5-6 orang.. untuk famili kot.. aduhhh... Nama dan no KTP atau paspor mesti lah dipastikan betul ya.. kalau tidak, tak dapat naik keretapi.
Sambil tunggu giliran beli tiket, mata terpandang satu restoran fastfood - CFC. Haus tak leh cakap la.. Kepala pun dah mula pening, sebab tak cukup tidur. Ni kalau dibiarkan harus jadi migrain nih.. Hancur musnah la trip kalau migrain..Konon nak minum je, alih2 makan jugak seketul sorang fried chicken. Sedap gak nih. Air aku minum strawberry shake..sedap.
Lepas tu terus cari teksi, dalam kawasan stesen tu ada banyak teksi. Aku dgn Ida dah mula letih, malas nak fikir nak cari Bluebird taxi ke apa. Bila dah agree dengan tambang, siap dah duduk dalam teksi, barulah aku cuit2 ida.. 'eh...ini bluebird ke ?..Ida jawab ntah... tak payah pikirlah Long.. naik je.. huhu...
Menuju ke Thamrin City (lokasi hotel Amaris Thamrin), baru aku perasan, Gambir ni bersebelahan je dengan kawasan tugu MONAS. Terus teringat lagu masa skolah2 dulu - Hetty Koes Endang - berdiri bulu romaku -
Hey  Berdiri  mak  Bulu  romaku  2x
Bila  kudengar  janji-janjinya
Katanya  cintanya  seteguh  tugu  monas

Roundabout di Jakarta ni besar2... dan pasti ada patung di setiap roundabout... patung pun besar....... Tak jauh pun Thamrin City dari Gambir. Turun dari teksi, terus check in hotel. Konsep Amaris hotel ni, minimalis. Reception counter tu tersangatlah simple..... dalam bilik ok lah..... Kami idaknya buang masa berlama2 kat bilik.. nak kejar masa,,maklumlah tiket ke Bandung awal pagi esoknya.. so, hari ni jelah nak tengok2 apa yang patut di Thamrin ni. Asalnya plan kami nak ke Tanah Abang gak, dan bertolak petang esok ke Bandung..tapi memandangkan kepala cam bertambah je sakit.. terus beli tiket keretapi pagi.

Ok.... sambung cerita, turun dari bilik hotel terus ke tempat shopping.. menarik jugak kat Thamrin ni. Ada skirt dan blouse yang cantik. Aku memang dah berkenan, tapi tak nak beli lagi..nak tengok2 yang lain dulu.. Suasana dalam ni tak sesibuk Pasar Baru Bandung.... aku beli tudung.. banyak gak ingat nak jual ... pastu cari telekung pesanan mak. Kali ni ada berapa pasang mak kirim. 

Lunch, kami makan kat Restoran D'Cost. Mungkin sebab lapar, semua lauk yang kitorang pesan rasa sedap sungguh... Tomyam pun sedap. Aku paling suka Cumi goreng telur masin..Ikan gurame bakar pun lazat. Memang sedap lah ....  Lepas makan sambung shopping ...pusing2 last2 tak jumpa balik arah ke hotel. Padahal dalam building sama aje. Tanya2 orang yang berniaga kat situ, ada yang tak tau Amaris tu kat mana.... Last2 bila dah jumpa arah hotel, nak cari baliklah kedai yang jual skirt yang aku suka tu..alangkah frustnya kedai tu dah tutupppp ..huwaaaa....Moral of the story, kalau dah jumpa yang berkenan, terus je beli, hokayy...

Malam tu kami dinner di Warung Tekko. It's not a stall actually,.. the restaurant located in the same building juga.. Aku teringin nak gi sini sebab ada kawan cakap ini restoran favourite dia di Jakarta.
sempat gak bergambar dalam sakit kepala tu
muka penat
Iga bakar
Sate..
Errmm..pada aku makanan di Tekko ni biasa2 aja...tak apalah, kalau tak singgah, lain kali aku dok teringat. Dalam hati dok teringat makanan kat Bandung...tak sabar betul ..

Thursday, September 20, 2012

Trip Jakarta/Bandung Sept 2012 - part 1

Aku baru balik dari Jakarta Isnin pagi lepas. 1st time aku menjejakkan kaki ke this mega city called Jakarta. Trip sebelum2 ni, ambil flight direct ke Bandung. Although being told by my sister n friends that nothing much that you can do in Jakarta, aku nak juga pegi. At least dapat pegi sekali pun jadi lah. Still aku dapat new travel experience there..

Flight ke Jakarta - Khamis 13th Sept 2012 jam 7 pagi. Hari sebelumnya ada jamuan raya kat ofis. Agaknya aku makan banyak sangat, so perut agak kurang tenteram pada malamnya.. rasa senak semacam. Aku tak boleh nak tidur, padahal kena bangun awal pagi untuk ke KL Sentral. Berjaya tidur ala2 ayam, aku dan Ida naik bas di KL Sentral jam 4 pagi. Husband masing2 tak dpt nak hantar ke LCCT.. maklum ler anak kene tinggal jap kat rumah..huhu....

LCCT awal2 pagi meriah sungguh.. ada yang still tidur di lantai2 dan kerusi.. tunggu flight la tu. So sesapa yang flight awal pagi, better buat web check in.. tak lah kelam kabut. Lepas je solat subuh, kami terus standby tunggu dipanggil.
Lebih kurang jam 6.30 passenger flight ke Jakarta dah dipanggil..wah.. lega sebb tak delay.... sedang elok je kami nak ke aircraft, tiba2 disuruh stop dulu, dah berdiri dalam 5 minit, staf tu mintak kitorang balik semula ketempat menunggu.. apahal lak ni.. adoyai.... Dekat kul 7 kami nampak kelibat sorang VIP.. haaaaa.. ntah2 sebab dia ni sampai lambat, flight delay. Yes, the flight delayed for about 1 hour... seb baik ada steward comel. Ada jugak pengubat jiwa..hihihihi.
Aku tak dapat la amik gambar steward yang hensem tu, jadi aku letak gambar nasi lemak Pak Naser ni pun ok lah.. Ini pun pengubat jiwa gak, sebab sedap. Alhamdulillah, kami pre-booked meals ni, kalau idak mau lapar dalam flight. Delay ni buat ramai orang jadi lapar, dan rasanya hampir semua passenger makan. Ada yang tak dapat makan, sebab tak book online awal2 n semuanya dah  habis. Beli biskut2 je la yea.. hihi.
Hampir mendarat di Soekarno Hatta

Sampai di Soekarno Hatta International Airport, the VIP naik transport khas ke terminal. Ewah2.. dia sampai lambat, pastu senang2 je dia ek.. hish. Kami semua ni naik la bas bersendat2 ke Terminal 3. Tulah, sapa suruh tak jadi VIP.. 

Turun kat Terminal 3, aku jadi terpana kejap. Macam kena langgar garuda la pulak .. orang tk ramai kat Immigration checkpoint. Aku dipahamkan kemudiannya, Terminal 3 ni masih baru.. khas untuk low cost carrier.. ala2 LCCT. Tapi, ok la, tak la tunggu lama beratur.

 Keluar dari Terminal, kami terus cari Bas Damri. Tak susah .. dari main door, terus kekiri. Kaunter Bas Damri ada kat situ.. antara destinasinya, Mangga Dua, Tanah Abang dan Gambir...
Ibu Noli mau naik bis ke Gambir - aku la ni..
Masa tunggu bas, sempat gak kenal2 dengan sorang kakak ni, asal Indonesia tapi dah kawin dengan Malaysian. Nak amik stok bisnes katanya... kat Tanah Abang. Sampai atas bas la aku dok borak2 n tanya macam2 kat dia.
Awas, ini bukan Bis Damri

Dalam bis ada dijual koran... aku beli satu ....
Menuju kota Jakarta

Tunggu sambungan cerita trip ni yea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...