Wednesday, September 12, 2012

Bawak pistol ke kenduri

ish... sibuk dengan pistol dia
Dah dilarang, dipujuk, dia nak bawak gak pistol ke dewan MBSA Shah Alam.. majlis kenduri kawen yang kami pergi Sabtu lepas..

Results dah keluar

Alhamdulillah.. results exam lepas dah keluar..ada peningkatan dari semester yang lepas2. Aku harap dapat tingkatkan lagi ... terus score lebih baik.

Dengan ini, aku berlapang dada dapatlah berangkat ke Jakarta pagi2 esok... pastu biasalah akan ke Bandung juga. .


Tuesday, September 11, 2012

Sumpahan Bandung - edisi khas..ngeh99x

1st time ke Rumah Mode - Sept 2011

Aku kira ini akibatnya mengata orang..last2 kene batang hidung sendiri. Sebelum ku kenali Bandung, aku dok mengutuk adik aku Ida yang suka sangat ke kota kembang ni. Aku siap suruh dia tukar kewarganegaraan sebb kerap ke Indonesia. Sekarang, apa dah jadi.. minggu depan aku akan ke Bandung lagi buat kali keempat dalam masa setahun .
suka dengan gambar ni.. anak Yati (kawan Ida)
Dalam bilik hotel Grand Serela - Sept 2011


Masa first trip ni, aku stay kat Hotel Grand Serela, Jalan Riau. Tak pernah post kat blog ni pun. Hotel ni ok la, breakfast nya sedap dan banyak pilihan. Yang penting dekat dengan factory outlets Jalan Riau.. dekat2 pun bukannya jalan kaki.. malasss.... guna servis Pak Iskandar gak lah.
ewah ewah.. masa b'fast sempat lagi posing..hehe
Kuih tradisional di Grand Serela..dah lupa rasanya
Pemandangan dari luar Hotel Grand Serela
Buat yang mahukan hotel yang selesa, pilihan breakfast yang banyak dan lokasi dekat dengan tempat shopping, Grand Serela ok dan sesuai. Utk trip bajet sederhana molek sangat.

Trip ke Bandung kali ke 2 dan ke 3, aku stay kat Hotel Marciella ..dulu namanya Hotel Marvella.. ini bajet hotel tapi bersih dan selesa. Trip Bandung ni, tak de nyer nak berlama2 kat bilik, keluar pagi balik malam..


nanti aku sambung lagi lah pasal apa2 lagi yang aku nk citer ek...

Monday, September 10, 2012

Suasana Gangnam Raya


Hampir sejuta tonton video Suasana Gangnam Raya (setakat 1/9/2012)

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Video Suasana Gangnam Raya yang mempamerkan keakraban keluarga Anak Cucu Tok Haroon (ACTH) menarikan tarian Gangnam Style kini sudah ditonton sehingga 990,000 kali di laman sesawang, YouTube.
Salah seorang ahli keluarga itu, Rohiman Haroon, 51, berkata, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut mampu mencecah angka tontonan yang tinggi memandangkan ia dibuat hanya untuk berseronok sahaja.
Menurutnya, idea tersebut datang setelah salah seorang anak saudaranya menyatakan hasrat untuk merakamkan aksi mereka sekeluarga sebagai kenang-kenangan.
"Pemilihan lagu dipilih secara spontan. Malah, saya sendiri ketika rakaman itu dilakukan baru pertama kali menyaksikan video lagu korea tersebut.
"Keluarga kami memang erat dan itu menambah kemanisan pada video tersebut yang menarik hati ramai orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Video berdurasi selama empat minit itu menjadi fenomena setelah mendapat tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Tambah Rohiman, rakaman itu dibuat di sebuah banglo yang disewa di Bukit Beruntung, Shah Alam sebagai lokasi merewang mereka sekeluarga pada malam raya dan hari raya pertama lalu.
"Sepatutnya seramai 80 anggota berkumpul tetapi hanya 60 yang dapat hadir terdiri daripada empat generasi iaitu ibu saya, adik-beradik, sepupu sehingga cucu.
"Banyak aktiviti yang kami lakukan terutamanya membakar lemang, membuat ketupat dan pelbagai lagi persiapan lazim menjelang hari raya," katanya.
Sambil menyifatkan keluarga moden sekarang kurang mengambil berat terhadap saudara mara, katanya, dia berharap video itu mampu menjadi dorongan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan.
"Kami berharap video itu bukan sekadar tontonan sahaja, sebaliknya dapat memberikan nilai tambah dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, keluarga ACTH juga akan menambah lagi koleksi video keluarga mereka di YouTube pada masa akan datang berikutan sambutan luar jangkaan yang diterima.

- dari arkib Utusan Malaysia


Aku enjoy tengok video klip family ni... sporting sungguh ! ..walaupun ada komen negatif di You Tube, itu tidak menghalang aku untuk tontong berulang kali. 

Sunday, September 9, 2012

Jom, Chow Kit !


Pasar Chow Kit, pasar basah di tengah kota Kuala Lumpur.. mula dibuka pada tahun 1955. Kalau dulunya memang menjadi tumpuan utama warga kota mencari barang basah.. beransur2 kurang mendapat perhatian orang ramai.. aku kira dengan bermulanya kemunculan pasar2 basah lain di Lembah Kelang i.e pasar borong Selayang etc. Kemudian dengan kebanjiran ramainya warga asing di kawasan sekitar.. warga asing ni siap jadi peniaga lagi..maklum sajalah, Chow Kit kan mini jakarta !..  Bila pasaraya2 Giant, Carrefour muncul, semakin kuat Chow Kit dilupakan...

Apa2 pun yang berlaku, Chow Kit masih lagi mendapat tempat segelintir warga kota... Sekali sekala husband aku still gie Chow Kit...tapi aku memang tak ikutlah sebab masalah parking.. Situkan kawasan sesak, jadi kalau terpaksa ke Chow Kit, memang husband akan pergi sorang je.

Bulan puasa lepas, dapat gak ikut husband ke sini.... kalau orang dah biasa ke Giant, Tesco bagai,, memang tak suka lah datang beli barang ikan kat sini.. keadaan lantai nya berair... sempit..dan sebagainya... tapi aku tak kisah la sekali skala kan.. dapat amik2 gambar kat sini...

dari luar pasar..owh...ada balai polis rupanya kat sebelah pasar
kaki lembu..
ayammmmm banyakkkk
ayam sikittt
suasana urusan jual beli
ini namanya Ikan Keli, puan-puan...
Keadaan lantai di Chow Kit..biasalah tuuu
sotong katak
Aku beli sotong katak ni.. tak pernah masak pun.... bukan senang nak dpt peluang datang ke Chow Kit kan... apa lagi...

Saturday, September 8, 2012

Pemanggang ajaib

Seronoknya masa bulan puasa lepas akhirnya dapat la aku mula guna pemanggang ajaib. Order dalam 2 minggu juga baru dapat... seronoknya.... macam2 boleh dimasak dengan pemanggang ajaib..  Aku heran juga apa yang ajaibnya.. ingatkan bakar ikan dapat roasted lamb ke, bakar ayam kampung keluar ayam belanda..hahah.
Ini aku buat telur dadar ...ajaib sungguh atas tu jadi cam kepala pulak..hehehehe.....


Husband aku cukup suka aku bakar ikan.. selalunya ikan keli, ikan pari etc. Yang ni, aku masak ikan talapia guna aluminium foil.. sedap sey.. tu yang husband ketagihan asyik soh aku masak ikan bakar je sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...