Thursday, May 3, 2012

Bandung Apr 2012-Day 4-Saung Gawir


Sebelum meninggalkan bumi Ciwidey, kami lunch di Saung Gawir as suggested by Pak Iskandar. Restoran ini terletak di kaki Gunung Patuha, dibina bersebelahan kebun strawberi dan kelihatan juga sawah padi. Pelanggan Saung Gawir boleh memetik buah strawberi, tapi bukan free ya hehehe..Kami menikmati makan tengahari bertemankan pemandangan indah pergunungan Ciwidey yang sangat mengasyikkan. Kami order makanan ringkas2 aje..tapi paling best Ikan Gurame Spesial Cirambay... Ikan gurame bakar ini disirami sos asam manis berhias buah strawberi. Inilah ikan gurame paling sedap yang pernah aku makan di Bandung....
Lauk tak banyak tapi sedappp
Aduhh.....ikan gurame paling enakkk....
dua jenis sambal
Waiter yang sangat bersopan santun
'Jiran' sebelah yang sangat lah ramah...
Indahnya ciptaan Allah swt
Asyik sungguh makan di Saung Gawir.. dah la tinggal tulang gurame tu aku kerjakan... pastu nak balik pun rasa malas sebab tak puas dengan pemandangan indah Ciwidey. 
Dengan hati yang berat, kami pun melangkah keluar dari Saung Gawir.... oopss ada kedai jual souvenir n jajanan.. aku sempat gak beli strawberi kering untuk anak2 aku. Terharu sungguh tengok kanak2 perempuan ni.. balik dari sekolah terus bantu mak ayah dia menjaga kedai.. pastu jaga adik skali.. 
Bye ciwidey..


Tuesday, May 1, 2012

Bandung Apr 2012 - Day 4 - Part 3 - Situ Patengan, Ciwidey

Satu lagi destinasi di Ciwidey yang aku nak sangat pergi - Situ Patengan atau Situ Patenggang.Perjalanan dari Kawah Putih menuju ke Situ Patengan amat cantik dan menenangkan fikiran... Terasa indahnya alam ciptaan Allah swt...  Luasnya ladang teh, terasa macam kat Cameron Highlands...Situ bermaksud tasik dalam bahasa Sunda, Patengan pulak maksudnya Pencarian..Seperti ramai yang sudah tahu..terdapat lagenda di sebalik tasik ini. mengisahkan tentang cinta sepasang kekasih yang lama terpisah .. mereka akhirnya bertemu kembali di satu tempat bernama Batu Cinta.. sang lelaki telah membina sebuah tasik atas permintaan kekasihnya...dan juga sebuah perahu untuk berlayar bersama. Perahu itu kini menjadi sebuah pulau berbentuk hati di tasik ini. ... Pulau Asmara dimana letaknya Batu Cinta..Alkisahnya jika pasangan kekasih pergi ke Batu Cinta, cinta mereka akan berkekalan selamanya.. Ada juga yang mengatakan, sesiapa yang mengelilingi Pulau Asmara ini pasti akan menemui cinta sejati........

saujana mata memandang
Cantik..Situ Patengan dari jauh....
Cantik dan romantik suasana




Posing aku depan kedai buah ni menamatkan penceritaan aku di Situ Patengan. Pada aku, tasik ni kelihatan sangat indah dan cantik dari kejauhan... bila dah sampai dekat... agak biasa2 aje.. bak kata sorang blogger dalam komennya - looks like Tasik Taiping...  kedai2 yang ada agak usang dan lama.... apa kata kalau pihak kerajaan Indonesia mengambil langkah memperindahkan persekitaran tasik Situ Patengan ni..maklumlah tempat tumpuan pelancong.... 

Owh ya... aku pun heran la apsal aku ni dok kepit beg masa posing..hampir semua gambar camtu !...Ini mesti kes terlalu berhati2 masa shopping sampai terbawak semua tempat.....hancus.

Bandung Apr 2012 - Day 4 - Part 2 - Kawah Putih

Sejurus je Pak Iskandar sampai hotel, kami terus bertolak ke Kawah Putih. Pada awalnya, lancar..sebab keluar saja dari kota Bandung, kami melalui highway....terussss..... keluar je dari tol Kopo, jalan mula macet. Di kawasan Kopo terlalu sesak, jalan sempit, kenderaan banyak.

Suasana damai mula beransur terasa bila kenderaan yang kami naiki melepasi Soreang... kereta kuda makin banyak kelihatan... kemudian Ciwidey.... dikelilingi kebun strawberi, sawah padi..

Ciwidey... if not mistaken di kemuncak itulah Gunung Patuha.. lokasi Kawah Putih
Suasana desa Ciwidey
Belum sampai kawah putih lagi, buk
Kami mengambil keputusan untuk tidak menaiki kenderaan yang disediakan sebaliknya terus dengan kereta Pak Iskandar. Nampak adventure, kiri kanan tak de pintu,  tak nak lah aku... lagipun orang tak ramai sebb hari isnin, so tak mau buang masa menunggu2 penumpang lain. So, tanpa membuang masa, kami teruskan perjalanan ke kemuncak Gunung Patuha.
Kaunter tiket..

Kami  melepasi kaunter tiket dan meneruskan perjalanan mendaki Gunung Patuha. Teringin aku nak berhenti di tepi jalan untuk snap gambar, tapi disebabkan jalan yang sempit aku terpaksa lupakan....
Yeah...dah sampai akhirnya.... memang tak ramai orang sebab hari Isnin... disini tak ada penjual yang kerumun macam di Tangkuban Perahu.. yang ada cuma menjual mask.. aku beli la gak sebab lupa nak beli di farmasi...
Jauh betul perjalanan nak tengok kawah yang satu ni..
Baca riwayat sejarah kawah putih la pulak.. kawah putihnya MANA ??
Ni anak kawah putih kot..
Dah mula kelihatan....
menuruni tangga
Finally... Kawah Putih .. aku dah sampai !
Awas.. jangan ada pulak yang suka2 nak main2 air kawah putih... Aku teringin gak nak cuit2... tapi dorang kata takut gatal n keradangan..sebb airnya bersulfur. Masa ni bau sulfurnya tak kuat sangat...tak pakai pun mask yang dibeli tadi...
Charlie Angels..
Ini dia driver, cameraman, body guard kami..... Hi Pak Iskandar !
Goa Belanda... tak bleh berlama kat depan gua ni.. bau sulfur kuat..
Pre wedding shooting...
Rasa macam mimpi pulak aku datang sini..tapi kan.. aku punya expectations tentang Kawah Putih ni lebih tinggi.. aku mengharapkan pemandangan yang lebih dramatik....... dan menarik....  Apa2 pun aku tetap happy dapat sampai ke sini.
Sangat cantik...
Melangkah kaki meninggalkan kawasan Kawah
Hasil bertani...kobis...
Selamat tinggal Gunung Patuha !
..................meninggalkan Kawah Putih dan Gunung Patuha... mencari2 Situ Patenggang pula !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...