Sunday, August 15, 2010

Medan Selera Mara

Siang tadi aku, Abang, Irfan n Izuddin keluar ke Jln Tar. Biasanya suami aku ni memang tak ingin pegi area tu..especially di bulan puasa ni. Alhamdulillah, dia setuju nk pegi, salah satu sebabnya kena belikan baju melayu utk Irfan n Izuddin. Tak larat aku kalau aku sorang je bawak budak2. Lasak !.. ish, tak berani ambil risiko.

Kami parking kat Pertama..bila ternampak je bangunan yang tgh dlm pembinaan - sebelah Bangunan Medan Mara...teringat lah aku kenangan lama di bulan puasa.. di Medan Selera Mara.. yang dah tak wujud skrg.. medan selera dan bangunan Mara lama diruntuhkan maka itu lah skrg building yg dlm construction tu.. (ada orang leh paham tak.. berbelit pulak aku tulis ni..hehe)...

Dulu itulah tempat 'melepak' student NCC, LCCI, ICSA yang study kat bangunan Mara tu..
Bestnya.. aku igt lagi antara makanan popular yang aku suka masa tu.. Nasi Beringin, Sate n tauhu bakar.. Paling mahal sekali - Ashik the roller blade waiter.. kalau anda pernah terlibat dgn aktiviti melepak kat situ..mesti tau. Atau Ashik the roller blade waiter tu tunggang terbalik maksudnya..haha.

Bulan puasa kat situ jgn cakaplah.. mesti ramai sgt orang nk berbuka. Book meja dari awal lagi..dok kat situ..so aku pun biasalah ,satu hari tu berbuka kat situ.. dekat kul 7, makanan dah siap beli terhidang kat meja.. suddenly..mini ribut melanda.. angin kuat, jadi keadaan menjadi agak kelam kabut.. orang sibuk membetulkan kedudukan so tak lah tekena hujan nnti.. Aku pun tak ketinggalan kelam kabut, sehingga aku terminum air yang kat atas meja tu.. aku tak pasti lah ada tak orang perasan, cuma yang surenya.. aku takkan lupakan kenangan ini sampai bila2.

Thursday, August 12, 2010

LRT di bulan ramadhan..

Bulan puasa ni, i decided not to drive to office. Bimbang akan kesesakan jalan raya.. sesak dalam LRT tak apa. Janji LRT tak 'pancit'.

Namun, bukan semuanya running smoothly dalam LRT, walau itu lah yang aku inginkan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Semalam, berlaku peristiwa yang paling aku tak suka.. dihimpit lelaki dalam tren. Mulanya ok dari Setiawangsa.. tak lama lepas tu aku rasa ada orang menghimpit rapat kat belakang. Aku tak boleh nak buat apa, sebab terlalu sendat dgn orang.. Aku pulak tak pakai high heels hari tu.. kalau tidak, aku memang nk hentak kaki dia dgn heels aku ni.. heeee...dalam hati Allah saja yang tau. Geramnya.. cepat lah LRT oi.. rasa aku nak campak je lelaki tu ke Sungai Gombak.

Bila dah sampai KLCC, aku cepat2 beralih tempat sebab masa tu ramai orang keluar.. tapi lelaki tu memang kurang asam. Dia ikut aku sama.. ceh.. aku terus beralih ke tempat lain lagi.. kali ni dia tak ikut dah..

Petang tadi pulak, aku geram dgn gelagat orang yang duduk di tempat khas ibu mengandung atau for disabled. Selamba saja budak pompuan muda, berborak sakan, tak peduli langsung perempuan mengandung yg berdiri.. Aku terpaksa kejutkan sorang lelaki yang tido..huhu... sebab dia paling dekat.. tapi aku mintak maaf kat dia, maklum lah dia tengah tido. Dia terus bangun dan bagi tempat duduk nya pada perempuan mengandung tadi.

Budak perempuan dua orang tu, macam tak ada perasaan.. buat tak tau aje.. heee.. nantilah bila dia mengandung nanti...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut bulan kemuliaan Ramadhan !.. mOga ibadah puasa dan ibadah kita yang lainnya diterima Allah swt.

Aku dan family gie ke Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa .. ramainya manusia !.. Kami diduga dengan kesukaran utk cari parking..tapi alhamdulillah dapat juga, walau solat Isyak sudah bermula.

Ada orang kata, biasalah malam pertama, memang ramai jemaah, masjid penuh sesak.

Tuesday, July 20, 2010

sejarah aku pakai cermin mata...

Sungguh, aku didatangi idea tuk menulis kenangan waktu aku mula2 rabun dulu. Seingat aku, masa aku darjah 2 dan 3 aku selalu sgt sakit kepala yang teruk, migraine la gamaknya.. tapi tak kot !..sebab migraine sakit sebelah kepala aje. Ini tidak, sakit satu kepala lah ! Menangis, meronta aku..sebab terlalu sakit, sehingga makcik aku pernah tolong lilitkan tali kain keliling kepala, dan tarik, ikat kuat2. Jadi aku rasa kurang sikit siksanya. Bila tengok aku selalu sakit kepala, ayah pun bawak aku jumpa doktor. Doktor cakap, ini mungkin ada kaitan dengan mata.

Aku pun dibawa ayah pergi klinik mata pulak. Masa tu optometrist tu kat bangunan UMNO Bentong. Akhirnya, sah la mata aku dah mula rabun. Itulah sebabnya aku selalu sakit kepala... Lepas tu, bermula lah era aku sebagai gadis sunti bercermin mata !..(hahaha// baru darjah empat !)..

sambungan esok.. aku dah mengantuk.

...cermin mata, kanta lekap.

Dari wikipedia :

Cermin mata
merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.

Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca. Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultralembayung.[1] Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh. Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.

Kanta lekap (Bahasa inggeris: contact) merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden telah direka oleh seorang ahli kimia dari Republik Czech Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lím, yang juga pencipta gel pertama digunakan untuk pengeluaran mereka.

Kanta lekap biasanya digunakan untuk tujuan pembetulan sebagai sama seperti cermin mata, tetapi ia lebih ringan dan ia tidak mudah kelihatan—ada kanta diwarnai dengan warna biru muda. Sesetengah kanta kosmetik pula sememangnya diwarnai untuk tujuan mengubah rupa bentuk mata.

Telah dianggarkan 125 juta orang menggunakan kanta lekap di seluruh dunia (2%), termasuk 28 hingga 38 juta di Amerika Syarikat[1][2] dan 13 juta di Jepun.Jenis kanta yang digunakan dan ditetapkan mengubah dengan jelas antara negara, dengan kanta 20% tegar kini digunakan di Jepun, Belanda dan Jerman tetapi kurang daripada 5% di Scandinavia.

Banyak sebab kenapa ramai memilih untuk menggunakan kanta lekap, sering kerana rupa mereka dan amalan.Apabila dibandingkan dengan cermin mata, kanta lekap kurang terjejas oleh cuaca lembap, tidak mengelembung naik, dan menyediakan satu medan penglihatan lebih luas. Ia lebih sesuai digunakan untuk aktiviti seperti bermain.

Monday, July 5, 2010

Psychic Octopus On A Roll In World Cup

Psychic Octopus On A Roll In World Cup

Germany

No doubt, sekarang rasa hepi tul Germany menang match dgn Argentina.

Sebelum match tu, aku cakap kat Huda..ish berdebar2 rasanya ...hehe.. maklumlah, Argentina well known dgn Messi, Tevez.. team yang kuat. Tapi, deep in my heart, i know, Germany mesti menang punya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...