Last week, aku kena sakit kepala yang teramat sangat..migraine..sebelah kanan. Kepala ni macam di hentak, di tekan. Nak buat kerja kat ofis memang suffer masa tu.. Aku cuba bertahan siapkan kerja mana termampu.. sebelum tghari..tk boleh tahan dah.. terus gie klinik MediPesona kat level 2. Dapat half day MC.. Doc cakap, aku nyer blood pressure agak low.. dia tanya aku stress ke ?
Nak balik pon aku tk larat.. gie tidur kat surau dulu.. tapi tak boleh tidur lena.. rehatkan diri jap.. pastu terus gie LRT Bangsar.. on the way ke stesen, aku rasa cam nak pitam... Alhamdulillah, aku sampai gak ke rumah lepas tu...
Bawah ni ada la gak artikel aku ambil dari internet.. sket2 ttg low blood pressure atau tekanan darah rendah.
Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
usia
aktiviti seharian
perasaan
ubatan
pendarahan
infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
Keadaan otot yang lemah.
Thursday, March 18, 2010
Thursday, March 4, 2010
Appointment dgn dentist - braces
Tadi aku ada monthly appointment dgn dentist. Kali ni agak lama....procedurenya complicated. Sampai lenguh belakang badan aku. Terimbas balik kenangan mula2 'pasang' braces.
Dr Tan kata dua gigi bawah perlu diubah kedudukan bracket. Sakit woi.. suspens ye jugak, takut tercabut dgn gigi skali !...Lepas cabut, letak balik bracket. Wire bahagian atas n bawah di adjust. Satu lagi, doc letak lagi elastic atau power chain utk merapatkan lagi gigi aku.. masa ni mmg rasa tegang betul gigi, mau sakit sampai seminggu... terpulang pada keadaan gigi. Aku pulak tak berapa suka dgn power chain ni sebab warna putih tak ada kaler lain.. lepas dekat sebulan jadi warna kuning !... selekeh !.
ini lah caranya doc letak rubber/elastics band
contoh braces dgn rubber band warna pink
Elasctic band... bayangkan pendeknya sebelum digunakan berbanding yang dah digunakan kat bawah tu....eh apsal ada warna grey ek ?...
Bayang bracket yang memang kuat melekat, dicabut ! Sakit !
Akhir sekali, tiba lah masa memilih warna elastics band.. Dr Tan soh aku pakai dua warna.. katanya masa ni lah aku nk seronok pakai warna warni.. lepas ni tak pakai braces dah tk merasa.... so aku pilih dua warna oren n purple.. tak la terang sgt warna.. aku letak selang seli..hehe.
Dr Tan kata dua gigi bawah perlu diubah kedudukan bracket. Sakit woi.. suspens ye jugak, takut tercabut dgn gigi skali !...Lepas cabut, letak balik bracket. Wire bahagian atas n bawah di adjust. Satu lagi, doc letak lagi elastic atau power chain utk merapatkan lagi gigi aku.. masa ni mmg rasa tegang betul gigi, mau sakit sampai seminggu... terpulang pada keadaan gigi. Aku pulak tak berapa suka dgn power chain ni sebab warna putih tak ada kaler lain.. lepas dekat sebulan jadi warna kuning !... selekeh !.
ini lah caranya doc letak rubber/elastics band
contoh braces dgn rubber band warna pink
Elasctic band... bayangkan pendeknya sebelum digunakan berbanding yang dah digunakan kat bawah tu....eh apsal ada warna grey ek ?...
Bayang bracket yang memang kuat melekat, dicabut ! Sakit !Akhir sekali, tiba lah masa memilih warna elastics band.. Dr Tan soh aku pakai dua warna.. katanya masa ni lah aku nk seronok pakai warna warni.. lepas ni tak pakai braces dah tk merasa.... so aku pilih dua warna oren n purple.. tak la terang sgt warna.. aku letak selang seli..hehe.
nota : semua gambar diatas adalah dari sumber internet...bukan hak saya.
Friday, February 26, 2010
Asam pedas biawak, anyone ?
Ini lah antara berita yang paling memualkan.. kalau sampai biawak pun boleh termasuk dalam tu, dah terbayang keadaan kilang memproses asam jawa tu... uwekksss...
Siang tadi aku masak sambal tumis sotong.. aku tak guna asam jawa, tapi guna asam keping sebab aku terbayang2 lah kepala biawak tu..
Lepas ni aku nak tetap menggunakan asam jawa Xtra Adabi.. produk berkualiti, yang penting Halal.. Sebelum ni, sekali sekala je aku beli asam jawa Adabi tu, lepas ni tobat aku tak nak beli dah cap yang biasa2 tu...

Cahaya Selawat
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
lagu : Raihan
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
lagu : Raihan
Friday, February 19, 2010
My birthday
Isnin 19hb Februari 1973. Aku telah dilahirkan ke dunia.. Terima kasih tak terhingga utk Mak, yang telah bersusah payah mengandungkan aku....9 bulan.. dan kemudian bertarung nyawa melahirkan aku... Menjaga, mendidik aku, sehingga kini aku juga dah menjadi seorang ibu. Begitu juga kepada Ayah... mana mungkin aku dapat membalas semua jasa kedua insan istimewa ini.
Ya Allah, aku memohon Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Begitu nikmatnya hidup yang Allah kurniakan selama 37 tahun ini. Bertemu jodoh dengan suami yang kucintai. Diberi pula rezeki 3 orang anak lelaki... alhamdulillah.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada aku, umur yang panjang, dipermudahkan rezeki yang luas, mengizinkan aku memberi kebahagiaan kepada suami, anak2, mak dan ayah, membantu insan2 lain yang memerlukan....amin.

Saturday, February 6, 2010
Satu jam menjadi GM Volkswagen
Sebelum ni, aku mmg tak pernah drive kete ke ofis. Selalunya park kat LRT setiawangsa n terus menjadi penumpang Putra yang setia n sentiasa bersabar dgn kerenah transportasi awam yang canggih ni. But, this week aku mencuba2 drive .. maklum aku perlu berubah menjadi seorang wanita yang lebih berani. Berani bawak kete di tengah bandaraya KL ni.
2 hari pertama mmg ok. Walaupun the 1st day aku gayat dgn kelajuan kereta di AKLEH dan rimas dgn jam di Jalan Bangsar, aku dpt juga park kereta kat sebelah ofis aku. Tapi, hari ketiga, aku tk dapat park kete kat tempat biasa tu, katanya dah penuh. Terpaksa ke Kompleks Niaga Bangsar. Masa tu aku dah mula panik, sebab waktu dah lambat. Akhirnya, aku letak kereta aku kat tingkat 5. Dekat jer dengan lif. Bergegas ke ofis, tapi lambat juga... terlepas 8.45am..sabar je lah.
Baru nk start kerja, aku rasa tk sedap hati. Aku cakap kat Huda, aku nak pergi kat kereta aku. Aku rasa nak check something, aku nak alihkan beg besar aku ke bonet. Then, aku pon pergilah ke parking. Tetiba, sedang aku nk buka bonet, datanglah security guard. Dia ckp, tolong alihkan kereta. Sini tak boleh parking lah.. lalu dia tunjuk sign kat atas... GM '(lambang volkswagen)'.. adus !.. Aku terus cover malu, aku kata dah tau dah.. ni datang nak alihkan lah.....

Tuesday, February 2, 2010
First time buat popia
Malu nak cerita tapi nak bagitau juga kat sini.. seumur hidup aku.. baru semlm first time buat popia sendiri !
Tak tau la kenapa, masa belikan barang utk Iqmal di Lido Bentong, aku ternampak kulit popia..
Terus timbul keinginan nak buat popia. Balik rumah, aku buat resepi inti popia cara aku ...
Tumis bawang putih n merah, pastu masukkan daging cincang Ramly, mixed vege - carrot, green peas n corn. Tambah pulak cauliflower yang di potong halus..
Ish, senang je buat popia ni.. Yang aku dulu teruk sangat tak pernah cuba buat kenapa yea ???

Subscribe to:
Posts (Atom)