Sunday, May 24, 2009

Faizal Tahir 23/5/09

It was indeed an unforgetable nite for me.. watching Faizal Tahir performed at Stadium Putra Bukit Jalil. He was such a great singer !!!

Tapi tiga lagu jer dia nyanyi... tapi best lah !

Friday, May 22, 2009

rehat sehari n nasi lemak antarabangsa

I took one day off yesterday. Aman sungguh rasanya.. tak rushing keluar dari rumah.... siapkan breakfast for my husband...kemas2... kul 10 am baru lah ke lrt station. Jalan pun tk jam... tapi.. parking kat station jauh sket la beb....
I got an appointment today.. kat PJ.. naik lrt n cab gak.. sebab aku tak berani drive sampai ke sana..keh99x...
Lepas settle urusan.. terus ke KLCC.. cuci mata kat Isetan n Hush Puppies.. berangkat ke Ampang Park lak.... beli baju selai dua... rase release tensen keje... seronoknya kalau camni je.......
Disebabkan aku belum lunch.. (dah kul 3.30 pm masa tu).. aku decided nak cuba Nasi Lemak Antarabangsa.. nak test .. sedap tak.. berbanding kat Kg Bharu.. the real kedai..
Bila dah duduk, baru ler aku perasan ada krew Skop Production.. dorang tgh siap nak wat shooting kat situ.. Gerak Khas kot.. sebab aku nengok 'Mat Polis Kelate' kat situ.. keh3x, skali ngan anak Julie Dahlan tuu (apa ek nama dia).. sempat gak la tengok dorang shoot..
Berbalik kepada nasi lemak tu.. aku tak dapat wat comparison.. sebab aku pon dah lama tak makan yang kat Kg Bharu tu...hahahahhaah......

Tuesday, May 19, 2009

aku dah gemuk

Semenjak dua menjak ni badan aku bertambah debab.. susah hati beb...
nak diet ...ahh.. kejap je bertahan.. aku pon bukannya makan banyak sgt.. tapi still berat tak turun.
Tensen .. tapi wat lupa laaahhhh..hahahhahaha....

Friday, May 15, 2009

batuk la pulak

Sehari dua ni aku batuk... hari ni makin teruk... lepas aku makan jeli kelapa yang sejuk...hahaha...padan muka.

Monday, May 11, 2009

sambungan..sinus...

..............satu malam......aku berasa hidung aku 'dikerumuni' makhluk asing halus... seolah2 keluar dari sarangnya....merayap di hidung... tapi still tak nampak apa mende pun..

malam esoknya.... aku berasa hidung aku macam nak kene selsema....bersin.....tutup hidung dengan tangan... alangkah tekezutnya aku..... !!!.... satu tapak tangan aku penuh dengan benda hitam halus.....bersin lagi.. keluar lagi !!.. Malam esok ada lagi.. cuma dah kurang...

Lepas jer peristiwa tu.. hidung aku tak gatal lagi.. jerawat pun beransur kurang dan lenyap dari muka aku......

Alhamdulillah... jerawat pun dah segan nak singgah.. tapi still ada jugak lah kekadang tu....

Thursday, May 7, 2009

Resdung/sinus

Aku mempunyai pengalaman sendiri dengan penyakit resdung.

Semasa remaja, kulit muka aku penuh dengan jerawat. Nasib baik gak, jerawat batu tak hinggap.. alamat berlubanglah kulit. Bila umur masuk 20an, kulit muka kerap sangat gatal, kekadang terasa macam ada benda merayap... tapi tak nampak. Hidung jangan cakaplah, gatal sesaja.

Ada ketikanya, masa makan, hidung gatal. Lagi pelik, masa waktu maghrib, hidung gatal juga. Lama kelamaan, aku terperasan, deria bau aku mula kurang. Orang kata ada bau kuat, aku tak terhidu apa pun !.....

Sehinggalah mak aku belikan ubat resdung homepathi keluaran Era Edar. Mula2 aku rasa agak leceh nak consume.. sebab ada pantang.. tak boleh makan udang, sotong, sambal belacan.. semua makanan yang gatal. Pastu, cara makan ubat ni, tiga kali sehari.. selama 3 hari..pastu stop 3 hari, then continue seterusnya..(Kalau tak silap aku lah).. ubat tu pun tak boleh kene tangan...dikemam saja, tak perlu kunyah...

Tapi, aku teruskan juga.. then.................selepas 2 minggu.......................... satu malam......................

to be continued.... nak balik bentong... ada kenduri..see ya....

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

Dari Arkib utusan malaysia : 24/06/2008
SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.
Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari.
Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.
“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya.
Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus.
Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit-pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan.
“Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat. Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik.
Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau.
Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung).
“Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan).
Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi.
Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis.
Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan.
Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak.
Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja.
“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau.
Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya.
Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah.
Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau.
Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat.
Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain.
Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar.
Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media).
Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema.
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia.
“Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin.
Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit akan banyak berkahak apabila bangun pagi.
Penyiasatan endoskopi hidung dan imbasan CT sinus akan dijalankan untuk menentukan diagnosis. Imbasan CT akan memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap kroniknya sinusitis itu.
Jika diagnosis dapat dibuat selepas imbasan tersebut, kaedah rawatannya selepas itu ialah surgeri yang dipanggil Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS). Bahagian rongga sinus akan dibuka supaya pengalirannya betul dan nanah dari bahagian sinus ini akan disedut keluar.
Doktor juga akan mengambil kira punca pesakit ini menghidapi kronik sinusitis dan seterusnya dirawat. Jika septum (rawan atau tulang tengah) bengkok, maka akan diluruskan supaya tiada halangan pengaliran,” kata beliau.
Jika kaedah rawatan betul, sinusitis boleh diubati sepenuhnya. Sinusitis sebenarnya biasa di kalangan pediatrik kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di taska atau sekolah dan tahap imuniti mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kalangan dewasa.
Selalunya anak-anak yang terkena jangkitan ini mengadu sakit telinga, selesema dan demam tinggi. Ditahap yang lebih serius, bengkak juga boleh berlaku di bahagian mata.
“Sinusitis akut dan kronik akan dapat diubati dengan sepenuhnya jika pemeriksaan yang teliti dan kaedah perubatan yang betul dapat diberi secepat yang mungkin” ujar Dr. Loganathan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...