Monday, December 7, 2015

Lama tak jumpa 7/12/2015

Assalamualaikum..

Hari yang bersejarah sebab akhirnya I decided to continue writing here.

Sebenarnya hari ni sangat penting sebb malam ni aku menghantar my second son : Irfan ke KLIA. Irfan akan ke Mesir .... belajar hafazan Al Quran. Umi dah berapa round nangis ni sayu nak melepaskan anak tersayang. Maklum umur baru 12 tahun, tapi demi ilmu, Umi sanggup ! Malam ni di airport mesti tumpah airmata.. tak apa yang penting Umi doakan Irfan berjaya..

p/s dalam seminggu ni pun asyik tumpah airmata... orang yang kita kenal meninggal i.e Yuss Jambu, Seniwati Mariani dan Tunku Jalil. Bila baca je kisah kebaikan arwah2 ni semua memang laju la banjir.

Semoga aku juga nanti menjadi orang yang baik2..bila mati nnti hanya yang baik2 saja dikenang orang.

Amin.

sambil type ni nanges.....huhu

will write again soon.

Sunday, May 25, 2014

Assalamualaikum..

Kesian betul dengan blog aku ni... terbiar sepi.... kalau dulu dalam seminggu at least sekali update.. now tak dilayan betul.

Apa kan daya.. tuan rumah sibuk sangat.. tak sempat nk balik blog..


Skarang tuan rumah join dancing class pulak.. baru sebulan beb.. sebelum ni zumba  .. now tambah pulak dgn dancing 2 x seminggu.... Bila dah join dancing class ni aku rasa zumba kurang sesuai la dgn aku. Banyak sangat melompat ! Mak mana la larat nak lompat beria2.. sakit kaki tau tak..

Tak disangka, aku enjoy sangat dancing class tu. Berpeluh2 dengan banyaknya.. suka suka..Kalau nk tau berapa kalori yang kita dapat bakar masa menari cer baca ni.. petikan dari
http://sdkeluarga.karangkraf.com/santai/jom-bakar-kalori-dalam-rumah-1.172742.

Mari Menari
Daripada terus mendengar radio sambil melayan perasaan, apa kata anda pasangkan lagu-lagu kegemaran dan menarilah mengikut rentak muzik. Menari selama 30 minit membantu membakar sebanyak 221 kalori.

Best kan.... skarang ni petang hujung minggu aku cuba dancing sorang2 kat rumah.. semalam pasang lagu gangnam style.. aku menari depan anak2 mula2 dorang ketawa hihihihih.. rasa kelaka agaknya tengok umi dorang menari.. hahahhaa.. lepas tu dorang plak suka join sekali..

Kalau ada sesapa nk burn calory kat rumah..haaaaa cuba la dancing2 ya...

Tuesday, March 4, 2014

My Passion - mengurut.

Assalamualaikum......

lamanya tak apdet apa2 di blog ni. Zaman sudah berubah....blog bagai tak dipedulikan lagi... ini utk blogger suam2 kuku cam aku lah... 

Harus aku akui, facebook sudah jadi medium utama berinteraksi dengan kawan2.. tapi hanya share2..like2..comment2...hehehe,.. Blog lebih meluas dalam meluahkan pendapat sendiri dan berkongsi pengalaman.... 

Malam ni aku nak kongsi passion aku ... mengurut. Mengurut orang perempuan saja tau... Asalnya aku selalu tolong mak urut2 n picit2 badan n kaki dia yang selalu lenguh.. Lama2 mak cakap tangan aku ni macam tangan tukang urut. Masalahnya aku tak tau teknik yang betul ... aku pun mula memikirkan untuk mencari kelas urutan. Alhamdulillah... aku berpeluang belajar mengurut dari kawan baru yang aku kenal di satu seminar. Tak de la sijil bagai.. tapi syukur.. aku mula tau teknik2 asas urutan badan.

Aku mula mengambil upah mengurut tapi tak dapat nak serius.. maklumlah aku kerja.. partime study lagi.. jadi ada masanya sebulan juga aku tak mengurut sesiapa. 

Now.. cuti semester UUM.. so aku kene pandai2 lah membahagikan masa kerja n mengurut. Syukur.. ramai yang berpuas hati dan urutan aku. Semoga apa yang aku usahakan memberi manfaat kepada kawan2, family n orang lain yang memerlukan.... n aku pun dapat sharpen my massage skills. Itu semua memberi self satisfaction.... alhamdulillah.... syukur kepada Allah...

Saturday, January 4, 2014

Izuddin masuk darjah satu

Tahun berganti tahun....rupanya my little boy dah besar... 2014 ni Izuddin masuk darjah satu. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je lahirkan Iddin ni. Errmmm... umi sayang Iddin ketat2 !
Pagi Iddin ke sekolah kebangsaan...petangnya ke kelas hafazan di Atah (akademi tahfiz al hidayah)... selama ni Iddin attended preschool Atah.

Wednesday, September 11, 2013

Posting tak bertajuk

Assalamualaikum....

Tak sempat rupanya aku ucapkan Selamat Hari Raya tahun ni... Konon2 terlalu bz sampai tak dapat nak update apa2. Memang bz pun sebab lepas raya aku final exam untuk semester ke 5. Ada 5 semester lagi...adoi...penat..tapi kene tetap bersemangat...

Aku baru balik dari Jakarta Bandung semalam.. Posting 1st trip Vietnam dah terbengkalai... ntah bila nk sambung.. siap dah gie kali kedua ke Ho Chi Minh & ni balik dari Indonesia pulak.

Sket cerita about trip latest ni.. sepanjang kat sana ada dua cerita hangat... DUL AHMAD DHANI KEMALANGAN & PENGUSAHA TEMPE MOGOK...  sebelum ni beria2 nak gie tengok rumah Ahmad Dhani...  Lagi satu yang menarik perhatian aku ialah tentang Bapak Jokowi.... korang tau tak siapa Bapak Jokowi ni ????

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ...  di doakan anda semua beroleh rahmat berlipat kali ganda di bulan mulia ini.

Friday, June 14, 2013

War Remnants Museum, Ho Chi Minh city Mac 2013

Aku dan Ven di tepi pagar belakang Reunification Palace 

Sambung balik entry HCM selepas terbengkalai quite some time.... siap dah balik dari trip kedua ..hikhikhik.... Masa 1st trip ni, kitorang tak gie CuChi Tunnel & Sungai Mekong.. aku teringin gak nak tengok tunnel tu.. tapi masa ni Vietnam panas lah.. (alasan).. lagi pun klu gie trip2 ni, banyak ambil masa.. mau seharian so baik tak payah. Camana pun aku mesti nak gie War Remnants Museum. Aku decide nak jalan kaki je sebab ramai blogger kata attractions di HCM city ni within walking distance aje. 

Mula2 rasa cam senang je nak cari arah.. tapi tanya jugak orang2 ..nak tanya kene tunjuk map sebab kebanyakannya tak tau ckp omputeh. Tiba2 aku terjumpa sorang vietnamese lady.. namanya Ven.. dia nak gie satu park for morning exercise... aku pun tanya arah ke muzium tu.. rupanya she's fluent in English..so sambil jalan kitorang borak2.. dia pernah visit Genting Highlands n suka dia bila aku puji HCM city bersih. Dia bagi email address tapi sedihnya bila balik KL aku tak jumpa ...hilang !.. I lost  Ven's email address... (hopefully she will read this.. mana tau kan..)


Berpeluh juga nak ke muzium ni.. rasa penat gak.. hish.. kata dekat !...... lalu kat tempat Water Puppet Show..tapi tak gie pun.. bawak budak2 ok la kot.. Tak lama lepas jalan sama2 Ven dah sampai kat park tu.. so dia tunjukkan arah ke muzium..dengan konfiden terus jalan. Pastu boleh terlupa pulak arah yang Ven cakap tu....huaaa...

Kami terus jalan di kaki lima pagar Reunification Palace.. bersih betul kawasan nya... cer tengok.. secebis sampah pun tak ada.

Jalan terus jalan... tengok tu banyak betul motor2 di jalan.. ni baru betul Raja Jalan.. motor lagi banyak dari kereta !.. owh sampai sini gua dah konfius arah ... Ida dah muka masam & bising sebab aku ngada2 nak jalan kaki.. sampai area ni aku tanya sorang budak pompuan n maknya.. dia soh jalan depan lagi.. (sebenarnya masa ni dah tersilap).. patutnya cross jalan n masuk satu simpang ke kiri.. rupanya budak vietnam ni pun confuse jugak..waaa

Tengah2 penat jalan kaki dengan panas tu, sempat gak lah aku snap building ni.. cantik kan.... Muka Ida tambah masam...hahhahahaha.....

Akhirnya masuk simpang ni pulak ... ni lorong motor.. bersih jugak.... lepas ni belok kiri lagi.. pastu jumpa omputeh baru balik jogging.. dia soh belok kiri lagi.. akhirnya kami dah ronda satu kawasan EMPAT SEGI DI HCM..hahhahaha.. baru jumpa War Remnants.


Bila dah jumpa muzium ni, aku rasa lega.. tapi muka Ida belum hilang masam lagi.. so bior dia duduk dulu kat kerusi lepas beli tiket.. aku gie amik gambar kat luar2 muzium tu dulu.



Antara kereta kebal  yang dipamerkan di luar muzium.. ada beberapa helikopter, kapal perang, meriam kepunyaan tentera Amerika.

Ni tayar kereta kebal US Army.. bayangkan kalau kene lenyek ni....

Aku tak sabar nak masuk dalam .....


Dalam muzium banyak foto2 yang membuktikan kekejaman Tentera Amerika.. masa aku kecik dulu tengok citer amerika off course lah dorang cakap viet cong yang kejam.. Tengok gambar kat atas tu, US Army buat water torture kepada tahanan. Kejam kejam...






gambar mangsa kesan dari semburan kimia bertoksid oleh tentera Amerika..
kebanyakannya lahir selepas  perang berakhir.

kalau tak silap ini hospital yang musnah masa perang 

gambar  sekarang
Ada banyak sangat gambar yang mengerikan dan sangat menyedihkan.... kuar jugak la sket air mata aku ni..huhuhuhu....banyak info yang aku dapat selama ni kita tak tau...  Kagum aku dengan semangat orang Vietnam ni.. kalau tengok dengan pembangunan pesat di Ho Chi Minh city ni aku memang tabik spring lah. 
Keluar dari muzium, terus tahan teksi.... tak kuasa nak jalan kaki balik ke area Ben Thanh tu...lapar gila.. terus gie kedai makan !

Thursday, April 4, 2013

hari kedua di HCM - Mac 2013


Hari ke dua di Saigon.. lepas breakfast makan maggi cup di hotel, naik bas ke Binh Thay. Dapat tengok pemandangan sepanjang jalan.. tak ada yang begitu menarik perhatian kecuali bangunan Maybank Kim Eng dan kebersihan di jalan2 Ho Chi Minh. Berbanding tempat lain yang pernah aku lawati, ternyata Saigon ni lebih bersih. Aku tak nampak kawasan perumahan, kecuali beberapa bangunan seperti rumah flat yang nampak usang. Kondominium tak de plak ..mungkin ada di kawasan lain kot.

Maybank Kim Eng

Suasana sibuk di jalan raya

Stesen bas di Binh Thay

Turun dari bas, kita kene jalan kaki sket.. dari sini memang tak nampak bangunan pasar Binh Thay. Jangan malu bertanya 'Binh Thay ? 'Market ?'.. atau tunjuk je map. Kalau malu dok bersila je la kat bas stand tu.
Di tepi jalan menuju pasar Binh Thay
Binh Thay market dari depan.

Pintu masuk
Keadaan dalam pasar hari tu agak panas.. dan merimaskan.. jadi aku pun tak snap gambar yang cantik dalam tu. Tekaan aku meleset sebab ingatkan ada banyak kedai yang menjual kain cotton dalam tu.. yang banyak jual helmet, barang keperluan rumah, i.e sudu, aksesori remaja, mainan, beg, ... apa2 pun sempat jugalah beli satin cotton dalam tu.


Selesai beli terus belah dari pasar Binh Thay.. tak tahan nak berlama dalam pasar tu.





Thursday, March 28, 2013

Saigon........Ho Chi Minh.......

Vietnam ? Ho Chi Minh ? Eh..Saigon kat mana plak ? Hanoi ? Reaksi aku tak excited langsung bila adik aku mengajak ke Vietnam.. kawan2 pun dah ramai sampai ke HCM..tapi aku tak brapa heran sebab tengah menggila ke Bandung. 

Last2 sampai jugak aku ke Ho Chi Minh lepas hampir setahun book tiket AA... Antara persiapan sebelum berangkat tentulah duit. Pening juga nak tukar Dong atau USD... pastu nak tukar kat Malaysia atau nak bawak RM tukar kat HCM. Forum2 di internet & blog2 mereka2 yang dah sampai ke Vietnam sangat membantu, tapi ada masanya bikin sedikit confuse. Tak apa lah, itu semua menambah perisa trip kita.. betul ?

Trip ke Ho Chi Minh bermula pagi di LCCT. Sebelum tu siap beli roti jagung Gardenia..my favourite ni. Maggi cup pun ada. Bekal makanan tak yah la bawak banyak sangat. Cukup la kot utk first breakfast kat HCM. Kecualilah kalau kita betul2 nak berjimat sebab makanan halal di HCM agak mahal. Tapi, bila lagi kita nak rasa makanan negara orang..betul tak ?

Sampai di Tan Son Nhat International Airport.. terus mencari bas ke area Ben Thanh. Keluar pintu terus ke arah kanan. Huiyoo ramai betul orang2 yang menunggu kat luar tu... ada rasa2 cam menyambut kita pulak. Pastu, ada la driver2 teksi dok tunggu pelanggan..ada yang cuit2 bahu kita lagi.. wat tak tau je.. fokuskan kepada mencari bas ya. 

Bas no 152. Driver yang sporting tapi sibuk nak snap gambar aku juga.

Inilah bas yang membawa kita ke bus terminal di area Benh Thanh. Sediakan duit kecik Dong untuk bayar tambang. Mintak lah kat kawan2 n sedara mara yang baru balik dari Vietnam tu..hihi. Jangan risau naik bas di Ho Chi Minh.. sistemnya agak teratur (beyond my expectations). Keadaan dalam bas selesa, cuma bas ni berhenti2 ambil penumpang.. yang penting selamat n jimat duit . Sempat juga lah tertidur dalam bas tu.. seb baik tersedar sbb ada mamat Vietnam yang baik hati kejutkan aku. Kalau tidak mau patah balik ke airport kot..hehe.

Bersama aku dengan Ida naik bas hari tu, ada dua orang lagi Malaysian.. Aina dan emaknya... kitorang book hotel sebelah menyebelah. Cabaran bermula bila nak cross jalan / bulatan yang besar dari terminal bas tu untuk ke hotel. Dinasihatkan kita yang first time ke HCM, print la map dan nama hotel dgn alamat. So bila nak tanya arah, boleh tunjukkan map or alamat kat Vietnamese.. kat area Ben Thanh tu ada ramai polis.. pakai baju warna hijau...ntah la ni polis pelancong ke apa.. tapi dorang sangat membantu. 

Jalan ke hotel.
Sepanjang di HCM, kitorang stay kat hotel Than Thu. Kecik comei, tapi selesa n staf hotel pun ok. Kalau nak laundry selai baju 20 ribu Dong. Wifi sangat laju okeh. Location seperti ramai dah sedia maklum, sangat lah dekat dengan pasar Ben Thanh, restoran Basiroh, warung 1 Malaysia, VN Halal, kedai2 lain yang jadi tumpuan rakyat Malaysia menabur duit.

to be continued.. nak tido plak weh.


Friday, March 8, 2013

Sepetang di KLCC


Lepas habis exam aku berkejar ke KLCC.. ada hal skettttt (rahsia lah kononnya)..hikhik.... Perut tak lapar pun tapi nafsu ni gatai sungguh nak makan. I thought I should try something yang tak pernah di makan sbelum ni. Owh.. aku mengaku lah, I never try Korean dish before. So sedanglah elok kat foodcourt level 4 KLCC tu ada ... ermmmm poning kepala aku tengok menu. Aku sorang2 lagi la susah nak decide. Last2 aku disuggestkan menu ni.. hahahaha.. banyak giles.. membazir je.. bukan habis pun.



Baru nak start makan, ada sorang Chinese girl menegur aku .. dia nak join makan semeja.. She was all alone travelling from China... comel kan dia. Ni buat aku teringin betul nak travel sorang2.... macam backpackerbusuk......   biar waktu menentukan...(mood syahdu)...

Saturday, February 23, 2013

Burung ulat buku

..burung pun suka lepak kat library

Minggu lepas aku ke library.. buat revision utk final exam semester aku yang ke 4. Special sungguh sebab aku ditemani sekumpulan burung comel yang hinggap diluar tingkap.

Ini buktinya aku ni tokey jamu..nak study kat library pun bawak jamu

Denganmu - Official Lyrics VC (OST Istanbul Aku Datang)

Wednesday, February 20, 2013

Dataran Merdeka

Hari ni aku berjalan kaki dari LRT masjid Jamek ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Matahari tak terik sangat tapi tetap berisiko naiknya pigmentasi atau dalam bahasa melayu sejati - jeragat. Demi ilmu yang mahu kucari..sempena exam esok pagi, kurentasi jua Dataran Merdeka. Dari tempat gambar aku snap kat atas.. memang cantik...... tak jemu aku menatap Bangunan Sultan Abdul Samad..sambil aku membayangkan aku kembali ke zaman silam -  ke zaman bangunan ni dibina.. 

Sambil berangan dan membayangkan, aku teruskan perjalanan kaki ke library. Pandangan aku mula terganggu dengan beberapa kecacatan...


Tengok bunga kertas ni cam hidup segan mati tak mau... sedih aku tengok ...


Aiiyoooo....Dataran Merdeka buleh ada jaring besi buruk camni ?.... tourist yang jalan2 keliling dataran memang leh nampak mende ni.. nak snap gambar pun tak lalu.




tengok longkang ni....ermmmm

Friday, February 15, 2013

Andra And The Backbone - Seperti Hidup Kembali

Esok 16th February my first paper for final exam this semester...semoga berjalan dengan lancar !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...